Advanced Search

Custom Search

Followers

Freemason dan Illuminati di Malaysia.

Sabtu lalu lebih kurang jam 5.30 petang kalau tidak silap saya terdapat siaran ulangan Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL24). Waktu itu siaran tersebut hampir tamat kerana sudah berada di penghujung siaran. Siaran ini membuatkan saya teringat dengan kisah freemason dan illuminati dan persamaannya yang terdapat dalam AJL24 di mana hampir menjadi perbualan hangat di laman web seperti blog dan forum. (Anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my)

Dan ini yang hangat diperkatakan:



Set pentas AJL24 menyerupai gerakan Freemason dan Illuminati iaitu pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan. Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Siti.

Sufian juga berkata di dalam blognya (jejakitinggalanrasul.blogspot.com): “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”

Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet.
Sumber: mstar.com.my































Dan ini pula ulasan penerbit AJL24



“KENAPA pula saya nak rancang benda tu (unsur Freemason) kerana ia tiada kena-mengena dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24,” soal penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam ketika dihubungi berhubung isu set pentas AJL24 yang dikatakan mirip kepada gerakan Freemason dan Illuminati.

Tambahnya lagi “AJL24 melibatkan satu produksi yang besar dan dipecahkan kepada bahagian masing-masing. Misalnya, team pakaian, team baju, dan artis pun ada team mereka sendiri.”

“Mungkin ia satu kebetulan. Bukan saya tak sensitif. Tetapi pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan sensitif. Secara tak langsung saya nak minta maaf juga. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Sumber: mstar.com.my

________________________________________________________

Saya tidak dapat memberi pendapat yang tepat mengenai kes ini kerana kekurangan sumber.

Namun, bagaimana jika kita bersangkaan baik terhadap penerbit AJL24 ini? Beliau ada menyebut bahawa terdapat beberapa team yang menguruskan persembahan dan pasukan masing-masing.

Jika benarlah seperti yang di dakwa oleh penerbit tersebut ini bermakna, freemason dan illuminati talah lama berjaya menguasai pemikiran dan idealogi rakyat Malaysia. Bayangkan, hampir setiap persembahan terdapat unsur freemason dan illuminati ini. Persoalannya ialah daripada mana datangnya idea untuk konsep sebegini? Sudah tentu datangnya daripada pasukan masing-masing bukan? Jadi disimpulkan bahawa terdapat RAMAI yang terlibat dalam keterbentukan konsep ini sepanjang AJL24 berlansung.

Baik, kita juga bersangka baik lagi bahawa mereka juga tidak berniat untuk menyebarkan konsep freemason dan illuminati ini, tetapi dengan pemilihan konsep tersebut sebagai konsep persembahan mereka maka apalagi yang boleh dikatakan melainkan ideologi mereka telah dijajah dengan freemason dan illuminati ini.

Lihat gambar ini:



Bagi gerakan ini (freemason dan illuminati) ia adalah The Master Carpet untuk acara mereka. Tetapi pada kita ia adalah sebuah hiasan untuk barangan dan gadget pilihan. Lambang petak hitam putih ini banyak di pasaran dan menjadi pilihan remaja-remaja kini terutama pada topi-topi dan beg-beg yang banyak dijual dipasaran. Jadi ia umpama perkara yang tidak dapat dielakkan. Diumpamakan juga lambang bulan dan bintang pada cadar-cadar tidur dan kebanyakkan menjadi pilihan kanak-kanak elit. Barat juga turut mengguna pakai cadar tersebut.

Jadi pada sesetengah perkara tidak semestinya sesuatu benda yang didakwa adalah milik mereka menyebabkan kita tidak boleh menggunakannya, bagaimana jika mereka mendakwa petak hitam dan merah adalah milik mereka serta menggunakannya untuk aktiviti mereka, adakah ini membawa erti bahawa kita tidak lagi dibenarkan untuk bermain Dam Haji?

Pendapat ini bukanlah bererti untuk membenarkan penggunaan lambang petak hitam putih ini, tetapi ia sekadar satu bukti yang menunjukkan bahawa freemason dan illuminati telah lama memasuki Malaysia lalu mempengaruhi rakyat Malaysia. Ucapan terima kasih juga perlu diucapkan kepada AJL24 kerana kontroversi ini telah membuka mata dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui gerakan kotor ini. Jika tidak, sudah tentu rakyat Malaysia masih tidak tahu apa itu freemason dan illuminati.

Anggaplah ia sebagai satu pengajaran, dan sekiranya anda telah mengetahuinya, janganlah sekadar ambil tahu dan bercakap sahaja, tetapi cubalah untuk mengelak daripada menggunakan lambang-lambang ini yang ternyata boleh mempengaruhi akidah kita sebagai penganut Islam.

(pendapat ini hanya pada lambang petak hitam dan putih sahaja, tidak termasuk pada konsep-konsep persembahan lain kerana masih terdapat banyak lagi konsep persembahan yang boleh diterimapakai dan digunakan untuk diterapkan dalam persembahan mereka)

WaAllahu a’alam.

