Advanced Search

Custom Search

Followers

11 comments:

Muhammad Aiman said...

Salam, Actually... I'm not really know about this matter but, what I'm trying to say here is juz one of my point of view.. Isu ini merupakan satu perkara yang subjektif.. kerana setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing.. Bagi pendapat saya pembelajaran di dalam bahasa inggeris harus dikaji semula. Hal ini kerana, kajian yang dilakukan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dari aspek pencapaian akademik mereka semakin merosot terutama bagi kawasan luar bandar. Situasi ini membuktikan bahawa kejayaan yang konon menjanjikan kemajuan sebenarnya berada pada keadaan yang tidak seimbang. Bagaimana kita boleh katakan sesuatu yang tidak adil ini, sebagai satu simbol kejayaan di Malaysia??? Pro or Kontra??? Finally,,, bak kata nabil... Luu Pikir la sendiri... Salam Ukhuwah..

suhaila said...

salam,

you have a point there aiman but u must remember ... anything that we want our children to be good at must start form younger age and it also must be given by someone who knows the subject matter well...in this ppsmi case, teachers are given i think more than enough trainings about teaching math and science in english..thru experience i see the teachers thmeselves refuse to impart the knowledge in english because they themselves find it difficult to juggle with the language...so how..? academic wise can be improve if both party work together rite...@%$^&%*

odeen said...

