Advanced Search

Custom Search

Followers

Mahasiswa; Keseimbangan Tarbiyah dan Persatuan.





Mahasiswa dan persatuan memang tidak dapat dipisahkan. Tujuannya pelbagai, adakalanya berfungsi sebagai mewakili seluruh mahasiswa pada sesuatu keadaan, sama ada aspek urusan ataupun membawa suara mahasiswa.

Namun, dalam keterbukaan minda berpersatuan, ia kadangkala memberi pelbagai respon dan kontra antara satu sama lain. Kepelbagaian minda, ahli dan tahap intelek masing-masing semestinya membuatkan kita bercanggah pendapat. Itu lumrah manusia, di mana-mana sahaja ada.

Persatuan itu cumalah alat, bukankah yang menggerakkan ia adalah manusia? Maka segala gerak-geri persatuan itu merupakan gerak-geri manusia. Birokrasi persatuan, adalah birokrasi manusia.

Terus terang, tulisan ini mungkin lebih kepada suasana di timur tengah, hendak di tapis pun, semuanya sudah mengetahui, buat apa lagi mahu berbalik-balik.

Di timur tengah misalnya, ada yang tidak selesa dengan kehadiran pertubuhan-pertubuhan Malaysia yang cuba bergerak dan menarik keahlian pelajar sekaligus mungkin adakalanya mengganggu pergerakan persatuan rasmi di sini.

Mungkin di zaman sekolah atau ketika di Malaysia lagi sebahagian daripada pelajar di sini sudah pun mempunyai badan-badan yang mereka ikuti, sehingga secara tidak rasminya apabila mereka berada di timur tengah mereka di anggap cuba membawa masuk pertubuhan tersebut.

Benar, isu Mesir dengan kepelbagaian pertubuhan membuatkan mereka buat hal masing-masing, yang sana, dengan hal mereka, yang sini dengan hal sendiri, dan ini juga memberi kebimbangan yang sama kepada Jordan.

Semua tahu, kalau melihat kepada tujuan asal kita belajar, sehinggakan begitu jauh dari keluarga sudah tentu adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman yang luas, membawa pulang bukan sahaja segulung ijazah, tetapi membawa bersama manfaat yang dikumpul ketika belajar dahulu.


TARBIYAH.

Saya akui, di Jordan khususnya tidaklah begitu ramai sheikh-sheikh untuk belajar sanad, peluang yang ada hanya berbincang dan munaqosyah dengan Doktor-doktor di Universiti. Dan kadangkala ia memberi kebimbangan kepada pelajar-pelajar Jordan. Tidak kira jenis pengkhususan, mereka yang pulang nanti sudah tentu dianggap ustaz dan ustazah.

Pada saya, isu urusan dan program biarlah persatuan yang memimpinnya, tetapi isu tarbiyah, tidak salah jika di sub kan kepada pertubuhan-pertubuhan luar secara tidak rasmi. Pelajar diberi kebebasan, terpulang dan tidak terikat dengan mana-mana pertubuhan bukan induk tetapi dengan syarat pelajar terikat dengan pertubuhan induk iaitu persatuan.

Dalam jumlah pelajar yang semakin ramai, persatuan mungkin akan terlepas pandang kerana isu tarbiyah memerlukan model yang mantap dan selesa, jika pelajar tidak selesa dengan tarbiyah ini, dia akan ke tarbiyah itu, sekurang-kurangnya dirinya punyai pengisian dan tidak kosong selepas tamat pengajian seharian di Universiti.

Cuma nasihat saya, adalah lebih baik jika pelajar itu sendiri mencari tarbiyah dengan orang arab, cari Imam-imam di masjid, sheikh-sheikh yang ada, utamakan belajar mengaji, dan belajar ilmu luar kuliyah, maaf berkata, tetapi kita boleh lihat berapa ramai pelajar timur tengah yang masih ada lagi yang tidak lancar mengaji al-Quran, sedangkan kita adalah yang paling dekat dengan ilmu tersebut.

Firman Allah swt:
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (al-Kahfi : [18] : 109)


DASAR KETERBUKAAN

Cabaran bagi persatuan mahasiswa kini ialah menghadapi bukan sahaja pertambahan pelajar, tetapi juga menghadapi ke-intelektual-an pelajar. Pelajar-pelajar baru semakin intelek, kerana kita tahu Malaysia kini sedang mengalami kenaikan kesedaran dan intelektual rakyatnya. Maka adalah tidak mustahil pelajar-pelajar yang baru datang adakalanya lebih ntelek nya daripada pelajar sedia ada.

Oleh itu, jika kita tidak mengubah dasar dan corak persatuan, mungkin ia akan dipersoalkan sehingga menjadi tidak relevan, atau pun masih ditahap persatuan sekolah menengah.

