Advanced Search

Custom Search

Followers

PPSMI; Saya Menyalahkan Pelaksana

Salam hormat…


Apabila menyentuh isu PPSMI ada segelintir yang tidak berani untuk menyuarakan kebenaran akibat daripada sesetengah pihak yang telah mempolitikkan keadaan. Apa yang saya harapkan ialah jangan meletakkan saya pada mana-mana parti politik selepas anda membaca pandangan saya ini. Ini kerana saya merupakan dikalangan mereka yang berkecuali dan saya adalah Parti Islam se-Dunia.


Melihat dari kacamata masa hadapan, PPSMI secara ikhlas saya mengatakan bakal membawa satu revolusi yang besar kepada sistem pendidikan Negara Malaysia melihatkan kepada saingan dunia kini. Malaysia juga mungkin bakal menjadi antara negara yang mempunyai pelajar yang semakin tinggi taraf pembelajarannya. Jika projek PPSMI ini berjaya mencapai sasarannya saya yakin dalam tempoh 15 tahun level-level universiti sudah boleh di ajar di sekolah menengah dan level-level sekolah menengah boleh diajar di sekolah rendah begitulah seterusnya.


Saya tahu, penelitian saya terhadap rakan-rakan yang merupakan guru dalam projek ini masing-masing meluahkan kesukaran yang amat sekali, sama ada untuk memberi faham, termasuklah murid-murid yang sukar untuk memahami.


Cuma kadang-kadang saya agak sukar untuk menerima alasan daripada organisasi atau pertubuhan yang membantah. Perlindungan bahasa, kesucian bangsa menjadi pertikaian kepada isu ini. Saya ada melihat beberapa sepanduk sepanjang kempen membantah diadakan ‘jangan membunuh bahasa ibunda’.


Saya kurang pasti akan maksud sepanduk tersebut, apakah hanya mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Inggeris cukup mudah untuk membunuh bahasa ibunda kita? Kita tidak disuruh untuk bersajak atau deklamasikan syair dalam bahasa Inggeris, ini bererti bahawa bahasa kita masih terlindung. Cuma alasan bantahan masih boleh diterima sekiranya saman dibuat di bawah perlembagaan yang melindungi bahsa melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Ramai juga yang berpendapat bahawa kita mampu untuk maju seperti bangsa-bangsa yang menggunakan bahasa mereka sebagai pengantar pembelajaran. Benar, saya akuinya. Tapi cuba kita lihat dengan lebih mendalam perbezaan diantara bahasa melayu dan bahasa-bahasa bangsa lain yang dikatakan mampu untuk maju. Saya bagi contoh bahasa Jepun, Korea, Jerman, Russia, Itali, Perancis dan China. Selain daripada keistimewaan bahasa mereka, mereka turut mempunyai alphabet yang tersendiri. China sebagai contoh yang mana alphabet mereka dipenuhi dengan kesenian alam semulajadi. Russia walaupun menggunakan alphabet A,B,C namun mereka juga ada menggunakan alphabet * dalam sebutan mereka.


Ada juga sesebuah bangsa yang mempunyai bahasa dan alphabet yang tersendiri namun tidak mampu untuk maju. (Tidak perlu untuk disenaraikan di sini kerana ia dianggap satu isu sensitif, mereka adalah golongan minoriti)


Sebenarnya keistimewaan bahasa melayu semakin hari semakin berkurangan. Bahasa melayu bukan sahaja dicedok daripada bahasa-bahasa arab malah penggunaan bahasa melayu moden banyak yang diadaptasi daripada perkataan-perkataan Ingeris yang rata-rata dicedok juga daripada bahasa perancis dan sunskrit.


Keaslian bahasa melayu klasik mungkin tidak kekal lama, masih segar diingatan saya sewaktu zaman kanak-kanak dahulu yang mana setiap kali saya pulang ke kampung saya akan mengalami masalah berbahasa dengan orang tua-tua di sana, atuk, nenek, peniaga-peniaga. Boleh dikatakan mereka menggunakan bahasa melayu klasik. Banyak benda yang sukar untuk saya fahami. Mengapa mengekalkan penggunaan ini yang tidak dibela oleh pejuang-pejuang bahasa (mohon izin).


