Advanced Search

Custom Search

Followers

Pemimpin Zalim merupakan Bala.


...gambar hiasan...

Hakikatnya, pemimpin yang zalim merupakan salah satu bentuk kurniaan bala kepada kita ekoran kemungkaran yang telah kita lakukan...

Firman Allah swt dalam surah
an-Nahl [16] ayat 125:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Hakikatnya keputusan takdir Allah menaikkan sesebuah kepimpinan dan kerajaan juga berdasarkan amalan orang-orang Islam, sepertimana firman Allah swt dalam surah al-A’raf [7] ayat 96:

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya

Salah seorang sahabat Rasulullah saw yang unggul iaitu Hazrat Abu Darda r.a ada berkata:

“Kamu mestilah menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka daripada melakukan kemungkaran, jika tidak Allah SWT akan membangkitkan seorang raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan menghormati orang tua kamu dan dia tidak belas kasih pada golongan muda dikalangan kamu. Pada masa itu doa orang yang soleh dikalangan kamu pun tidak akan diterima. Kamu inginkan bantuan, tetapi bantuan tidak akan diberikan. Kamu memohon keampunan tetapi kamu tidak akan diampuni”

Rasullullah SAW telah dihantar oleh Allah SWT untuk menghapuskan kesyirikan, kekufuran, menyampaikan kalimah Laailahaillallah serta keseluruhan Agama-Nya dan menyediakan umatnya untuk tugas yang sama menurut kemampuan sepertimana sabda Rasulullah saw: “Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dariku walau satu ayat sekalipun.

Diriwayatkan oleh Imam at-Tabari daripada Mudrik katanya: "Aku telah mengerjakan haji bersama-sama dengan bapaku, sewaktu kami sampai di Mina di kalangan jemaah-jemaah yang banyak, aku telah berkata kepada bapaku: ‘Jemaah apakah ini?’ Jawab bapaku,’Ini dalah orang yang lari dari agamanya, sedangkan pada ketika itu Rasulullah SAW bersabda: “ Wahai manusia; ucapkanlah oleh kamu, Laailahaillallah, pasti kamu akan berjaya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. apabila Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabbal ke Yaman, Baginda SAW telah memberi nasihat kepada Muaz dengan sabdanya:-

Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum ahli kitab, hendaklah perkara pertama yang kamu dakwahkan mereka ialah bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah swt dan aku adalah Rasulullah, maka apabila mereka patuh kepada seruanmu itu maklumkan mereka bahawa Allah swt telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu sehari semalam, maka apabila mereka patuh kepada seruanmu itu maka maklumkan mereka bahawa Allah swt telah mewajibkan mereka mengeluarka zakat yang di ambil dari orang kaya dari kalangan mereka dan dibahagikan kepada golonhan fakir mereka, maka apabila mereka patuh kepadamu maka ambillah daripada mereka zakat harta mereka, dan takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada penutup (hijab) antara dia dan Allah swt.”

Ketika Islam telah menjadi kuat maka cara Baginda saw menyeru seperti yang diriwayat oleh Imam at-Thobarani:- Dari Hazrat Abu Laila r.a., Baginda saw bersabda kepada Abu Sufyan,”Amat buruk sekali keadaan kamu wahai Abu Sufyan! Aku datang kepadamu dengan membawa kebaikann dunia dan akhirat. Islamlah kamu, kamu akan selamat.”

Mengingatkan Orang Islam
Allah SWT berfirman :- “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman.” (Az-Zariyat:55)

Kata Para mufassir:- Maksudnya beri ingatan dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran. Janganlah lupa saling ingat-mengingati tentang ayat Al-Quran dan Hadith berkaitan “ucapan Laailahaillallah” yang pernah dikatakan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu Ibnu Abbas r.a. sebagai “kebaikan terbaik”. Dan ingatkan juga orang Islam tentang tuntutan dan tanggungjawab kalimah ini.

Husaini Arshad

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...