Advanced Search

Custom Search

Followers

Freemason dan Illuminati di Malaysia.

Sabtu lalu lebih kurang jam 5.30 petang kalau tidak silap saya terdapat siaran ulangan Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL24). Waktu itu siaran tersebut hampir tamat kerana sudah berada di penghujung siaran. Siaran ini membuatkan saya teringat dengan kisah freemason dan illuminati dan persamaannya yang terdapat dalam AJL24 di mana hampir menjadi perbualan hangat di laman web seperti blog dan forum. (Anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my)

Dan ini yang hangat diperkatakan:



Set pentas AJL24 menyerupai gerakan Freemason dan Illuminati iaitu pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan. Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Siti.

Sufian juga berkata di dalam blognya (jejakitinggalanrasul.blogspot.com): “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”

Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet.
Sumber: mstar.com.my































Dan ini pula ulasan penerbit AJL24



“KENAPA pula saya nak rancang benda tu (unsur Freemason) kerana ia tiada kena-mengena dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24,” soal penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam ketika dihubungi berhubung isu set pentas AJL24 yang dikatakan mirip kepada gerakan Freemason dan Illuminati.

Tambahnya lagi “AJL24 melibatkan satu produksi yang besar dan dipecahkan kepada bahagian masing-masing. Misalnya, team pakaian, team baju, dan artis pun ada team mereka sendiri.”

“Mungkin ia satu kebetulan. Bukan saya tak sensitif. Tetapi pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan sensitif. Secara tak langsung saya nak minta maaf juga. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Sumber: mstar.com.my

________________________________________________________

Saya tidak dapat memberi pendapat yang tepat mengenai kes ini kerana kekurangan sumber.

Namun, bagaimana jika kita bersangkaan baik terhadap penerbit AJL24 ini? Beliau ada menyebut bahawa terdapat beberapa team yang menguruskan persembahan dan pasukan masing-masing.

Jika benarlah seperti yang di dakwa oleh penerbit tersebut ini bermakna, freemason dan illuminati talah lama berjaya menguasai pemikiran dan idealogi rakyat Malaysia. Bayangkan, hampir setiap persembahan terdapat unsur freemason dan illuminati ini. Persoalannya ialah daripada mana datangnya idea untuk konsep sebegini? Sudah tentu datangnya daripada pasukan masing-masing bukan? Jadi disimpulkan bahawa terdapat RAMAI yang terlibat dalam keterbentukan konsep ini sepanjang AJL24 berlansung.

Baik, kita juga bersangka baik lagi bahawa mereka juga tidak berniat untuk menyebarkan konsep freemason dan illuminati ini, tetapi dengan pemilihan konsep tersebut sebagai konsep persembahan mereka maka apalagi yang boleh dikatakan melainkan ideologi mereka telah dijajah dengan freemason dan illuminati ini.

Lihat gambar ini:



Bagi gerakan ini (freemason dan illuminati) ia adalah The Master Carpet untuk acara mereka. Tetapi pada kita ia adalah sebuah hiasan untuk barangan dan gadget pilihan. Lambang petak hitam putih ini banyak di pasaran dan menjadi pilihan remaja-remaja kini terutama pada topi-topi dan beg-beg yang banyak dijual dipasaran. Jadi ia umpama perkara yang tidak dapat dielakkan. Diumpamakan juga lambang bulan dan bintang pada cadar-cadar tidur dan kebanyakkan menjadi pilihan kanak-kanak elit. Barat juga turut mengguna pakai cadar tersebut.

Jadi pada sesetengah perkara tidak semestinya sesuatu benda yang didakwa adalah milik mereka menyebabkan kita tidak boleh menggunakannya, bagaimana jika mereka mendakwa petak hitam dan merah adalah milik mereka serta menggunakannya untuk aktiviti mereka, adakah ini membawa erti bahawa kita tidak lagi dibenarkan untuk bermain Dam Haji?

Pendapat ini bukanlah bererti untuk membenarkan penggunaan lambang petak hitam putih ini, tetapi ia sekadar satu bukti yang menunjukkan bahawa freemason dan illuminati telah lama memasuki Malaysia lalu mempengaruhi rakyat Malaysia. Ucapan terima kasih juga perlu diucapkan kepada AJL24 kerana kontroversi ini telah membuka mata dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui gerakan kotor ini. Jika tidak, sudah tentu rakyat Malaysia masih tidak tahu apa itu freemason dan illuminati.

Anggaplah ia sebagai satu pengajaran, dan sekiranya anda telah mengetahuinya, janganlah sekadar ambil tahu dan bercakap sahaja, tetapi cubalah untuk mengelak daripada menggunakan lambang-lambang ini yang ternyata boleh mempengaruhi akidah kita sebagai penganut Islam.

(pendapat ini hanya pada lambang petak hitam dan putih sahaja, tidak termasuk pada konsep-konsep persembahan lain kerana masih terdapat banyak lagi konsep persembahan yang boleh diterimapakai dan digunakan untuk diterapkan dalam persembahan mereka)

WaAllahu a’alam.

Allah tuhan sekalian alam!