Robok, Supik, Bangsal, Sepatu. Mungkin segelintir anak-anak sekarang tidak memahaminya bukan? Apa yang pelik masih ada lagi segelintir anak-anak moden yang tidak dapat membezakan di antara laci, rak dan almari.


Kita juga tidak mempunyai alphabet yang tersendiri, mungkin tulisan jawi itu boleh dianggap sebagai keistimewaan tulisan bahasa melayu, (setahu saya ’tulisan jawi’ itu bermaksud tulisan orang jawa)


Apapun pada saya PPSMI dilihat tidak dilaksanakan dengan begitu serius oleh pihak terlibat. Guru-guru yang bijak membantu mungkin sanggup untuk membuat tuisyen secara ikhlas untuk mengajar subjek ini, masalahnya ialah bukan semuanya yang sanggup. Bagaimana pula dengan masalah para guru yang tidak dilatih?


Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk projek ini, tetapi hasilnya masih tidak memuaskan. Tidak berani untuk saya katakan ada sesetengah pihak yang melesapkan wang tersebut, Kementerian? Pejabat Pendidikan Daerah? atau Consultant yang terlibat untuk melatih guru-guru ini?


Sebenarnya saya melihatkan bahawa Malaysia menghadapi masalah perlaksanaan. Cetusan idea sudah cukup banyak untuk memajukan Malaysia, tetapi perlaksanaannya masih dilihat gagal.


Menggadaikan dua subjek utama semata-mata untuk mengejar satu subjek teras? Saya tidak fikir itu satu langkah bijak. Apakata sekiranya kita melaksanakan projek PPSMI ini pada mana-mana sekolah yang berminat sahaja. Cuba anda semua teka sekolah jenis apa yang paling banyak akan menerima projek ini? (tidak dihuraikan kerana ia juga satu isu sensitif)


Mengapa kita melihat kepada yang negatif sedangkan benda yang positif bakal muncul. Berakit-rakit kehulu, berenang-berenang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


Hakikatnya, semua pihak perlu berganding bahu, jangan kerana politik anak-anak kita bakal menghadapi kesukaran di masa akan datang. Jangan terkejut sekiranya anak-anak ini bakal menyumpah kita pada suatu hari nanti.


Daripada tujuh pilihan hasil daripada rundingan meja bulat oleh Kementerian Pelajaran bersama pakar-pakar pendidikan dalam Malaysia, saya pula ingin mengemukakan idea yang kelapan. Saya akan siarkan dalam penulisan yang akan datang.



Saya sudi untuk menerima maklum balas anda semua.

9 comments:

odeen said...

