Advanced Search

Custom Search

Followers

Mitos Pelajar Bidang Agama.

Benarkah pelajar bidang agama sukar untuk mendapatkan pekerjaan?

Sehinggakan ada seorang pelajar PhD di bidang pengajian Islam turut mengakui kebenarannya, malah memberikan bukti dengan pengangguran beliau sebagai pelajar dibidang agama selepas tamat menyempurnakan pengajian diperingkat Sarjana Muda (Master). Katanya, beliau menganggur hampir 2 tahun.

Tapi cerita itu tidak sedikit pun mematahkan hati para pelajar di bidang pengajian Islam untuk terus bergelar mahasiswa di sektor pengajian Islam.

Mungkin beberapa faktor menjadi sebab kebanjiran pelajar pengajian Islam antaranya:
1- Mudah mendapat tajaan termasuk zakat dan sumbangan.
2- Kos yuran yang murah berbanding pengajian di bidang lain.
3- Kesedaran.

Bahasa Arab, Feqh mahupun Usuluddin, masing-masing punya kelebihan untuk dikedepankan. Saya pula memilih bidang pengajian Islam sebagai asas untuk kehidupan. Dengan kenakalan ketika sekolah dahulu, mungkin saya perlukan asas agama untuk terus memandu hidup, sebab ceramah sana-sini tidak pernahnya masuk ke kepala, ada sahaja yang hendak membantah.

Jadi saya memilih untuk merasa sendiri bagaimana suasana untuk berada bersama-sama sebaris dengan agamawan-agamawan yang lain. Pada saya, cukuplah sekadar memandu diri, tetapi jika dapat dikongsikan kepada orang ramai, ia merupakan perkara yang tepat untuk dilakukan.


PENGKHUSUSAN BIDANG

Ironinya, pelajar pengajian Islam perlu mempelbagaikan kemahiran diri. Bukan sekadar ilmu agama, tetapi juga ilmu-ilmu tambahan. Ada banyak bidang yang boleh diceburi, jika berniat untuk ke sektor pendidikan, maka menjadi pakar dalam cabang ilmu seperti perbandingan agama, qawaid, usul feqh, bahasa dan lain-lain lagi boleh dikuasai.

Tetapi berbanding kepakaran yang diceburi di bidang lapangan mungkin juga boleh menjadi pilihan. Hairannya, apabila 'meletup' seseorang personaliti agama di sesuatu bidang, maka berbusu-busulah pelajar agama mengambil bidang tersebut. Sebagai contoh bidang ekonomi. Sedangkan banyak lagi bidang keperluan yang perlu dikaji sendiri oleh pelajar agama, untuk melihatkan keperluan masyarakat yang memerlukan kita selaku pelajar pengajian agama untuk terus membantu dalam beberapa sektor utama yang memerlukan kita.

Sebagai contoh, menguasai bidang feqh kosmetik, feqh makanan & minuman, feqh medic, feqh dakwah, guaman, bahkan bidang pemikiran seperti Institut Sosial Malaysia dan Institut minda juga mungkin memerlukan kepakaran pelajar agama untuk memasuki bidang-bidang tersebut. Bagitu juga dengan Institut-institut bahasa seperti pusat terjemahan negara, badan-badan Ngo, juga memerlukan kepakaran bahasa. Bahkan ekonomi sahaja masih terbahagi lagi kepada cabang-cabang kepelbagaian bidang seperti perancangan kewangan Islam yang dilihat kurang kepakaran berbeza dengan panel syariah kewangan, begitu juga campurtangan dalam undang-undang kewangan Islam, perlu dilihat lebih serius. Hatta sektor binaan juga memerlukan tenaga daripada pelajar pengajian Islam.

Kerjaya itu adalah sunnatullah, sesuai dengan konsepnya, siapa usaha dia dapat. Oleh itu pemilihan bidang yang tepat merupakan salah satu usaha, bahkan pelbagaikan kemahiran merupakan ketepatan penilaian dalam kehidupan. Bukan berserah semata (tawakkal).

Dan saya fikir mungkin banyak lagi bidang yang perlu dilihat bukan sahaja perlu ditunggu untuk mana-mana personaliti 'meletup' terlebih dahulu, bahkan selaku pelajar pengajian Islam perlu melihat dengan keluasan bidang yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat sejagat selari dengan kemajuan dan kemodenan yang semakin hari semakin pelik masalah-masalah agama yang berlaku.

Untuk itu, yakinlah dengan pilihan sendiri, apalah gunanya belajar hanya untuk diri sendiri, lebih baik jika dapat dimanfaatkan kepada masyarakat dan negara untuk pembangunan ummah. Rezeki adalah milik Allah swt, kesukaran mendapat kerja hanyalah satu mitos.

Sebagai bukti, InsyaAllah jika berkesempatan saya akan menulis pengalaman-pengalaman saya di sektor pekerjaan selaku pelajar pengajian Islam.

Firman Allah swt:

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong.

Al-Hajj [22] : 78

WaAllahu a'alam...

5 comments:

iqz said...

bleh gagah

benmokhtar said...

maslah pelajar agama ialah tidak menguasai bidang. Contohnya tidak dapat berbahasa arab walaupun balik dari negara arab,bahkan ramai yang tak dapat memahami teks arab, contohnya sangat ramai pelajar tahun akhir tidak memahami teks al-quran, kata pepatah arab فاقد الشيء لا يعطي
http://wacanailmuan.blogspot.com

ariffsarip said...

benar kata tuan guru benmokhtar, dari stu aspek, penguasaan bhs kurang sdangkan ia mrupakan bhs utama pengjian, berbeza dgn plajar bidang len yg dpt menguasai bhs inggeris sesuai dgn bhs utama pengajian mreka... sy juga msih lemah dlm penguasaan bhs arab... perlu dikaji aspek ini utk pmbaikan, semoga Allah permudahkan kita semua, amennn...

CaHaYa H@TiKu said...

erm..arif...tak jugak kot...sebab tgk pada rezeki jugak....mmg faktor penguasaan ilmu tu penting, tapi kalau tak carr keje...dok kat umah melepek tunggu tawaran datang..PHD atau atas dari PHD pun tak dapat keje... :) " ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU, KALAU DIE SENDIRI TAK BERUSAHA UNTUK MENGUBAHNYA"

ariffsarip said...

mmg betul kata saudara, mmg kita kena cari kerja, tapi kerja itu sunnatullah, klu kita cari kerja di bidang agama tak lain tak bukan adalah mengajar, atau fokus mnjadi ahli akademi, tapi bg mereka yg mempunyai pelbagai kemahiran, keluasan pluang kerja lebih tinggi... itulah yg saya mksudkan, jd rumos yg mengatakan pelajar agama susah dpt kerja ia adalah mitos yg perlu dibetulkan dri sudut persepsi masyarakat... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...