Walapun kita menutup pintu untuk pertubuhan-pertubuhan luar masuk ke Jordan, tapi masing-masing akui, semuanya tetap ada, tetapi secara 'underground'... Kerisauan dan kebimbangan Jordan akan jadi seperti Mesir yang terlalu banyak pertubuhan shingga mengganggu ukhuwah, ada logiknya. Mungkin masanya bukan sekarang, tetapi akan sampai masanya nanti, Biro Pertubuhan & Kelab perlu ditubuhkan di bawah MPPMJ yang bertujuan untuk mengawal pertubuhan-pertubuhan tersebut. Mengawal pertembungan aktiviti, dan juga gerak tari mereka.

Daripada tidak mengizinkan dan mereka bergerak secara 'underground', adalah lebih baik mengizinkan, tetapi mereka terikat dengan syarat. Lakukan perjanjian MoU dengan 'tokey' mereka di Malaysia, ketatkan syarat penerimaan, dan persatuan harus lebih serius, dan jika mereka melanggar syarat, mereka boleh didakwa di mahkamah atau pun pertubuhan mereka di Jordan dibubar serta merta.

Firman Allah swt:
"Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil." (al-Hujuraat : [49] : 9)

Apatah lagi dengan isu tarik menarik yang sememangnya popular saban tahun. Ada juga rasa kasihan pada pelajar muda, yang mungkin belum terdedah dengan hal-hal sebegini, jadi untuk melindungi mereka, persatuan boleh menetapkan syarat bahawa pelajar tahun satu tidak dibenarkan terlibat dengan pertubuhan selain persatuan induk.

Firman Allah swt:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Hujuraat : [49] : 11)


WALAUBAGAIMANAPUN

Kita harus ingat, belajar itu nombor satu (1), dan aktiviti berpersatuan sememangnya nombor dua (2). Memang benar, jika kita memudahkan urusan orang, Allah swt akan memudahkan urusan kita, tetapi jika sampai tahap kesibukan kita mengganggu kekemasan diri sendiri, itu pun tak kena juga, baik pada orang, zalim pada diri sendiri. Orang muda kata, "apa cer...?"

Utamakan persatuan induk, wala' pada ketua, bukan bererti taksub pada mereka, salah ditegur, betul diikut. Sangat silap kalau kita memboikot persatuan jika ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, mereka, tetap persatuan induk.

Firman Allah swt:
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menuding satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (al-Hujuraat : [49] : 12)

Tak best macam mana pun, ini sajalah peluang yang ada, selepas tamat 1st degree di sini, untuk sambung master, kita sudah tidak berpeluang untuk berpersatuan sama seperti ketika menjadi pelajar 1st degree.

Saya pun tahu, ada saja induk yang mengatur pilihan raya persatuan supaya menaikkan orang-orang tertentu. Walaupun saya baru setahun di dunia Jordan, tetapi saya bukanlah setahun di dunia mahasiswa. Jika anggap bahawa penulisan ini tidak memahami waqi', pada saya, isu waqi' apalah sangat.

Boleh dikira, kita lebih banyak berurusan dengan arab atau melayu? dan jika kita berkira-kira tentang waqi', seolah-olah kita meletakkan rendah pengalaman kita, bayangkan, jika pulang ke Malaysia, sijil-sijil persatuan kita tidak dipandang, kata mereka, "owh, ni persatuan sana, tak sesuai dengan Malaysia, tak boleh diterima ni"...

Cukuplah setakat di sini sahaja penulisana kali ini. Terpulang kepada masing-masing untuk menilai. Saya hanya berpandangan pada persoalan yang dilontarkan.

WaAllahu a'alam...

Fiman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (al-Hujuraat ; [49] : 18)

p/s: Hayatilah surah al-Hujuraat dari awal sampai habis, kerana ia berkaitan dengan ukhuwah antara muslim.

6 comments:

abu uwais said...

rasanya perlu refreshment pd soalan 'mengapa saya ikut tarbiyah'

bertarbiyah tidak sekadar menjadi 'baik'

allahu a'lam

AriffSarip said...

Mungkin enta salah faham dgn mksud tarbiyah, w'pun ia digunakan oleh kebanyakkan usrah2, tapi ana mksudkannya sebagai apa juga ilmu yang perlu dikutip... jangan tafsirkan sebagai tarbiyah usrah semata... baik adalah subjektif, tarbiyah juga begitu, terpulang pada masing2 utk menafsir...

waAllahu a'alam...

abu uwais said...

tapi kalau enta merujuk kepada isu terkini di jordan (irbid to be exact), dan berkaitan pula dengan 'kumpulan kumpulan' , ana pasti kerja kumpulan bukan sekadar hasilkan produk yg baik sahaja. jom la dtg irbid , borak2 kopi sambil pekene nancheese , pergh ~

AriffSarip said...

ana berkata mengenai hakikat Jordan, tiada perkataan yang merujuk kepada isu terkini Jordan... Terus-terang memang ramai NGO yang berminat dengan educated person, jadi Jordan antara sasarannya. Menghasilkan produk adalah kata saudara, tetapi ana lebih menekan pengisisan yang mengandungi tarbiyah...

Irbid...? Jumpa di sana...

abu uwais said...

apa enta cakap ni ? xfhm . haha

guna bahasa yg mudah , lebih cool !

AriffSarip said...

Tahniah! enta lebih cool dari ana...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...