SAYA AMAT PENGHORMATI PANDANGAN PEMNULIS BAHAWA BERSAKIT-SAKIT DAHULU BERSENANG KEMUDIAN BERKENAAN PPSMI. SAYA FAHAM MAKSUD PENULIS BAHAWA MEMANG PADA MULANYA SUKAR UNTUK MELAKSANAKANNYA...NAMUN DI MASA DEPAN PASTI KITA BERJAYA SEPERTI JANGKAAN PENULIS 15 TAHUN AKAN DATANG PPSMI ADALAH PROJEK HEBAT YANG MENJADI BANGSA MALAYSIA MAJU.
BEGITU MUDAH PENULIS MEMBUAT PERKIRAAN TENTANG KEJAYAAN PPSMI UNTUK 15 TAHUN AKAN DATANG SEDANGKAN BANGSA INGGERIS SENDIRI MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK BERKEMBANG BAHASANYA SEPERTI SEKARANG. SEHINGGA BANGSA INGGERIS SANGGUP MENJAJAH NEGARA2 SELURUH DUNIA SEJAK BERABAD-ABAD YANG LALU DAN TERNYATA MEREKA BERHASIL MENJAYAKANNYA BUKAN SAHAJA FIZIKAL KITA DIJAJAH MALAH MINDA KITA JUGA DIJAJAH SEHINGGA DITUTUP DENGAN PANDANGAN BAHAWA BAHASA MELAYU ITU TIDAK AKAN MAMPU BERKEMBANG. SEBALIKNYA KITA TERUS BERFANTASI MENGATAKAN BILA KITA MENGUASAI SN DAN MT DALAM BI KITA AKAN MAJU 15 TAHUN AKAN DATANG. INI ADALAH TANGGAPAN YANG SANGAT MENGARUT. TIDAK PERNAH ORANG INGGERIS MENGATAKAN MEREKA AKAN MAJU JIKA MENGGUNAKAN BAHASA ARAB DALAM PENGAJARAN SN DAN MT SEBALIKNYA MEREKA MENGGUNAKAN BAHASA ARAB HANYA UNTUK MENGKAJI ILMU DALAM BAHASA ARAB KEMUDIAN MEMPERKEMBANGNYA DALAM BAHASA INGGERIS DENGAN ISTILAH MEREKA SENDIRI. MISALNYA ISTILAH ARAB “ALJABAR” MENJADI “ALGEBRA”.
MALAH MINDA KITA TERUS MENGIKUT SISTEM PENJAJAHAN INGGERIS INI DENGAN BERANGAPAN BAHAWA KITA HARUS MENGGUNAKAN PENGAJARAN SN DAN MATEMATIK DALAM BI UNTUK MENJADIKAN KITA MAJU SEPERTI BANGSA INGGERIS. TENYATA PENULIS TIDAK YAKIN DENGAN BAHASA MELAYU BOLEH BERKEMBANG UNTUK MEMAJUKAN BANGSA SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH JEPUN DAN KOREA. SAYA TIDAK MAHU MENGAITKAN CHINA KERANA CHINA BEGITU UNGGUL DALAM TEKNOLOGI DAN PERUBATAN SEJAK BERIBU TAHUN DULU BERBANDING DENGAN NEGARA BARAT. SEBAB ITULAH NABI SECARA SIMBOLIKNYA MENYURUH KITA UNTUK MENUNTUT ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA.
AMAT JELAS JIKA KITA LIHAT NEGARA-NEGARA SEPERTI JEPUN, CHINA DAN KOREA MEMPERKEMBANGKAN BAHASANYA SEKIAN LAMA MANA MUNGKIN KITA MENGATAKAN APABILA KITA BELAJAR SN DAN BI DALAM BI KITA AKAN MAJU 15 ATAU 20 TAHUN AKAN DATANG. PERSOALANNYA APAKAH ORANG INGGERIS AKAN MUNDUR APABILA KITA MAJU DENGAN PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BI PADA 15 ATAU 20 TAHUN AKAN DATANG? KITA LIHAT BAHASA ARAB DULU MERUPAKAN BAHASA TEKNOLOGI YANG MANA ARAB ADALAH PENGASAS ILMU SN DAN MATEMATIK. NAMUN KINI BAHASA INGGERIS PULA MENJADI BAHASA TEKNOLOGI SN DAN MT. APAKAH NEGARA BARAT SEPERTI AMERIKA DAN BRITAIN MENGGUNAKAN BAHASA ARAB DALAM PENGAJARAN SN DAN MT NYA UNTUK MENJADIKAN MEREKA MAJU DALAM BIDANG SN DAN MT? BERGITU JUGA RUSIA DAN GERMAN.
SEPATUTNYA PENULIS BERKATA BERSAKIT-SAKIT DAHULU BERSENANG KEMUDIAN UNTUK PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN MT DAN SN. INI KERANA UNTUK SESUATU BANGSA ITU MAJU DENGAN PENGGUNAAN BAHASANYA BUKANNYA MUDAH. IANYA MENGAMBIL MASA YANG LAMA DAN KINI SUDAH LEBIH 30 TAHUN KITA MENGGUNAKANYA DALAM PENGAJARAN DI SEKOLAH. CUMA KITA PERLU LEBIH MEMANTAPKANYA DENGAN MEMPERBANYAKKAN ISTILAH KITA SENDIRI TAK KIRALAH JIKA ISTILAH INGGERIS DI MELAYUKAN. BUKANNYA TERUS MENGATAKAN KITA TIDAK AKAN MAJU DENGAN MENGGUNAKAN BM HANYA DALAM SUBJEK SN DAN MT SEDANGKAN KITA TIDAK BERUSAHA UNTUK MEMPERKEMBANGKANNYA SEPERTI DILAKUKAN OLEH JEPUN DAN KOREA. KITA DAH ADA SUBJEK BI, MANA MUNGKIN KITA MENGGUNAKAN SN DAN MT UNTUK MEMAHIRKAN MURID DALAM SUBJEK BI.YANG PENTING KITA KENA PERKASAKAN SUBJEK BI DENGAN MENAMBAH WAKTU PENGAJARANNYA DI SEKOLAH DAN MENGGUNAKAN KAEDAH DAN TEKNIK YANG BERKESAN SESUAI DENGAN MASYARAKAT KITA. MALAH KITA JUGA BOLEH MEMPERKENALKAN SUBJEK LAIN DI SEKOLAH SEPERTI BAHASA RUSIA, JEPUN DAN CHINA UNTUK MEMPERKEMBANGKAN LAGI PENCARIAN ILMU KITA.
SEBENARNYA BANYAK LAGI YANG SAYA NAK KATAKAN TETAPI CUKUPLAH SAMAPAI DI SINI UNTUK KALI INI…..

