Advanced Search

Custom Search

Followers

Mencari Personaliti Diri

gambar hiasan

Krisis Identiti biasa berlaku kepada manusia yang bakal berubah zaman, zaman kanak-kanaknya kepada zaman remajanya, dari zaman remajanya kepada zaman dewasanya, dan begitu juga zaman tuanya. Dan perubahan identiti terbesar adalah ketika berada di zaman remaja sehingga disifatkan oleh sesetengah ahli psiko dan bio sebagai musim ribut dan taufan.

Remaja yang berubah ke alam pra-dewasa akan mencari-mencari contoh yang perlu diikuti dan ada kalanya menjadikan individu yang dilihat sebagai idola. Tidak hairanlah jika kanak-kanak pernah bercita-cita ingin menjadi polis dan askar kerana pada mereka itulah yang menarik dan 'cool'. Manakala yang wanita pula bermimpi untuk menjadi sang puteri yang sentiasa mengharapkan akan di selamatkan oleh sang putera yang kacak lagi mempunyai perwatakan yang bergaya. Jadi jangan pelik jika hari ini mereka begini, esok pula mereka begitu, kerana mereka dalam pencarian identiti yang perlu disesuaikan dengan diri mereka.

Itu faktanya, jadi tidak hairan jika perubahan perangai berlaku sepanjang proses membesarnya seorang manusia dari satu alam ke alam yang lain, kadang-kadang kita tidak perlu hairan dengan kata-kata, "tengok kawan-kawan aku kahwin dah semuanya"... sedangkan itulah musimnya, bagi laki-laki, zaman kanak-kanak adalah musim berkhatan, bila dewasa sibuk cerita kahwin, dan apabila tua kita akan mendengar seorang demi seorang rakan-rakan sejawat akan meninggalkan dunia membongkok ke lubang kubur.

Kita ada qudwah, tetapi kita sukar untuk ikut kerana kita tidak berapa tahu kisahnya dan kehidupannya, sebab itu kita perlu banyak membaca sejarah kehidupan baginda saw supaya serba sedikit kita mampu melakukan sunnah baginda saw.

Jadi adalah tidak menjadi munasabah apabila kita memperkatakan bahawa mereka yang menghadapi krisis identiti ini adalah mereka yang bermasalah, cuma adakalanya, identiti itu mungkin tidak menjadi seberat prinsip dan matlamat yang diletak dasar sebagai tapak jati diri. Sedangkan kita semua berada di matlamat yang satu, hidup sebagai manusia yang beribadah kepada Allah swt.

Berkata para sarjana: "tidaklah disisi dunia ini sedikit nilai pun, tetapi ia hanyalah tempat menghitung hutang". Diakhirat juga tempat kita mengira dan menyelesaikan hutang.

WaAllahu a'alam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...