SAYA AMAT PENGHORMATI PANDANGAN PEMNULIS BAHAWA BERSAKIT-SAKIT DAHULU BERSENANG KEMUDIAN BERKENAAN PPSMI. SAYA FAHAM MAKSUD PENULIS BAHAWA MEMANG PADA MULANYA SUKAR UNTUK MELAKSANAKANNYA...NAMUN DI MASA DEPAN PASTI KITA BERJAYA SEPERTI JANGKAAN PENULIS 15 TAHUN AKAN DATANG PPSMI ADALAH PROJEK HEBAT YANG MENJADI BANGSA MALAYSIA MAJU.
BEGITU MUDAH PENULIS MEMBUAT PERKIRAAN TENTANG KEJAYAAN PPSMI UNTUK 15 TAHUN AKAN DATANG SEDANGKAN BANGSA INGGERIS SENDIRI MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK BERKEMBANG BAHASANYA SEPERTI SEKARANG. SEHINGGA BANGSA INGGERIS SANGGUP MENJAJAH NEGARA2 SELURUH DUNIA SEJAK BERABAD-ABAD YANG LALU DAN TERNYATA MEREKA BERHASIL MENJAYAKANNYA BUKAN SAHAJA FIZIKAL KITA DIJAJAH MALAH MINDA KITA JUGA DIJAJAH SEHINGGA DITUTUP DENGAN PANDANGAN BAHAWA BAHASA MELAYU ITU TIDAK AKAN MAMPU BERKEMBANG. SEBALIKNYA KITA TERUS BERFANTASI MENGATAKAN BILA KITA MENGUASAI SN DAN MT DALAM BI KITA AKAN MAJU 15 TAHUN AKAN DATANG. INI ADALAH TANGGAPAN YANG SANGAT MENGARUT. TIDAK PERNAH ORANG INGGERIS MENGATAKAN MEREKA AKAN MAJU JIKA MENGGUNAKAN BAHASA ARAB DALAM PENGAJARAN SN DAN MT SEBALIKNYA MEREKA MENGGUNAKAN BAHASA ARAB HANYA UNTUK MENGKAJI ILMU DALAM BAHASA ARAB KEMUDIAN MEMPERKEMBANGNYA DALAM BAHASA INGGERIS DENGAN ISTILAH MEREKA SENDIRI. MISALNYA ISTILAH ARAB “ALJABAR” MENJADI “ALGEBRA”.
MALAH MINDA KITA TERUS MENGIKUT SISTEM PENJAJAHAN INGGERIS INI DENGAN BERANGAPAN BAHAWA KITA HARUS MENGGUNAKAN PENGAJARAN SN DAN MATEMATIK DALAM BI UNTUK MENJADIKAN KITA MAJU SEPERTI BANGSA INGGERIS. TENYATA PENULIS TIDAK YAKIN DENGAN BAHASA MELAYU BOLEH BERKEMBANG UNTUK MEMAJUKAN BANGSA SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH JEPUN DAN KOREA. SAYA TIDAK MAHU MENGAITKAN CHINA KERANA CHINA BEGITU UNGGUL DALAM TEKNOLOGI DAN PERUBATAN SEJAK BERIBU TAHUN DULU BERBANDING DENGAN NEGARA BARAT. SEBAB ITULAH NABI SECARA SIMBOLIKNYA MENYURUH KITA UNTUK MENUNTUT ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA.
AMAT JELAS JIKA KITA LIHAT NEGARA-NEGARA SEPERTI JEPUN, CHINA DAN KOREA MEMPERKEMBANGKAN BAHASANYA SEKIAN LAMA MANA MUNGKIN KITA MENGATAKAN APABILA KITA BELAJAR SN DAN BI DALAM BI KITA AKAN MAJU 15 ATAU 20 TAHUN AKAN DATANG. PERSOALANNYA APAKAH ORANG INGGERIS AKAN MUNDUR APABILA KITA MAJU DENGAN PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BI PADA 15 ATAU 20 TAHUN AKAN DATANG? KITA LIHAT BAHASA ARAB DULU MERUPAKAN BAHASA TEKNOLOGI YANG MANA ARAB ADALAH PENGASAS ILMU SN DAN MATEMATIK. NAMUN KINI BAHASA INGGERIS PULA MENJADI BAHASA TEKNOLOGI SN DAN MT. APAKAH NEGARA BARAT SEPERTI AMERIKA DAN BRITAIN MENGGUNAKAN BAHASA ARAB DALAM PENGAJARAN SN DAN MT NYA UNTUK MENJADIKAN MEREKA MAJU DALAM BIDANG SN DAN MT? BERGITU JUGA RUSIA DAN GERMAN.
SEPATUTNYA PENULIS BERKATA BERSAKIT-SAKIT DAHULU BERSENANG KEMUDIAN UNTUK PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN MT DAN SN. INI KERANA UNTUK SESUATU BANGSA ITU MAJU DENGAN PENGGUNAAN BAHASANYA BUKANNYA MUDAH. IANYA MENGAMBIL MASA YANG LAMA DAN KINI SUDAH LEBIH 30 TAHUN KITA MENGGUNAKANYA DALAM PENGAJARAN DI SEKOLAH. CUMA KITA PERLU LEBIH MEMANTAPKANYA DENGAN MEMPERBANYAKKAN ISTILAH KITA SENDIRI TAK KIRALAH JIKA ISTILAH INGGERIS DI MELAYUKAN. BUKANNYA TERUS MENGATAKAN KITA TIDAK AKAN MAJU DENGAN MENGGUNAKAN BM HANYA DALAM SUBJEK SN DAN MT SEDANGKAN KITA TIDAK BERUSAHA UNTUK MEMPERKEMBANGKANNYA SEPERTI DILAKUKAN OLEH JEPUN DAN KOREA. KITA DAH ADA SUBJEK BI, MANA MUNGKIN KITA MENGGUNAKAN SN DAN MT UNTUK MEMAHIRKAN MURID DALAM SUBJEK BI.YANG PENTING KITA KENA PERKASAKAN SUBJEK BI DENGAN MENAMBAH WAKTU PENGAJARANNYA DI SEKOLAH DAN MENGGUNAKAN KAEDAH DAN TEKNIK YANG BERKESAN SESUAI DENGAN MASYARAKAT KITA. MALAH KITA JUGA BOLEH MEMPERKENALKAN SUBJEK LAIN DI SEKOLAH SEPERTI BAHASA RUSIA, JEPUN DAN CHINA UNTUK MEMPERKEMBANGKAN LAGI PENCARIAN ILMU KITA.
SEBENARNYA BANYAK LAGI YANG SAYA NAK KATAKAN TETAPI CUKUPLAH SAMAPAI DI SINI UNTUK KALI INI…..

odeen said...