Awrapurnama said...

http://tehranifaisal.blogspot.com/
salam wbt..
sy sbg seorg plajr agk pening dgn isu ini.blog di ats mmbari byk pendedhn kpd sy.trs trg,agk sukr sy hdpi ppsmi.byk istilah dipelajari dlm bhs inggeris sehingga sy xkenl istilah dlm bhs m'sia..
smg blog di ats dpt mmberi mnfaat kpd kita semua..

Penganalisis Minda said...

gembira bertemu dgn saudara odeen secara maya... Teringin rasanya untuk bertemu dan bersembang... pandangan yang bernas... saya ada jawapannya...

odeen said...

DAH BANYAK KAJIAN MENUNJUKKAN PPSMI TELAH MENURUNKAN PRESTASI MURID DALAM SUBJEK SN DAN MT. MALAH KAJIAN JUGA MENUNJUKKAN MENURUNAN MINAT MURID TERHADAP KEDUA-DUA MATAPELAJARAN BERKENAAN YANG SANGAT KETARA SEJAK IA DIPERKENALKAN PADA 2003. KALAU MINAT MURID DAH TURUN BAGAIMANA KITA BOLEH KATAKAN DI MASA DEPAN MURID KITA AKAN MENGUASAI ILMU SAINS DAN MATEMATIK DENGAN BAIK, NEGARA AKAN MAJU, MELAHIRKAN RAMAI AHLI SAINS DAN MATEMATIK SERTA PENCIPTA2 YANG HEBAT SEHINGGA DIKAGUMI DUNIA. CONTOH MUDAH KALAULAH SEKARANG NIE ORANG DAH TAK MINAT MAIN BOLA, TAKKANLAH DI MASA DEPAN KITA AKAN MELAHIRKAN RAMAI PEMAIN BOLA SEPAK YANG HANDAL ATAU KITA MAJU DALAM BIDANG BOLA SEPAK SEHINGGA DIKAGUMI DUNIA… INI SANGAT MENGARUT….
LEBIH TERUK ADA JUGA YANG MENYALAHKAN GURU KERANA KEGAGALAN INI DENGAN MENUDUH GURU YANG GAGAL MENINGKATKAN MINAT MURID TERHADAP PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BI. BEGITU MUDAH MEREKA MENYALAHKAN PIHAK LAIN SEDANGKAN MEREKALAH PUNCA PERMASALAHAN INI. SELAMA INI GURU TELAH BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MEMPERTINGKATKAN MINAT DAN PRESTASI MURID DALAM SN DAN MT SEMASA DIAJAR DALAM BAHASA MELAYU. NAMUN AKIBAT PPSMI MAKA CIKGU TERPAKSA PULA MENGUBAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MEREKA.
SEBENARNYA PPSMI ADALAH LANGKAH KE BELAKANG BUKAN LANGKAH KE DEPAN. KALAU SEBELUM INI GURU TIADA MASALAH BERKENAAN BAHASA DALAM MENGAJAR SN DAN MT. MEREKA CUMA MENGUKUHKAN ISTILAH DAN PEMAHAMAN KONSEP. NAMUN KINI TUGAS GURU BERKENAAN MENJADI SEMAKIN RUMIT BUKAN SAHAJA MEMAHAMKAN MURID DENGAN KONSEP SAINS TETAPI SEBELUM ITU TERPAKSA MENJELASKAN PERKATAAN DEMI PERKATAAN ISTILAH SAINS DAN PERKATAAN YANG DIUCAPKAN DALAM BAHASA INGGERIS. GURU SAINS KINI MENGHADAPI MASALAH BAHASA PULA.KINI GURU SAINS DAN MATEMATIK MENGAMBIL-ALIH TUGAS GURU BAHASA INGGERIS PULA. ITUPUN JIKA GURU SN DAN MT BERKENAAN TIADA MASALAH BERKENAAN TATABAHASA BAHASA INGGERIS.
