MAAF, penulisan kali ini agak sempoi...
___________________________________________
Alahai muslim Malaysia, susah betul nak ikut arahan tok Imam ni, luruskan saf, rapatkan barisan dan penuhkan barisan di hadapan.
Saya ingat lagi waktu darjah enam, latihan menjadi Imam di sekolah rendah mahupun sekolah agama, bergilir-gilir dengan rakan-rakan untuk menjadi Imam. Satu masa saya terdengar seorang ustaz berkata. "nak jadi Imam bukanlah semudah yang disangka, hati perlu ikhlas dan penuh tawaduk, kalau makmum tidak berdiri dengan betul bahkan tidak mewujudkan satu saf yang sempurna maka Imam yang akan mendapat dosa".
DOSA?
Lalu ada sorang murid ni bertanya, "habis tu ustaz, macam mana nak jadi Imam? Makmum dah la ramai, habis dosa Imam tanggung sorang"
Ustaz jawab, "sebab tu Imam perlu bagi arahan sebelum memulakan solat, bayangkan seperti kita ini adalah satu rombongan untuk menghadap yang maha Agong, kalau kita nak jumpa menteri pun ada protokolnya, apatah lagi menghadap Allah pencipta yang maha Esa"...
owh... patutlah Imam perlu bagi arahan sebelum memulakan solat.
Tapi yang saya x fahamnya ialah sampai sekarang masih terdapat segelintir umat Islam di Malaysia khususnya yang masih 'SEGAN' untuk merapatkan saf, bersentuhan bahu. Apa busuk sangat ke makmum di sebelah tu? barangkali sendawanya bau durian kot, atau minyak wanginya yang terlalu kuat menusuk hidung.
Apatah lagi apabila saf menjadi lompong apabila sorang makmum keluar dari saf mungkin kerana terbatal wuduk, lagi payah nak tengok makmum lain hendak merapatkan saf, takut beg duit, handset, spek mata yang di atas lantai kat depan tu nanti beralih ke makmum sebelah, jadi dia pun kaku buat x tahu seperti berpura-pura jahil untuk merapatkan saf yang lompong...
Tertanya-tanya, apasal orang sebelah x nak gerak ni? patutnya dia lah yang rapat ke aku, ke aku yang kena rapat kat dia? orang kat belakang kot yang kena masuk ke depan.
Bercakap sorang diri, solat x khusyuk, tahu-tahu Imam dah rukuk, sujud, last-last bagi salam.
Haaaaa... sampai habis solat pun saf tu lompong.
Pernah gak sekali tu kebetulan orang sebelah kiri saya yang keluar dari saf, saya pun rapat ke kiri, sebabnya Imam berada di sebelah kiri saya, tapi orang yang di kanan saya x gerak-gerak untuk merapatkan saf, lama sangat tunggu saya pun tarik r dia perlahan-perlahan, degil betul nak rapat ke kiri, kaki macam dah melekat kat lantai, sedih rasanya, 'pemalu' sangat nak rapatkan saf.
Apa mungkin sesetengah dari kalangan kita fikir bahawa saf perlu di rapatkan ke kanan, sedangkan saf perlu dirapatkan ke arah Imam. saf di bentuk dari tengah, oleh itu kita harus rapat ke tengah, dalam erti kata lain Imam seperti magnet, menarik kita untuk ke tengah, tidak kira ke kiri mahupun ke kanan, kita harus rapatkan saf ke 'tengah', rapat ke arah Imam.
ada satu kes lagi...
Kadang-kadang masuk ke saf baru selepas bangun dari sujud atau duduk di antara dua sujud saf akan jadi sedikit longgar, yang ni lah ramai orang yang buat tak tahu, tak mahu rapatkan saf, sebagai contoh mudahnya ada kelonggaran di sebelah kiri dalam 7cm dan di sebelah kanan dalam 3cm, Imam pula di sebelah kanan, dan sepatutunya dia merapatkan saf ke kana, tapi apa yang saya peliknya dia bergerak ke kiri, kononnya untuk bagi 'balance' kanan 5cm dan kiri pun 5cm... aduyai... lawak-lawak...
hai... apa sudah jadi? apa lagi yang perlu dilakukan? orang kita masih segan-silu ni, nak di sepak dah tua, nak di tegur kang marah pula.
Sama-samalah kita ingat-mengingatkan, tetapi sebelum itu analisis diri kita dulu, adakah kita tergolong dalam makmum yang jahil? atau makmun yang berilmu.
Benarlah bahawa 'menuntut ilmu sesaat lebih baik dari beribadah berpuluh-puluh tahun', maknanya, apabila kita ibadah tanpa ilmu, jahil, dibimbangi kita tidak mendapat pahala ibadah tersebut.
Dibimbangi pahala jemaah tidak dapat walaupun secara fizikalnya kita solat beramai-ramai...
Sekarang ini musim ramadhan, musim jemaah yang ramai, apa kata anda pergi sendiri ke mana-mana surau dan masjid, dan saksikanlah sendiri...
WaAllahua'alam...
5 comments:
alhamdulillah.. selalunya saya pergi surau yang ramai orang arab... saf memang rapat.... kalo kat suarau yang ramai orang melayu... kita enjak dekat.. dia lagi jauh dari kita... kekeke... penah skali.. ada satu pakcik mcm tak puas ati.. sebab saya rapat ngan dia...
yup,, penyakit org kite..ingatkan berlaku pada saf muslimat je, rupenye muslimin jugak..agak susah nak nasihat tntg perkara ni..sebab jemaah biasanya lebih tua dari kita,, teringat cara hasan husin tegur seorg pak cik ketika berwudhuk..sangat berhikmah~
Encik MamaT, org arab akan sumbat selagi boleh... saya pun pernah juga hadapi situasi sbegitu, kita dekat, dia jauh...
Shakila, muslimin or muslimat sume sama, kadang2 muslimat bg alasan yg tkut org sbelah tpijak telekong dia, saya rasa pasti ada cara utk elak situasi tu kan...
yup, 2 salah satu alasannya.alasan lain panas..ade satu time 2 lagila..saf pertama kosong kat tengah2..alasannya takde kipas..haisyyhh..xtaw nak cakap ape..mungkin imam patut ingatkan selalu, sebab kita pun xde kuasa, dah suruh rapat pn, xnak rapat..dan mungkin, kalau dicompare dgn negara lain, ruang solat kita besar..dorg rase rugi kot xgune ruang besar 2..
salam...terima kasih atas perkongsian ilmunya...
saya jadikan rujukan dalam mncari kebenaran tadi semasa jemaah..teimas...
jmput singgah
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/08/saf-ketika-solat-berjemaah.html
Post a Comment