Advanced Search

Custom Search

Followers

Istikhoroh Cinta...



Kesilapan yang sering kita lakukan ialah, kita hanya melakukan pilihan apabila kita rasa kita diberi pilihan.

Dalam erti kata lain, kita terasa seperti tidak memilih apabila tiada pilihan.

Lebih menggelabah bila pilihan yang ada dan yang tinggal untuk dipilih hanya DUA.

Lebih teruk bila pilihan itu dirasakan seolah-olah pepatah, 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'.

Hurmmm... Pelik pepatah melayu ni, mak ayah pun terlibat sekali, tapi dah memang begitu bunyi nyer.

So, apa masalahnya?

Ya, masalahnya ialah, dah tersepit baru mahu melakukan isitkhoroh kepada tuhan yang satu, yakni Allah SWT.

Para 'alimin ada menyebut, galakan untuk melakukan solat sunat istikhoroh itu sama seperti solat sunat dhuha yang sememangnya banyak memberikan kaifiyat yang sangat tinggi. Tidak perlu tunggu didesak, hakikatnya, setiap hari kita akan melakukan pilihan.

Tambah mereka, kadang-kadang, kita diberi pilihan dan perlu memilih dalam masa yang pantas, atau dalam keadaan tiba-tiba, sebagai contoh:

tiba-tiba kawan ajak datang rumah, nak ikut ke tak nak?
tiba-tiba terjumpa duit, nak ambil ke tak nak?

dan banyak lagi perkara-perkara harian yang memang kita tidak sedar sebenarnya kita sedang melakukan pilihan.

Sebab itu, ada dikalangan mereka yang menggalakkan kita untuk melakukan solat sunat istikhoroh setiap malam.


KOSONG

Bagi situasi pelajar luar negara, yang mungkin berasa kekosongan atau tidak tahu memilih kehendak untuk melakukan sesuatu, maka ayat sunyi itu sering kedengaran merungut-rungut di mulut.

Saya teringat kata-kata guru saya 5 tahun yang lalu, "belajar kat luar negara ni, takbir raya pertama, mesti nangis punyer"

saya bertanya, "kenapa ustaz?, sebab naluri ker"

beliau menjawab "naluri tu sikit jer, tapi sebenarnya, waktu tu kita tak tahu nak buat apa sebenarnya, bila kita dah tahu, tahun kedua dan seterusnya dah tak de nangis-nangis nie"...

satunya, ketika kita mengubah kebiasaan, ia mungkin menyukarkan, sebabnya kita sudah terbiasa mendengar takbir bersama keluarga serta dengan hidangan kuih-muih dan ketupat bersama rendang.

keduanya, apabila kita terasa boring, elok kita memilih sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada kita, mengisi kelapangan dan jangan bagi kesunyian. Memang sukar, tapi boleh secara perlahan-lahan. Makanya, ciptalah pilihan untuk kesesuaian diri.

Jadi saya mencadangkan supaya kita mencipta pilihan. Dengar macam pelik bukan? Tapi hakikatnya pilihan itu boleh dicipta, jika kita diberi dua pilihan, maka pilihan ketiga boleh dicipta untuk menjadikan sebagai jalan keluar dalam kekusutan. dan cara ini banyak diguna pakai oleh para usahawan.


...kadang-kadang memilih itu tidaklah seberat manapun, cuma kita terasa sukar untuk melepaskan pilihan yang satu lagi menyebabkan masa yang di ambil untuk memilih adalah terlalu lama...

CINTA

Begitu juga cinta sesama manusia, bila diberi pilihan untuk memilih cinta antara dua insan, kita diberi pilihan, si dia? atau si dia?

maka, apa kata kita memilih pilihan yang ketiga iaitu bercinta dengan seorang dan berkawan dengan seorang lagi.

Cinta Allah dan rasulNya tak perlu dicerita, itu semestinya...

Tetapi ingatlah, kadang-kala kita terlepas pandang pilihan ketiga yang sebenarnya merupakan jalan keluar pada rasa dilema antara dua pilihan. Cuma kadang kala kita tidak mahu untuk memilih pilihan ketiga tersebut kerana kebiasaanya pilihan ketiga merupakan pilihan yang tidak berapa menarik untuk dipilih.

Selamat melakukan pilihan...

Sempena ramadhan ini, jom sama-sama kita memilih syurga Allah swt sebagai ganjaran yang telah dijanjikan... Memilih untuk melakukan ibadah, dan memilih untuk bertaubat kepada Allah swt...

Ingat, solat istikhoroh dan memilih merupakan antara bukti tawakkal kita kepada Allah swt. Ramadhan Ya Karem, Ramadhan al-Mubarak...

WaAllahu a'alam...


1 comments:

- LIANA ASIF - said...

nice entry... :-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...