JIKA KITA LIHAT KEBANYAKAN GURU SN DAN MT INI RAMAI YANG MENGHADAPI MASALAH BERKENAAN….MEMANGLAH MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN DENGAN MENGADAKAN KURSUS TERHADAP GURU BERKENAAN. NAMUN SEMESTINYA IANYA PASTI MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK MENJADIKAN GURU BERKENAAN PAKAR SEPENUHNYA DALAM BI. BAYANGKAN BAGAIMANAKAH PENERIMAAN MURID DALAM TEMPOH BERKENAAN. ADAKAH MEREKA MENERIMA KONSEP SAINS DAN MT ITU DENGAN JELAS DAN BERKESAN? KESUDAHANNYA 15 TAHUN AKAN DATANG PASTI MENYEBABKAN KITA TERFIKIR KEBENARAN TENTANG APA YANG DITENTANG SELAMA INI.
ITU BELUM LAGI USAHA UNTUK MENINGKATKAN MINAT MURID YANG SEMAKIN BERKURANGAN. SEDANGKAN SEMASA BELAJAR DALAM BM DULUPUN KITA TERPAKSA MEMBUAT PELBAGAI CARA DAN PENDEKATAN SEHINGA MENGAMBIL MASA BERTAHUN-TAHUN UNTUK MENJADIKAN MURID KITA(BUMIPUTERA) MINAT SUBJEK SAINS DAN MT. KERANA SEBELUM ITU KEBANYAKAN SUBJEK SN DAN MT INI DIKUASAI OLEH KAUM BUKAN BUMIPUTERA SEPERTI CINA. NAMUN APABILA PELAJAR KITA(BUMIPUTERA) SUDAH MULAI MINAT BELAJAR SN DAN MT…TIBA-TIBA BELAJAR PULA DALAM BI YANG SELAMA INI MEREKA SANGAT LEMAH DAN BOSAN UNTUK BELAJARNYA(TERUTAMA LUAR BANDAR). MINATPUN MULAI BERKURANG. JADI FIKIR-FIKIRKANLAH MAMPUKAH KITA MELAHIRKAN RAMAI PAKAR2 PERUBATAN, SAINSTIS, AHLI ASTRONOMI, DAN MELAHIRKAN PENCIPTA TEKNOLOGI PADA MASA DEPAN?
JIKA MURID HILANG MINAT TERHADAP SN DAN MT DI PERINGKAT RENDAH(ASAS) MEREKA TIDAK AKAN MEMPELAJARINYA LAGI UNTUK PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI( MENENGAH DAN UNIVERSITI) MESKIPUN PADA MASA ITU MEREKA FASIH BERBAHASA INGGERIS. LAGIPUN BAHASA INGGERIS INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENCEBURI BIDANG2 LAIN YANG LEBIH POPULAR SEPERTI PERHOTELAN, PERAGAWATI, BIDANG SENI(PENYANYI) DAN SEBAGAINYA. JADI SEGALA USAHA DAN HASRAT KITA PASTI AKAN SIA-SIA AKHIRNYA DAN MENYEBABKAN KITA TERFIKIR KEBENARAN DISEBALIK PENENTANGAN DASAR PPSMI SELAMA INI. SESUNGGUHNYA SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN SUDAH TIDAK BERGUNA.

