Advanced Search

Custom Search

Followers

SIAPA YANG PERLU SEDAR?

Gerakan Mahasiswa Sedar sudah cukup membusukkan nama pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan gerakan yang tidak mencerminkan sebarang bentuk peribadi seorang muslim, lebih mengecewakan lagi apabila ianya dikatakan di ketuai oleh PELAJAR daripada AKADEMI ISLAM.

Sengaja untuk penulis tidak menggelarkan MAHASISWA kerana perilaku tersebut langsung tidak mencerminkan budaya seorang mahasiswa.

Sungguh memalukan seluruh warga Akademi Islam, apatah lagi penulis merupakan bekas mahasiswa di akademi tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam.

Bukan salah KUIS kerana menukarkan nama Fakulti itu kepada Akademi, hilangnya perkataan PERADABAN tidak membawa sebarang perbezaan bentuk dan isi pengajian. Entahlah di mana silapnya, ADAB itu gagal dibentuk kerana segelintirnya hanya mahukan segulung sijil hutang PTPTN tanpa niat langsung untuk mendapat lebih dari itu.

Mengharapkan redha daripada Allah Taala? Bagaimana dengan berkat seorang guru?

Ya benar semua ilmu di dunia ini adalah ilmu Allah, tetapi jangan lupa perantaranya adalah para guru, mengapa begitu biadap terhadap guru-guru, tidak perlulah mempertikaikan sumber gaji mereka, terdapat beratus-ratus pensyarah yang mahir selok-belok Ilmu Agama Islam di KUIS, jika benar sumbernya tidak halal mereka yang akan tanggung di akhirat. Ilmu mereka jauh lebih tinggi daripada pelajar sekalian.

Demonstrasi bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah, ia hanya menimbulkan fitnah yang lebih besar lagi, kepada KUIS, Para Pensyarah, Pelajarnya juga tidak terkecuali. Di mana profesionalisme pelajar sekalian?

Sebarang ketidakpuasan hati sepatutnya disuarakan secara berhikmah dan mengikut prosedur, mulakan dengan perbincangan, diikuti dengan memorandum bantahan, demonstrasi merupakan jalan yang terakhir. Namun begitu, usaha untuk tidak menggunakan cara yang ketiga ini perlu agar tiada sebarang suasana pengajian yang tidak menyenangkan timbul di KUIS dan apa yang penting adalah pastikan pegawai yang berurusan adalah pegawai yang berkaitan. Jika selama ini hanya berbincang dengan kakak yang jaga kaunter di pejabat bendahari? Sampai kiamat belum tentu harga yuran akan turun.

Baik, jika pelajar mengatakan demonstrasi adalah jalan yang terbaik. Cuba lihat sekarang! Apakah hasil yang dapat di perolehi dari tindakan melulu tersebut? Sudah turun atau tidak harga yuran pelajar?

Berfikirlah menggunakan akal fikiran yang waras, jangan terlalu mengikut telunjuk hati dan nafsu yang tidak bijaksana dalam tindakan. Penulis yakin, Gerakan ini telah dipengaruhi oleh seseorang individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan mungkin kepentingan yang lain.

Penulis kenal benar selok-belok politik di Kampus Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Janganlah memalukan diri sendiri hanya kerana desakan tertentu, jadilah Mahasiswa yang bijak dalam mencaturkan pengajian dan kehidupan. Pilihan ditangan anda.

MAHASISWA atau PELAJAR?


#Kesan yang sebaliknya (sumber dari Mdm Hajja Jazhany)

1. Menjatuhkan reputasi pelajar KUIS kerana semua pelajar praktikal KUIS di 'REJECT' oleh syarikat berkaitan serta merta kerana dianggap sukakan pemberontakkan.