DAH BANYAK KAJIAN MENUNJUKKAN PPSMI TELAH MENURUNKAN PRESTASI MURID DALAM SUBJEK SN DAN MT. MALAH KAJIAN JUGA MENUNJUKKAN MENURUNAN MINAT MURID TERHADAP KEDUA-DUA MATAPELAJARAN BERKENAAN YANG SANGAT KETARA SEJAK IA DIPERKENALKAN PADA 2003. KALAU MINAT MURID DAH TURUN BAGAIMANA KITA BOLEH KATAKAN DI MASA DEPAN MURID KITA AKAN MENGUASAI ILMU SAINS DAN MATEMATIK DENGAN BAIK, NEGARA AKAN MAJU, MELAHIRKAN RAMAI AHLI SAINS DAN MATEMATIK SERTA PENCIPTA2 YANG HEBAT SEHINGGA DIKAGUMI DUNIA. CONTOH MUDAH KALAULAH SEKARANG NIE ORANG DAH TAK MINAT MAIN BOLA, TAKKANLAH DI MASA DEPAN KITA AKAN MELAHIRKAN RAMAI PEMAIN BOLA SEPAK YANG HANDAL ATAU KITA MAJU DALAM BIDANG BOLA SEPAK SEHINGGA DIKAGUMI DUNIA… INI SANGAT MENGARUT….
LEBIH TERUK ADA JUGA YANG MENYALAHKAN GURU KERANA KEGAGALAN INI DENGAN MENUDUH GURU YANG GAGAL MENINGKATKAN MINAT MURID TERHADAP PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BI. BEGITU MUDAH MEREKA MENYALAHKAN PIHAK LAIN SEDANGKAN MEREKALAH PUNCA PERMASALAHAN INI. SELAMA INI GURU TELAH BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MEMPERTINGKATKAN MINAT DAN PRESTASI MURID DALAM SN DAN MT SEMASA DIAJAR DALAM BAHASA MELAYU. NAMUN AKIBAT PPSMI MAKA CIKGU TERPAKSA PULA MENGUBAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MEREKA.
SEBENARNYA PPSMI ADALAH LANGKAH KE BELAKANG BUKAN LANGKAH KE DEPAN. KALAU SEBELUM INI GURU TIADA MASALAH BERKENAAN BAHASA DALAM MENGAJAR SN DAN MT. MEREKA CUMA MENGUKUHKAN ISTILAH DAN PEMAHAMAN KONSEP. NAMUN KINI TUGAS GURU BERKENAAN MENJADI SEMAKIN RUMIT BUKAN SAHAJA MEMAHAMKAN MURID DENGAN KONSEP SAINS TETAPI SEBELUM ITU TERPAKSA MENJELASKAN PERKATAAN DEMI PERKATAAN ISTILAH SAINS DAN PERKATAAN YANG DIUCAPKAN DALAM BAHASA INGGERIS. GURU SAINS KINI MENGHADAPI MASALAH BAHASA PULA.KINI GURU SAINS DAN MATEMATIK MENGAMBIL-ALIH TUGAS GURU BAHASA INGGERIS PULA. ITUPUN JIKA GURU SN DAN MT BERKENAAN TIADA MASALAH BERKENAAN TATABAHASA BAHASA INGGERIS.
JIKA KITA LIHAT KEBANYAKAN GURU SN DAN MT INI RAMAI YANG MENGHADAPI MASALAH BERKENAAN….MEMANGLAH MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN DENGAN MENGADAKAN KURSUS TERHADAP GURU BERKENAAN. NAMUN SEMESTINYA IANYA PASTI MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK MENJADIKAN GURU BERKENAAN PAKAR SEPENUHNYA DALAM BI. BAYANGKAN BAGAIMANAKAH PENERIMAAN MURID DALAM TEMPOH BERKENAAN. ADAKAH MEREKA MENERIMA KONSEP SAINS DAN MT ITU DENGAN JELAS DAN BERKESAN? KESUDAHANNYA 15 TAHUN AKAN DATANG PASTI MENYEBABKAN KITA TERFIKIR KEBENARAN TENTANG APA YANG DITENTANG SELAMA INI.
ITU BELUM LAGI USAHA UNTUK MENINGKATKAN MINAT MURID YANG SEMAKIN BERKURANGAN. SEDANGKAN SEMASA BELAJAR DALAM BM DULUPUN KITA TERPAKSA MEMBUAT PELBAGAI CARA DAN PENDEKATAN SEHINGA MENGAMBIL MASA BERTAHUN-TAHUN UNTUK MENJADIKAN MURID KITA(BUMIPUTERA) MINAT SUBJEK SAINS DAN MT. KERANA SEBELUM ITU KEBANYAKAN SUBJEK SN DAN MT INI DIKUASAI OLEH KAUM BUKAN BUMIPUTERA SEPERTI CINA. NAMUN APABILA PELAJAR KITA(BUMIPUTERA) SUDAH MULAI MINAT BELAJAR SN DAN MT…TIBA-TIBA BELAJAR PULA DALAM BI YANG SELAMA INI MEREKA SANGAT LEMAH DAN BOSAN UNTUK BELAJARNYA(TERUTAMA LUAR BANDAR). MINATPUN MULAI BERKURANG. JADI FIKIR-FIKIRKANLAH MAMPUKAH KITA MELAHIRKAN RAMAI PAKAR2 PERUBATAN, SAINSTIS, AHLI ASTRONOMI, DAN MELAHIRKAN PENCIPTA TEKNOLOGI PADA MASA DEPAN?
JIKA MURID HILANG MINAT TERHADAP SN DAN MT DI PERINGKAT RENDAH(ASAS) MEREKA TIDAK AKAN MEMPELAJARINYA LAGI UNTUK PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI( MENENGAH DAN UNIVERSITI) MESKIPUN PADA MASA ITU MEREKA FASIH BERBAHASA INGGERIS. LAGIPUN BAHASA INGGERIS INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENCEBURI BIDANG2 LAIN YANG LEBIH POPULAR SEPERTI PERHOTELAN, PERAGAWATI, BIDANG SENI(PENYANYI) DAN SEBAGAINYA. JADI SEGALA USAHA DAN HASRAT KITA PASTI AKAN SIA-SIA AKHIRNYA DAN MENYEBABKAN KITA TERFIKIR KEBENARAN DISEBALIK PENENTANGAN DASAR PPSMI SELAMA INI. SESUNGGUHNYA SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN SUDAH TIDAK BERGUNA.