Khairul said...

bila korang nak blajar kat luar negara - english diperlukan

bila korang nak kerja tinggi2 - english diperlukan
*tak tahu la kalu umat islam tak nak kerja bagus2, sebabtu kebanyakkan nya mundur*

bila korang nak study journal atau exck,- english diperlukan..

sekarangni banyak istilah BM diambil dari BI, so aku tak faham. apa nilai tersendiri BM tu?

odeen said...

KEPADA KHAIRUL... PERCAYALAH BAHAWA TIDAK DINAFIKAN KEPENTINGAN BI DALAM PENGUASAAN ILMU MASA KINI. NAMUN MENGUASAI BI BUKANNYA KITA BUAT MELALUI SUBJEK SN DAN MT. ITU YANG DIPERTIKAIKAN. PERKASAKAN BI DENGAN SUBJEK BI ITU SENDIRI. MALAH KALAU BOLEH KITA DIGALAKKAN MENGUASAI BAHASA LAIN SEPERTI ARAB, RUSIA, CHINA, JEPUN DAN SEBAGAINYA UNTUK PENGUASAAN ILMU YANG LEBIH BANYAK.
SEKARANG NIE SUBJEK BI ITU YANG LEMAH BUKANNYA DISEBABKAN OLEH PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BM DULU. TETAPI NAMPAKNYA SUBJEK SN DAN MT ITU PULA YANG LEMAH AKIBAT DIAJAR DALAM BI. MALAH MINAT MURID JUGA BERKURANGAN SEJAK PPSMI DIPERKENALKAN. BAGAIMANA KITA AKAN MELAHIRKAN SAINSTIS, PAKAR SAINS DAN MT, DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI SAINS DALAM PENCIPTAAN DI MASA DEPAN JIKA PELAJAR KITA KURANG KE ARAH ITU MESKIPUN MAHIR BERBAHASA INGGERIS? INI KERaNA MINAT MEREKA DALAM KEDUA-DUA SUBJEK BERKENAAN SUDAH KURANG SEJAK IA DIAJAR DALAM BI. ITULAH YANG MENJADI PERTIKAIAN SEKARANG BUKANNYA SUBJEK BI ITU.

Khairul said...

ok. andai kat kau belajar dari darjah 1 - habis sekolah dalam BM. ok mungkin sampai habis diploma. segala nya dalam BM.

jadi, macam mana kau nak sambung pendidikan yang jauh lagi tinggi?

dengan hanya belajar BI beberapa minggu?

bahan-bahan seperto journal, semua diterbitkan dalam english. dan kalu kita tidak pandai english macam mana nak mengkaji?

teknologi kita tak tinggi seperti negara lain. jangan bandingkan dengan jepun sebab based neraga jepun memang dah terkenal dengan teknologi. tapi malaysia?

andai kata pelabur luar negara nak buat business kat malaysia. adakah dia perlu belajar BM untuk buat business dengan kita?

andai kata kita nak dengar ceramah dari pakar-pakar teknologi dari luar negara yang sememangnya pakar, adakah mereka mesti belajar BM untuk kasi kita faham? tentu lah tak. dah la kita yang panggil pakar suruh datang, dia pulak ken belajar bahasa kita.

malaysia kekurangan dari segi teknologi. so sebagai permulaan dari kekurangan di malaysia, kita perlu kerja keras..

aku amik contoh lagi..

kau nak jadi engineer kapal angkasa. then kat malaysia kat mana bidang kau boleh masuk untuk jadi engineer untuk space? tak ada. so sebagai permulaan, kau nak tak nak mesti ke Uni luar negara untuk belajar. dari situ la terhasilnya pelapis cemerlang.

kita belajar...belajar memang susah.. hakikatnya, semua apa yang dibelajar pun susaj.. tak ada benda senang dalam dunia ni..

dan aku adalah golongan pertama yang ambil PPSMI

odeen said...

