Advanced Search

Custom Search

Followers

Nakal...



Kadang-kadang saya rasa segan untuk menjawab soalan-soalan ibu bapa mengenai masalah akhlak anak-anak mereka. Mana tidaknya, saya ini belum berkahwin, apatah lagi untuk bercahaya mata.

Walaupun saya tahu jawapannya, tapi rasa gentar masih ada, bimbang juga jika kita hanya pandai menasihati, bila Allah menguji kita dengan anak yang sebegitu, kita pula yang jadi tidak tentu arah. Saya teringat guru-guru saya pernah berkata, ujian yang berat bagi pendakwah adalah keluarga, dan yang berat dikalangan keluarga itu adalah anak-anak.

Kita boleh saksikan berapa ramai para ustaz yang menjadi pasif kerana perangai anaknya, yang apabila membesar membuatkan kenakalan mereka ditonjolkan. Lalu masyarakat akan berkata "anak dia pun sama"...

Saya tidak mahu bincang mengenai kritikan masyarakat dan apa yang perlu kita lakukan, mungkin lain kali insyaAllah.

Tapi pada kali ini, saya hanya ingin berkata mengenai kenakalan. Keyakinan yang saya dapat untuk saya terus menjawab dan mencadangkan kepada ibu bapa mengenai masalah akhlak anak-anak mereka ialah, saya punyai ilmu yang dipelajari daripada mereka yang berpengalaman, contohnya macam masalah haid, kita bukanlah wanita, tetapi kita belajar mengenainya, jadi saya fikirkan kita masih berkelayakkan untuk berkata mengenainya. Sekadar mencadangkan.

Siapa yang tidak nakal? Pakar perkembangan kanak-kanak juga setuju, bahawa anak-anak yang tidak nakal perlu dibimbangi. Cuma lebih elok jika istilah nakal kita ubah kepada istilah aktif, kan cantik gitu.

Cuma kadang-kadang aktif mereka tidak terkawal, pendek kata, nakal itu tidak boleh dibuang, apatah lagi ditegah, ia cuma boleh dikawal. Lakukan hukuman untuk menghasilkan tarbiyah...

WaAllahu a'alam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...