2. Memutar belitkan fakta dan fatwa dengan mendakwa tugu air pancut dikatakan berhala.

3. Memandang rendah pendapat pensyarah.

4. Perbandingan yang tidak masuk akal kerana membandingkan yuran KUIS dengan IPT Awam yang mendapat subsidi kerajaan.

5 comments:

nory izecson said...

satu je perkataan yg sesuai..MEMALUKAN!!diorang ni xfikir ke kesan jangka panjang yg bakal diterima oleh student2 kuis yg lain??skrg ni kbanyakan plajr diselubungi perasaan takut.student singapore takut akan dihantar pulang ke nagara asal sekiranya demonstrasi ini diketahui oleh kerajaan singapura manakala student2 yg lain pula takut demonstrasi ini akan mencemarkan nma baik kuis sterusnya bakal memberi kesan pd pelajar2 yg belum menamatkan pengajian di sini..sblm diorang buat demonstrasi bodoh tu adakah diorg dh fikir kesan2 yg bakal diterima oleh KUIS jga??mgkn lps ni rmai ibu bapa yg takut nk hntr anak2 mereka bljr kt kuis.nma kolej islamik pn dh tercemar.ape org lain akan fikir ble tgk student yg terlibat dgn demonstrasi tu adalah terdiri drpd pelajar2 yg memakai purdah,tudung labuh,songkok dan serban???secara tidak lgsung mereka dh mncemarkan nma islam juga.sbrnya kbanyakn lect n student kuis xmnyokong GMS ni..bkn membanggakn tp menakutkn.. terlalu obses sgt..tahulah nk memperjuangkan kbajikan pljr,tp student yg join demonstrasi tu pn xg kelas,ape cite??kalu tiapa2 sem dpt dekan ke 4.00 flat xpe la jgak,ini nk ajak discuss psl asgnment pn bg mcm2 alasan;konon nk memperjuangkn ajarn islam tp tggungjwb sbg pljr diabaikan..bkn sy nk aibkan sesape kt cni,tp sblm individu2 terbabit ingin menyedarkan mana2 pihak,sedarkan diri mereka tu dulu!!

CaHaYa H@TiKu said...

betul tu nory!!! i'm totally agre wif u..=) deme ni yang kita kena sedarkan. kesian, diploma takde lagi, ijazah pun belum lagi, kemain lg yerk!!!kalau tak takut kena tangkap nape nampak kete polis je lari. kah3...kebodohan yang jelas dan nyata. eh, silap. tak bodoh..kurang cerdik je. lecturer dah banyak ngadu ade student yang ta'sub sgt dengan benda alah ni sampai dah tahap tinggi sore kat pensyarah. gamaknya mereka ni dah cukup ilmu sampai tahap camtu boleh buat pada pensyarah. kita doa jelah moga deme2 ni betul semula..perjuangan antum tak salah..cara antum je yang kureng =)
jangan nak guna idea org lain untuk mengglamerkan persatuan antum....wassalam...

NuriL QoLbi said...
This comment has been removed by the author.
nory izecson said...

erm,pandai betul org2 GMS ni berhujah ye..xsudah2 nk mmpertahankn tindakan mereka..kononnya berpaksikan islam..ok,aku tau la,aku ni de la bljr ilmu agama tggi2 mcm diorg tu..but even bdk2 skolh rendah pn tahu membezakn perkara yg baik n buruk..itu la bile minda n kewarasan akal dh tertutup,mna nk terima pndapat org lain lg dh..rsa diri tu je yg betul..yela,ilmu agama dh tggi katakan, smpai boleh biadab n mengguris hati lecturer..
baik,skrg ni aku cabar bkd2 GMS kembalikan semula biasiswa pljr2 KUIS yg ditarik balik krn akibat perbuatan mereka n kembalikan semula hak pljr2 practical yg dberhentikan..ADA BERANI KE????

bicarafakta said...

Salam,

Untuk membicara isu yuran KUIS, sila layari blog ini dan sila beri komen:

http://www.mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/

Mohon untuk selami isu ini dengan sewajarnya supaya ia ditangani dengan baik dan berkesan.

Wassalam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...