Isu sama, setiap kali menjelang
pertengahan tahun, terutama bulan MEI isu telur bangkit, tahun depan pun
barangkali apabila menjelang MEI status-status FB akan penuh dengan isu telur
menyambut hari lahir, lalu berangkailah status-status dengan point dakwah,
ukhuwah, open minded, maqosid dan macam-macam lagi. Mungkin barangkali kebanyakan
dikalangan kita lahir di bulan MEI, atau kebanyakkan mereka yang lahir di bulan
MEI yang banyak melakukan aktiviti telur-menelur ini. Hai, siapalah agaknya
makhluk yang memperkenalkan aktivit menelur ni?
Sebenarnya ulama’ telah banyak
membincangkan bab permainan dalam Islam. Permainan berunsur judi seperti main tikam-tikam tu haram,
berunsur membazir ada keadaan dan tahap nilai bazirnya yang perlu di kira. Sepakat ulama
mengatakan bahawa permainan sunnah hanya tiga, iaitu memanah, berkuda dan
berenang. Adapun permainan-permainan lain hanya mengikut waqi’ masyarakat.
Kalau nak kata membazir pula, hurmmm,
kita pun sejak kanak-kanak lagi dah buat permainan membazir ni, antaranya cari
gula-gula dalam tepung, main baling-baling telur (dua orang berdiri dengan
jarak jauh), cikgu kita pun kadang-kadang ada yang guna tepung buat line kat
padang bagi acara sukan, kadang-kadang secara tak sedar kita juga banyak melakukan
perkara yang membazir, makan tak habis, bazir masa, tengah makan kek pun segelintir
dari kita ambil cream dan colet ke muka, erkkk, boleh nilai bazir tak tu?
Saya tidak melihat serius dari aspek hukum, cuma dari aspek adab ia dilihat kurang kerana melibatkan makanan, siapa kata pemuda-pemuda dulu tiada main aktiviti menelur ni, ada je, tapi telur mereka telur tembelang yang busuk, ada je nenek-nenek yang menembelangkan cucunya dengan telur tembelang yang sudah tiada nilai kenyang, tapi ada nilai ukhuwah, sebab itu ada pepatah melayu
menyebut, umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut dikeluar, tepung tidak
berselerak, sebabnya pada ketika itu nilai tepung amatlah berharga.
Saya tidak fikir permainan telur-menelur merupakan perkara serius, masing-masing punya hujah dan pendapat, terpulang, pada mereka yang nak melakukan aktiviti menelur, silakan, tetapi siapa yang tidak, tidak mengapa, tapi kita perlu sepakat, apabila di kalangan kita ada tahap sampai tidak cukup makanan, maka HARAM hukumnya permainan sebegitu.
Bagi yang suka beralasan ukhuwah, saya memetik kata-kata Prof. Dr. Abdul Nasir ‘Ulwan yang menyebut bahawa ‘ukhuwah ini hanya milik orang mukmin’. Kerana
mana-mana perkataan ukhuwah yang disebut sama ada di dalam al-Quran mahupun di
dalam al-Hadis gandingan perkataan UKHUWAH disebut juga perkataan MUKMIN. Sebabnya
hanya orang mukmin yang boleh memandu kelakuan dan kebaikan ketika berukhuwah,
lalu ukhuwahnya membawa ke jalan yang diredhai Allah swt. So jom kita nilai iman kita hari ini.
![]() |
Saya syorkan anda membaca kitab ini untuk menilai semula landasan ukhuwah kita |
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami
mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu
kepada Tuhanmu", maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi
kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami,
dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti." 3:193
waAllahu a'alam...
p/s: tapi agak zalim jugak kan kalau kena telur time musim sejuk, kesian kawan tue nak mandi, tepung kira ok lagi, bersih-bersih macam tue je, papepun apa yang ditulis ni bukan satu galakkan ye. Oklah, ada banyak perkara yang lebih utama lagi yang nak difikirkan, chill out yoo...
p/s: tapi agak zalim jugak kan kalau kena telur time musim sejuk, kesian kawan tue nak mandi, tepung kira ok lagi, bersih-bersih macam tue je, papepun apa yang ditulis ni bukan satu galakkan ye. Oklah, ada banyak perkara yang lebih utama lagi yang nak difikirkan, chill out yoo...