KEPADA KHAIRUL...
SAYA BAGI CONTOH MUDAH SHEIKH MUZAFFAR BELAJAR SN DAN MT DALAM BM TETAPI BOLEH JADI DOKTOR, BOLEH PERGI ANGKASA LEPAS DAN FASIH BERBAHASA INGGERIS...INI BUKTI YANG JELAS PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BM TIDAK MEMUNDURKAN SESEORANG. YANG PENTING SUBJEK BI ITU PERLU DIPERTINGKATKAN KEBERKESANANNYA DENGAN TEKNIK DAN KAEDAH YANG SESUAI DENGAN MASYARAKAT KITA.
PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BI TIDAK SEMESTINYA MEMBOLEHKAN KITA JADI AHLI SAINS KERANA KITA PERLU KUKUH DENGAN KONSEP DAN PERLU ADA MINAT MENDALAM DALAM BIDANG BERKENAAN. KITA LIHAT CONTOH.. SIR ISAAC NEWTON TIDAK PERNAH MENGUASAI BAHASA ARAB(ASAS ILMU SAINS DAN MT) TETAPI AKIBAT MINAT MENDALAM DALAM PENGKAJIAN MAKA BELIAU TELAH MENEMUI TARIKAN GRAVITI SEMASA DUDUK DI BAWAH SEBATANG POKOK.
SELAIN ITU, JIKA BOLEH KITA JUGA PERLU MENGUASAI BAHASA LAIN SEPERTI ARAB, RUSIA, CHINA, JEPUN DAN SEBAGAINYA. APA TIDAKNYA SEMASA HENDAK PERGI ANGKASA SHEIKH MUZAFFAR TERPAKSA BELAJAR BAHASA RUSIA PULA. INI MENUNJUKKAN FASIH BERBAHASA INGGERIS SAHAJA TIDAK CUKUP MALAH KITA KENA MENGUASAI BANYAK BAHASA SUPAYA KITA LEBIH SERBA BOLEH.
INGAT MALAYSIA BOLEH...JANGAN MENIDAKKAN ATAU MEMANDANG RENDAH BAHASA SENDIRI. ISU SEBENARNYA PENGUASAAN ILMU SN DAN MT BUKANNYA ISU BAHASA ITU TETAPI LEBIH KEPADA PERUBAHAN SIKAP, MINAT DAN SERTA KAJIAN MENDALAM TENTANG SESUATU PERKARA.

mohd nasir said...

Kpd Penganalisis minda...

jawab soalan ini. Apakah tujuan kita menuntut ilmu pada pandangan 'penganalisis minda'. Janganlah galak sangat menganalisis secara fiziknya sahaja tetapi sepatutnya perlu disekalikan dengan elemen metafizik.