Baru-baru ini kita digemparkan oleh keputusan Mahkamah yang membenarkan majalah krisian Herald The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Saya baru terfikir untuk berkongsikan pendapat mengenai isu Kartika yang dilihat tiada kesudahan sehingga melibatkan pergolakan rumah tangganya. Walaupun terlambat terlintas juga difikiran untuk mengambil kesempatan atas kelapangan yang ada untuk memberi pandangan bagi cadangan Sekolah Sealiran juga dengan artikel mengenai pembentukan Azam dan Istiqomah seperti yang dijanjikan.

Apapun penulisan haruslah difokuskan pada sesuatu perkara agar semuanya siap sempurna tanpa kenyataan yang bercampur aduk. Ada kesempatan yang lain nanti saya akan kongsikan pendapat terbabit.

Bagi kes ini, "Fakta kes tersebut adalah pada 18 Mac 2009 pemohon iaitu Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur iaitu Murphy Pakiam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) ke atas Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia kerana memutuskan melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan edisi bahasa Malaysia akhbar itu."

Tidak lain dan tidak bukan apabila sesuatu kes berlaku dalam negara aman Malaysia ini masing-masing akan bangkit terutama parti politik untuk membuktikan bahawa merekalah hero yang boleh membela. Isu ini sebenarnya tidak sehangat yang dikata, hanya diperhangatkan oleh sesetengah pihak yang entah mungkin sebabnya seperti yang dikatakan tadi bahawa semuanya ingin membuktikan sifat ke 'hero' an mereka dalam membela hak-hak tertentu.

Mungkin segulung ucapan ribuan terima kasih patut diberi kepada Hakim Datuk Lau Bee Lan kerana keputusan beraninya sudah menenggelamkan isu kehilangan enjin jet dan kenaikan harga gula. Masyarakat Malaysia pula dilihat suka mengambil sikap tidak peduli kapada perkara-perkara yang tidak melibatkan mereka, seperti kenaikan harga gula isu ini mungkin menyebabkan beberapa isi rumah melenting, tetapi hal berkaitan kehilangan enjin jet kebanyakan isi rumah tidak mengambil peduli kerana mereka tidak terasa kesan buruknya melainkan ahli politik yang sudi mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Walaupun kebanyakan blog-blog mengulas dua isu ini saya hanya mangambil keputusan untuk mendiamkan diri kerana tidak berminat untuk mengulas isu berbentuk sebegini.

Berbalik kepada isu penggunaan kalimah Allah, dari aspek perundangan keputusan hakim yang membenarkan penggunakan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah majalah kristian adalah satu keputusan yang tulus mengikut undang-undang perlembagaan. Mungkin kerana kelemahan undang-undang sedia ada yang menyebabkan keputusannya sebegitu rupa. Perkara 3 dan 11 terutama (1) Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang sebarang penyebaraan agama dalam Malaysia. Bahkan Perkara 11 (4) hanya melarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam dan kes ini tidak membuktikan sebarang penyebaran majalah tersebut kepada orang Islam dilakukan. Ternyata Perlembagaan Persekutuan tidak mengklasifikasikan penggunaan kalimah Allah untuk mana-mana agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia.

Dari aspek agama Islam pula sepanjang pengetahuan saya Allah itu adalah tuhan bagi sekalian makhluk tidak kira sama ada untuk umat Islam atau bukan Islam seperti tafsiran 'Arrahman dan Arrahim'. Saya masih teringat ketika kes kejadian runtuhan jambatan gantung di Perak yang mana ketika ditanya kepada seorang bapa (agama hindu) atas perasaan kehilangan anak yang hanyut dengan tenang dia berkata 'tidak mengapa, tuhan Allah ada boleh jaga sama dia'. Lihat! memang agama lain sebenarnya mengakui Allah adalah tuhan yang menciptakan alam dan segala yang terbentuk di dunia ini, tetapi kesilapan mereka ialah mereka akui bahawa terdapat tuhan perantara yang menghubungkan mereka dengan Allah dan inilah yang seharusnya didakwahkan oleh umat Islam di Malaysia terutama mereka yang berilmu apatah lagi menjawat jawatan 'Ustaz' dan 'Ustazah'.

Apapun secara logiknya, Herald tidak mempunyai alasan yang munasabah dan tidak sepatutnya menggunakan kalimah Allah semata-mata beralasan mentafsirkan perkataan 'god' di dalam majalah terjemahan Bahasa Malaysia mereka sedangkan jelas tafsiran 'god' di dalam bahasa Malaysia tidak membawa makna Allah tetapi membawa maksud tuhan. Hakim Datuk Lau Bee Lan juga sepatutnya membuat keputusan di bawah perkara 11 (5) yang melarang mana-mana amalan agama yang boleh membawa kepada kekacauan ataupun menggugat ketenteraman awam ( public disoder ).

Sebagai langkah bagi menutup pintu keburukan 'Saddu Zara'ik' perkataan Allah dilihat tidak relevan untuk digunakan oleh majalah tersebut atas sebab-sebab seperti yang saya katakan tadi selain penggunaan Bahasa Malaysia dan adat budaya masyarakat Malaysia itu sendiri kerana dibimbangi akan terdapat sesetengah pihak yang cuba menghangatkan isu ini atas kepentingan sendiri sama ada kepentingan peribadi, pertubuhan ataupun politik.

Wallahu 'aalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...