Khairul said...

PPSMI bagus hanya untuk orang yang berfikiran jauh kehadapan.

kebanyakkan dari kita hanya berfikir untuk jangka masa yang pendek.

BI diperlukan untuk semua benda. percayalah. dari belajar hingga kerja..

odeen said...

KEPADA KHAIRUL... PERCAYALAH BAHAWA TIDAK DINAFIKAN KEPENTINGAN BI DALAM PENGUASAAN ILMU MASA KINI. NAMUN MENGUASAI BI BUKANNYA KITA BUAT MELALUI SUBJEK SN DAN MT. ITU YANG DIPERTIKAIKAN. PERKASAKAN BI DENGAN SUBJEK BI ITU SENDIRI. MALAH KALAU BOLEH KITA DIGALAKKAN MENGUASAI BAHASA LAIN SEPERTI ARAB, RUSIA, CHINA, JEPUN DAN SEBAGAINYA UNTUK PENGUASAAN ILMU YANG LEBIH BANYAK.
SEKARANG NIE SUBJEK BI ITU YANG LEMAH BUKANNYA DISEBABKAN OLEH PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BM DULU. TETAPI NAMPAKNYA SUBJEK SN DAN MT ITU PULA YANG LEMAH AKIBAT DIAJAR DALAM BI. MALAH MINAT MURID JUGA BERKURANGAN SEJAK PPSMI DIPERKENALKAN. BAGAIMANA KITA AKAN MELAHIRKAN SAINSTIS, PAKAR SAINS DAN MT, DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI SAINS DALAM PENCIPTAAN DI MASA DEPAN JIKA PELAJAR KITA KURANG KE ARAH ITU MESKIPUN MAHIR BERBAHASA INGGERIS? INI KERENA MINAT MEREKA DALAM KEDUA-DUA SUBJEK BERKENAAN SUDAH KURANG SEJAK IA DIAJAR DALAM BI. ITULAH YANG MENJADI PERTIKAIAN SEKARANG BUKANNYA SUBJEK BI ITU.