10 comments:

Anonymous said...

as-salam, sy amat tertarik dgn freemason ni, siri the arrival mengupas sgala2nya,(chapter mind control),melalui media massa mereka menjajah kita scara halus dan sy pasti bhwa di Malaysia memang ada,bukan shja pengaruh bahkan penggerak, pokok bergoyang, tentulah ada anginya. Artis sering mmkai pakaian brwarna merah, agaknya dah kena pukau dek freemason thru media di malaysia. nk bergaya tapi dangkal dlm menperinci. kemasukan artis baru freemason, terbaru dibawa masuk oleh Tune Talk-Justin Bieber mnjelaskn sgala2nya. Mereka mula menjenguh pasaran akidah di Malaysia. diminta pihak berkenaan buat research dulu sblm mmbnrkn konsert dri luar. k tqvm

Anonymous said...

ko jgn dok bt hairan plak

Anonymous said...

hahaha...u make me laugh...everything illuminati...illuminati this,illuminati that...cmon bro! You are too obsessed! Get a life! Just focus on ur own religion or whatever you believe in & stop condemning others & find others mistake...kalau dah sumer illuminati & nak ban sumer, baik xyah hidup jer...abis, yg ketupat tue shape checkered x kene ban? shape piramid tu ade kat keliling kite la bro...how bout nasi lemak? dibungkus shape piramid? Nak kene ban gak? Warna merah pun nak ban? abis tue, darah ko tue warna ape? Biru? Yang ko minum air sirap warna merah tue ko x illuminati? Be more rational next time before publish something & make assumption ya???? Assumption is a bad thing

Anonymous said...

Dah nama pun, dia buat andain. Kau pun sama, main tuduh je. Lek ah dulu. Lain org, lain pendapat. Benda ni pun, dah terang terang sebut dlm alquran. Mmg ada. So, better kita ambik tahu jugak. Kalau kau taknak ambik tahu. Diam je lah. Bukan tu lebih sopan. Lagipun, kiamat dah nk makin dkt. Anything can be happen for sure. Takkan semua benda dlm dunia , berlaku secara kebetulan, setiap masa. Come on ah bro, setiap kebetulan, disebaliknya ada jugak perancangan. Tak logik asyik kebetulan je. Aku bkn nk menipu. Aku pun pernah berhadapan dgn benda ni. So better...kita ambik langkah jaga jaga. Bukannya, menuduh org, yg mcm kita perfect sgt.

Anonymous said...

kan dah kena.

Anonymous said...

Kepada anon 07 august...


Aku Cuma nak ckp satu benda jer, bodoh jgn ditunjuk ok... Nanti berbalik pada diri

Article ni bukan dia refer pada 1 element sajer... Kalau ko tgk, dia highlight, berkaitan checked floor,
Gerbang, penari yg berpakaian serupa, lambang mata, penyanyi berbaju merah... Tu semua kebetulan ke?

Tetiba element2 yang mengaitkan freemason ni blh berada di atas pentas yg sama, pada waktu yg sama, pada 1 event yg sama

Kebetulan ko kata? Next time bercakap gunakan otak bukan kepala lutut...

Anonymous said...

sunway piramid, klcc twin tower and some buildings in putrajaya?
kita tahu semua tu di buat zaman siapa jadi pm malaysia! some people called him mahafiraun bukan suka suka saja!

Anonymous said...

If you don't have knowledge, please silent. Silent is gold. Do research. Read quran, if you are christian read bible. Then you know. If you freemason, keep your comment away from us. Satanist!

Anonymous said...

Saya rasa artis baru ini ahli illuminati.... awak rasa macam mana? music video nya byk unsur freemason mungkin saudara boleh huraikan?

Terima kasih

http://youtu.be/rXLgA5tqOLk

M Sjarif Mohd Ali said...

Salam, buat admin thanks 4 ur article. Illuminati is nothing buat mereka yg pro ngan benda ni atau yg xtau langsung apakabenda ni. Tapi bagi yg tau pasal benda ni plak kecut perut taktau nak buat apa. Hmm.. Utk penganut kristian sila baca WAHYU 13:11-18 dan pada penganut islam plak, sila baca surah Al Kahfi dan Shahih Bukhari. Dalam tu semua diterangkan siapa tu Illuminati dan bagaimana menanganinya. Saya secara peribadi pernah 'terbukak' laman web illuminati dan bagaimana approaching dorang untuk menarik penduduk bumi ni join force ngan dorang. I tell u bro, DAHSYAT GILA! Kalau iman kita takat mcm kulit bawang jer... Confirm korang masuk punya! Ingat simbol syaitan 666? Check product yg ada dlm poket atau sekeliling kita yg ada tertera barkode, perhatikan hujung sebelah kiri, kanan dan tengah. Terdapat dua garisan halus lebih panjang drpd garisan lain dan tidak bernombor. Dua garisan tersebut mewakili no. 6, bila kita gabungkan ianya mdnjadi 666! Trust me bro, its not just in AJL, sunway pyramid, eye of malaysia, petronas twin tower or anywhere else but in our own house! Something we used or eat in daily basis! Its the sign that 'they' already 'enlightening' us. Siapakah musuh illuminati? Kristian dan Islam sahaja simply because only us worshipping God! An anti-christ for christian and Dajjal for muslim. How to avoid it? Joinforces with jamaat who have 'IMAM' or 'KHALIfA'! Thats what the prophet Muhammad saw said 1400 years ago. I'm truly anti-illuminati!! Buat admin, gali lagi dan lagi.. Keep up ur good job bro!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...