Advanced Search

Custom Search

Followers

Jumaat Yang Mengelirukan

Salam sejahtera dan Salam Perpaduan Ummah.

Jumaat lalu sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan telah di adakan di putrajaya dengan bertemakan 'Satu Ukhuwah, Satu Ummah' iaitu sambutan yang sudah menjadi acara tahunan bagi memperingati hari kelahiran Nabi Junjungan buat Umat Sekalian Alam iaitu Baginda Muhammad S.A.W. dan hari itu juga merupakan hari kewafatan baginda. Walaupun terdapat khilaf mengatakan bahawa peristiwa agung itu berlaku pada 9 Rabiul Awwal, tetapi kebanyakkan sejarahwan Islam mempersetujui bahawa 12 Rabiul Awwal merupakan hari kelahiran Baginda Junjungan juga merupakan hari kewafatan Baginda Muhammad S.A.W.

Namun sambutan Hari yang Agung itu telah mengelirukan umat Islam khususnya Umat Islam di Malaysia. Entah siapalah yang memberi idea untuk mengadakan acara tersebut di Dewan Solat Masjid Putra, Putrajaya tersebut?

Mungkin isu ini ramai yang terlepas pandang, tetapi ia amat memalukan kerana kita sebagai umat Islam telah melanggar prinsip kita sendiri dan ini ditunjukkan jelas pada sambutan tersebut. Mana tidaknya, pergi sahaja di mana-mana masjid dan mungkin disegelintir surau pasti terdapat PAPAN TANDA yang meminta supaya umat ISLAM yang ingin memasuki rumah Ibadah berkenaan sama ada bertujuan untuk menunaikan solat mahupun untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan perlu MENUTUP AURAT.

Prinsip yang diguna pakai selama ini oleh umat Islam di Malaysia juga ialah tidak membenarkan mana-mana orang yang bukan Islam untuk memasuki kawasan DEWAN SOLAT masjid untuk memelihara kesucian Masjid tersebut. Dan prinsip ini juga di praktikkan di Masjid Putra, Putrajaya.

Sebagai contoh, pelancong bukan beragama Islam yang ingin memasuki ruangan Masjid berkenaan:

1. perlu memakai jubah bewarna khas yang disediakan untuk menUTUPi AURAT mereka.
2. bagi lelaki yang berseluar pendek juga perlu memakainya.
3. yang BUKAN ISLAM juga hanya dibenarkan mengelilingi kawasan yang ber 'marmar' dan tidak dibenarkan memasuki kawasan Dewan Solat Masjid berkenaan.

Tetapi malangnya prinsip ini telah dicabuli oleh umat Islam sendiri. Bagi mereka yang menyaksikan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini melalui kaca televisyen pasti sedar dan faham dengan apa yang cuba saya sampaikan.

Saya puji kerana tidak terdapat 'gendangan' yang berkemundang kerana terdapat pendapat, ahli sufi, tariqat yang melarang bunyi-bunyian seperti itu di dalam Masjid, berdasarkan persembahan nasyid pada sambutan hari itu juga menunjukkan bahawa persembahan tersebut tidak melibatkan muzik dan hanya berbentuk acapela, muzik iringan VIP juga hanyalah deruan zikir.

Tetapi bagaimana mereka yang tidak menutup aurat, dan yang bukan beragama Islam boleh terlepas memasuki Dewan Solat berkenaan? Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan?

Penulisan ini bukanlah untuk melarang sambutan tersebut, ia bagus kerana terdapat ceramah agama bagi mengingati rasul S.A.W. dan perarakan sebagai significant bagi merasai batapa susahnya Nabi S.A.W. dahulu yang berjalan kaki untuk menyebarkan Islam. Tetapi cukup terkilan kerana ia dilakukan di dewan Solat walaupun hanya digunakan di bahagian belakang Dewan Solat berkenaan yang akhirnya menunjukkan prinsip berkaitan dilanggar oleh umat Islam sendiri. Selain itu wanita yang hadir juga dibimbangi berada dalam keadaan 'haid' yang sekaligus dibimbangi juga tergugur @ melekat pada carpet Dewan Solat berkenaan.

Di harap perkara ini patut dipandang berat oleh pihak bertanggungjawab yang dirasakan pihak JAKIM. Sepatutnya perkara ini memerlukan penelitian yang cukup supaya tidak berlaku pandangan serong oleh agamawan yang lain di Bumi Malaysia ini. Jika ingin dilakukan di Masjid sekalipun ia sepatutnya hanya dilakukan di Dewan khas masjid berkenaan dan bukannya di Dewan Solat.

Kita marah dan cukup sensitif apabila terdapat orang bukan Islam menyentuh hak-hak kesucian dan prinsip umat Islam, tetapi apa yang dilihat pada hari ini ia di langgar sendiri oleh kita yang beragama Islam. DI MANAKAH PRINSIP KITA SEBAGAI UMAT ISLAM? Sungguh memalukan.

WAllahu a'alam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...