odeen said...

KEPADA KHAIRUL...
SAYA BAGI CONTOH MUDAH SHEIKH MUZAFFAR BELAJAR SN DAN MT DALAM BM TETAPI BOLEH JADI DOKTOR, BOLEH PERGI ANGKASA LEPAS DAN FASIH BERBAHASA INGGERIS...INI BUKTI YANG JELAS PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BM TIDAK MEMUNDURKAN SESEORANG DARIPADA MENGUASAI BI DAN ILMU SAINS. YANG PENTING SUBJEK BI ITU PERLU DIPERTINGKATKAN KEBERKESANANNYA DENGAN TEKNIK DAN KAEDAH YANG SESUAI DENGAN MASYARAKAT KITA. KITA TIDAK PERLU MENGUASAI BI DENGAN BELAJAR SN DAN MT DALAM BI.
PENGAJARAN SN DAN MT DALAM BI TIDAK SEMESTINYA MEMBOLEHKAN KITA JADI AHLI SAINS KERANA KITA PERLU KUKUH DENGAN KONSEP DAN PERLU ADA MINAT MENDALAM DALAM BIDANG BERKENAAN. KITA LIHAT CONTOH... SIR ISAAC NEWTON TIDAK PERNAH MENGUASAI BAHASA ARAB(ASAS ILMU SAINS DAN MT) TETAPI AKIBAT MINAT MENDALAM DALAM PENGKAJIAN MAKA BELIAU TELAH MENEMUI TARIKAN GRAVITI SEMASA DUDUK DI BAWAH SEBATANG POKOK.
SELAIN ITU, JIKA BOLEH KITA JUGA PERLU MENGUASAI BAHASA LAIN SEPERTI ARAB, RUSIA, CHINA, JEPUN DAN SEBAGAINYA. APA TIDAKNYA SEMASA HENDAK PERGI ANGKASA SHEIKH MUZAFFAR TERPAKSA BELAJAR BAHASA RUSIA PULA. INI MENUNJUKKAN FASIH BERBAHASA INGGERIS SAHAJA TIDAK CUKUP MALAH KITA KENA MENGUASAI BANYAK BAHASA SUPAYA KITA LEBIH SERBA BOLEH.
INGAT MALAYSIA BOLEH...JANGAN MENIDAKKAN ATAU MEMANDANG RENDAH BAHASA SENDIRI. ISU SEBENARNYA PENGUASAAN ILMU SN DAN MT BUKANNYA ISU BAHASA ITU TETAPI LEBIH KEPADA PERUBAHAN SIKAP, MINAT DAN SERTA KAJIAN MENDALAM TENTANG SESUATU PERKARA.

odeen said...

