Advanced Search

Custom Search

Followers

Mencari Personaliti Diri

gambar hiasan

Krisis Identiti biasa berlaku kepada manusia yang bakal berubah zaman, zaman kanak-kanaknya kepada zaman remajanya, dari zaman remajanya kepada zaman dewasanya, dan begitu juga zaman tuanya. Dan perubahan identiti terbesar adalah ketika berada di zaman remaja sehingga disifatkan oleh sesetengah ahli psiko dan bio sebagai musim ribut dan taufan.

Remaja yang berubah ke alam pra-dewasa akan mencari-mencari contoh yang perlu diikuti dan ada kalanya menjadikan individu yang dilihat sebagai idola. Tidak hairanlah jika kanak-kanak pernah bercita-cita ingin menjadi polis dan askar kerana pada mereka itulah yang menarik dan 'cool'. Manakala yang wanita pula bermimpi untuk menjadi sang puteri yang sentiasa mengharapkan akan di selamatkan oleh sang putera yang kacak lagi mempunyai perwatakan yang bergaya. Jadi jangan pelik jika hari ini mereka begini, esok pula mereka begitu, kerana mereka dalam pencarian identiti yang perlu disesuaikan dengan diri mereka.

Itu faktanya, jadi tidak hairan jika perubahan perangai berlaku sepanjang proses membesarnya seorang manusia dari satu alam ke alam yang lain, kadang-kadang kita tidak perlu hairan dengan kata-kata, "tengok kawan-kawan aku kahwin dah semuanya"... sedangkan itulah musimnya, bagi laki-laki, zaman kanak-kanak adalah musim berkhatan, bila dewasa sibuk cerita kahwin, dan apabila tua kita akan mendengar seorang demi seorang rakan-rakan sejawat akan meninggalkan dunia membongkok ke lubang kubur.

Kita ada qudwah, tetapi kita sukar untuk ikut kerana kita tidak berapa tahu kisahnya dan kehidupannya, sebab itu kita perlu banyak membaca sejarah kehidupan baginda saw supaya serba sedikit kita mampu melakukan sunnah baginda saw.

Jadi adalah tidak menjadi munasabah apabila kita memperkatakan bahawa mereka yang menghadapi krisis identiti ini adalah mereka yang bermasalah, cuma adakalanya, identiti itu mungkin tidak menjadi seberat prinsip dan matlamat yang diletak dasar sebagai tapak jati diri. Sedangkan kita semua berada di matlamat yang satu, hidup sebagai manusia yang beribadah kepada Allah swt.

Berkata para sarjana: "tidaklah disisi dunia ini sedikit nilai pun, tetapi ia hanyalah tempat menghitung hutang". Diakhirat juga tempat kita mengira dan menyelesaikan hutang.

WaAllahu a'alam...

Exam Datang Lagi

gambar hiasan


Exam datang lagi...

Hidup sudah lebih 20 tahun, menempuh exam bukannya baru sekarang, sejak kecil lagi sudah biasa, sepatutnya menghadapi peperiksaan sudah menjadi kebiasaan dan sepatutnya sudah punya strategi yang tersendiri dalam IN dan OUT ilmu. Yang penting jujur pada ilmu...

Study lepak, result gempak, ok gak tue, tapi kalau melepak, result pun rabak...

Ulat buku, kenapa tak dipanggil kaki buku? Sebab ulat itu menyelusuri satu persatu dengan incian yang terperinci, kaki tu, melangkah jauh sangat, takut terlepas point-point penting pula...

Kemampuan akal terhad pada masanya, bukan terhad pada kemampuannya, macam kita makan, sunnahnya sedikit, tapi dibenarkan kerap, lebih baik daripada banyak walaupun sekali saja, manusia bukan unta, ada ruang simpan makanan, otak pula boleh simpan banyak maklumat, tapi memerlukan rehat, kalau dah tak boleh fokus, itu maknanya otak dah tepu seketika...

Nak buat pa?, tido jelah...

Siapa kata? aku duk menghafal boleh jer.

Yang tu menghafal, faham belum tentu.

Dua jenis exam, fakta dan kefahaman...

Fakta memang kena hafallah, formula ke, turutan ke dan macam-macam...

Kefahaman, kena bagi faham dan hafal sedikit fakta kefahaman untuk tujuan buat modal jawapan, sekurang-kurangnya banyaklah sikit ayat yang hendak ditulis...

Itu sembang dunia, akhiratnya, banyak-banyaklah kita berdoa, Allah swt menilai pada usaha, dan yang penting, nilai keberkatan dan usaha kita dapat di nilai dengan tahap kepuasaan kita...

WaAllahu a'alam...

Semoga berjaya dunia akhirat, doakan saya, dan saya juga doakan kalian...

Firman Allah swt:

"Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?"

Al An'am : 6 : 53
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...