Advanced Search

Custom Search

Followers

Tips untuk Kenali Tempat Yang Elok.

Salam sejahtera semua, penulisan yang lalu telah saya kongsikan bagaimana untuk kita tahu sama ada perkara yang kita lakukan itu sesuatu yang baik atau pun tidak baik.

Tapi pada kali ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mencari bimbingan supaya kita sentiasa melangkah ke tempat-tempat yang diredhai Allah swt.

Kita diajar oleh Islam supaya menggunakan kedua belah kaki sama ada kanan mahupun kiri sebagai permulaan langkah ke sesuatu tempat. Contohnya, untuk masuk ke Masjid kita mulakan langkah dengan kaki kanan, masuk ke tandas pula kita mulakan langkah dengan kaki kiri.


Jadi menggunakan prinsip ini bolehlah kita ambil sebagai satu iktibar yang besar untuk membimbing kita menuju ke tempat-tempat yang diredhai Allah swt.

Contohnya kita menuju ke tempat hiburan, kita langkah dengan kaki kanan atau kiri?

Mungkin sebahagian daripada kita secara tidak rasminya tidaklah begitu menghiraukan mana-mana langkah kaki untuk ke sesuatu tempat, kadang-kadang ada juga yang masuk ke tandas menggunakan kaki kanan.

Ironinya, kita perlu biasakan diri dengan perhatikan pada langkah kanan dan kiri agar apabila kita sudah terbiasa dengan langkah-langkah ini ia pasti dapat membimbing kita untuk membezakan tempat-tempat yang baik dan kurang sedikit baiknya.

Jangan salah faham, benda ini tidak melibatkan hukum-hakam, kalau kita ke sesuatu tempat yang memerlukan langkah kaki kiri sekalipun bukanlah bermakna tempat itu haram untuk dituju, silap-silap haribulan semua tidak ke tandas kerana langkah ke tandas perlu dimulakan dengan langkah kaki kiri.

Cuma setidak-tidaknya apabila timbul pertanyaan dalam diri bila kita diajak oleh rakan-rakan mahupun apa saja untuk kesesuatu tempat, setidak-tidaknya langkah kaki kanan dan kiri ini mampu memberi bimbingan kepada kita untuk menilai tempat tersebut.

Sama ada untuk terus melangkah ke tempat tersebut mahupun tidak, ia tetap terpulang kepada kita. Yang penting, KITA SEBENARNYA TELAH DIBIMBING.

WaAllahu a'alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...