Pendidikan merupakan tiang seri yang menyangga negara. Akibatnya, jatuh bangun
bangsa ditentukan oleh sistem pendidikan yang hakiki dan bukannya sistem pendidikan
yang luarannya cantik tetapi dalamnya kosong. Sistem pelajaran di negara kita yang kita
telah amalkan walaupun dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai sistem pendidikan yang
berkualiti perlu dilihat balik daripada segala macam segi terutamanya aspek falsafah.
Saya menggunakan sebutan ‘sistem pelajaran’ kerana negara kita memang
mengutamakan pelajaran berbanding pendidikan. Sebab itulah, kita akan mendabik dada
apabila statistik deskriptif peperiksaan utama negara menunjukkan betapa ramai pelajar
yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi anehnya pelajar yang tercorot seolaholah
dinafikan kewujudan mereka. Kita sudah lupa bahawa pendidikan itu bukan sahaja
terdiri daripada komponen pelajaran sahaja tetapi yang lebih penting lagi komponen
penerapan adab dan nilai yang selaras dengan kehidupan beragama. Akibat keutamaan
kita yang terlalu mengagungkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dan
pelajar-pelajar yang tidak cemerlang tidak dihiraukan, satu inferensi yang boleh dibuat
ialah negara kita masih lagi begitu mementingkan produk akibat sistem pelajaran dan
bukannya mementingkan proses pendidikan. Ingin ditegaskan, pelajar yang cemerlang
tidak dinafikan hak yang sepatutnya diperolehi oleh mereka tetapi pelajar yang kurang
cemerlang juga sepatutnya tidak dinafikan hak mereka. Dalam membentuk sistem
pendidikan yang baik, unsur pelajaran sepatutnya disepadukan dengan unsur agama. Oleh
itu, saya berpendapat bahawa sistem pendidikan yang baik sepatutnya menjadikan proses
pendidikan sebagai teras dan produk pendidikan sebagai pelengkap. Tetapi hal yang
sebaliknya telah berlaku. Sebahagian besar guru begitu terarah untuk menyediakan
pelajar ke arah peperiksaan dan bukannya menyediakan pelajar supaya mereka merasai
apakah proses pendidikan itu. Tidak hairanlah, walaupun seseorang pelajar itu kurang
cemerlang dalam peperiksaan tetapi apabila seseorang itu mengalami proses pendidikan
yang bersepadu sekurang-kurangnya pelajar itu akan menjadi manusia yang baik.
Katakan seseorang pelajar itu begitu cemerlang tetapi ia tidak mengalami proses
pendidikan yang sempurna maka kemungkinan besar maka kita sebenarnya hanya
melahirkan the skilled barbarian. Seboleh-boleh kita ingin melahirkan pelajar yang
bukan sahaja cemerlang tetapi pelajar yang tahu bahawa dirinya berperanan sebagai
hamba kepada Maha Pencipta dan khalifah di muka bumi, bukannya pelajar yang
berperanan sebagai the sacred cow. Kita sebenarnya sudah terbabas dari landasan
sebenar, tetapi it is not too late for us to reexamine our educational system in order that
our educational system will be producing the complete men. Diharapkan kerajaan
mengambil tindakan yang segera dalam merubah sistem pelajaran kita supaya menjadi
sistem pendidikan dalam erti kata yang hakiki. Jikalau kita berlengah-lengah lagi untuk
menggerakkan segala usaha ke arah menjadikan sistem pendidikan kita ke arah yang
lebih bersepadu dan sempurna, produk hasilan akan menjadi produk yang luarannya
nampak cantik tetapi dalamnya busuk. Perkara inilah yang sedang berlaku iaitu suatu
masalah yang dikhuatiri iaitu keruntuhan moral dan akhlak pelajar-pelajar. Walaupun
peratusan mereka yang melakukan masalah disiplin kononya dikatakan sebagai peratusan
yang kecil tetapi peratusan tersebut sangat diragui. Akhbar-akhbar seringkali
memaparkan kepelbagaian masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar seolah-olah
sistem pendidikan kita bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang tidak berakhlak.
Masalah-masalah yang berlaku di kalangan pelajar menjadi lebih teruk lagi iaitu
keruntuhan akhlak sehinggakan mereka nampaknya sudah hilang perasaan malu sebagai
seorang manusia yang beragama. Hal ini tidak boleh lagi diambil ringan kerana kalaulah
semakin banyak pelajar yang bersikap seperti orang gasar maka sebenarnya kita sedang
bergerak ke arah kemusnahan peradaban walaupun nampaknya tamadun kita bergerak ke
arah kemajuan. Kita tidak mahu negara kita hanya mencapai tamadun kebendaan yang
tinggi tetapi penggerak-penggerak ketamadunan mestilah mendasarkan kehidupan kepada
agama. Semua pihak perlu bergabung tenaga dalam melahirkan sistem pendidikan dalam
erti kata yang sebenar serta tidak lagi berdolak-dalih dalam hal yang begitu penting ini.
Tiada kompromi lagi kerana jatuh bangun bangsa terletak kepada tamadun material
disekalikan dengan peradaban yang menjadikan agama sebagai cara hidup.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...