SEBENARNYA ORANG EROPAH ATAU INGGERIS PADA MASA DULU BUKANNYA MENGUASAI BAHASA ARAB UNTUK MENGUASAI ILMU SAINS DAN MATEMATIK TETAPI TELAH MEMAKSA PENTERJEMAH BERBANGSA ARAB UNTUK MENTERJEMAHKAN ILMU SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA ARAB KE DALAM BAHASA INGGERIS. INI KERANA ORANG ARAB PADA MASA DULU FASIH BERBAHASA INGGERIS BERBANDING ORANG INGGERIS YANG TIDAK FAHAM BAHASA ARAB. KEMAJUAN TEMADUN ISLAM TELAH MENJADIKAN ORANG ARAB MAHIR BANYAK BAHASA. TETAPI ORANG INGGERIS MENGAMBIL PENDEKATAN TERDESAK DENGAN MENJAJAH NEGARA-NEGARA YANG BANYAK HASIL BUMI UNTUK MEMAJUKAN BANGSA MEREKA DENGAN MEMAKSA BANGSA BERKENAAN MENDAPATKAN HASIL BUMI MEREKA KEPADA BANGSA INGGERIS. JADI APABILA KEWANGAN MEREKA KUKUH MAKA MEREKAPUN BOLEH MEMBELI SESIAPA SAHAJA UNTUK MENTERJEMAH ILMU SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA MEREKA. BUKTI MUDAH SEHINGGA SEKARANGPUN RAMAI ORANG INGGERIS TIDAK TAHU BERBAHASA ARAB MALAH BAHASA LAINPUN SEPERTI CHINA, MELAYU, JEPUN DAN SEBAGAINYA MEREKA LANGSUNG TIDAK MENGUASAINYA. TAK PERCAYA TENGOK SAJA RANCANGAN DALAM TV KEBANYAKKANNYA ORANG TEMPATANLAH YANG MENGUASAI BAHASA INGGERIS BUKANNYA MEREKA MENGUASAI BAHASA TEMPATAN. MANA MUNGKIN KITA BERANGGAPAN PADA MASA LAMPAU MEREKA MENGUASAI BAHASA ARAB UNTUK MENGUASAI ILMU SAINS DAN MATEMATIK...SANGAT MENGARUT...ANDA SEMUA TELAH DITIPU OLEH ORANG INGGERIS....SAMA SEPERTI "TIPAH TERTIPU BANG"....

odeen said...

LAGI SATU...KEMAJUAN NEGARA AMERIKA SEKARANG INI ADALAH HASIL DARIPADA KEPINTARAN WARGA ARAB DAN ASIA SEPERTI ISRAEL, INDIA, IRAN, CHINA, JEPUN, KOREA DAN TERMASUK CERDIK PANDAI DARIPADA NEGARA KITA BUKANNYA DISEBABKAN OLEH RAKYAT MEREKA SENDIRI. MALAH CERDIK PANDAI DARI NEGARA SEPERTI INI TELAH MENYUMBANGKAN KEMAJUAN EKONOMI YANG BESAR KEPADA NEGARA EROPAH SEHINGGA MEREKA INI DITAWARKAN GAJI YANG LUMAYAN DAN TARAF KERAKYATAN TETAP. CERDIK PANDAI DARI NEGARA BERKENAAN RAMAI TELAH DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT KANAN DALAM PENTADBIRAN NEGARA MAJU SEPERTI AMERIKA. SEBAB ITULAH NEGARA KITA KEKURANGAN PAKAR2 DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI KERANA PAKAR BERKENAAN TELAH BERMAUSTAUTIN DI NEGARA MAJU KERANA GANJARAN GAJI YANG LEBIH LUMAYAN. NAMUN KITA ASYIK2 DENGAN PUJIAN KE ATAS NEGARA MAJU INI DENGAN BERANGGAPAN MEREKA MAJU KERANA KEPAKARAN RAKYATNYA SENDIRI. KITA SEBALIKNYA TERUS MENGHINA BANGSA SENDIRI DENGAN MENIDAKKAN BAHASA SENDIRI PUNCA KEMUNDURAN.ALANGKAH RUGINYA DENGAN CARA PEMIKIRAN KOLOT KITA...

Anonymous said...

[url=http://ebiteua.com/forum75-prostitutki-kryma-i-ar.html]Проститутки Крыма и АР[/url]

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]www.c-online-casino.co.uk[/url] check the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino games[/url] autonomous no store bonus at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino.com
[/url].

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...