Advanced Search

Custom Search

Followers

Hidayah Ramadhan.



Beruntunglah bagi mereka yang terpelihara daripada maksiat dan dosa sepanjang kehidupannya membesar sebagai orang dewasa. Di lahirkan dalam keluarga yang soleh, tidak pula ditemukan oleh Allah swt dengan rakan-rakan yang 'menggila'. Bahkan kehidupannya sentiasa di dalam kebaikan walaupun diuji hanya dengan kesabaran, sedangkan ramai lagi diluar sana yang diuji dengan maksiat dan dosa.

Solatnya sempurna dan lengkap sejak menemui umur baligh, bagi mereka yang baru menerima hidayah ketika saat tua menjelma, kisah silamnya seperti bayangan hitam yang pasti mendukacitakan. Semuanya tidak boleh diundur, hanya taubat mengiringi dan mengimbangi maksiat dan dosa lalu.

Setelah kita memikirkan keuntungan kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim, yang membesar dengan keagamaan Islam yang syumul. Kita pula akan terpecah dua.

1- Seorang muslim yang membesar di dalam sebuah keluarga yang soleh.

Hakikatnya, ada insan yang beruntung kerana bukan sahaja dilahirkan sebagai seorang muslim, namun dia juga telah terpelihara daripada segala dosa dan maksiat besar seperti zina, mencuri, pengaruh rakan sebaya dengan pegaduhan sana-sini, samseng dan sebagainya.

Ibu bapanya sangat menjaga kebajikan dia dengan kehidupan sebagai hamba Allah swt dengan ajaran yang sempurna seperti solat, mengaji al-Quran dan sebagainya.

2- Seorang muslim namun tidak membesar dalam keadaan dan kesempurnaan Islam.

Berbeza dengan yang pertama, mereka yang kedua ini di uji Allah swt dengan pintu maksiat dan zina, peluang yang diberi Allah swt untuk melakukan dosa itu seperti lancar tanpa jangkaan.

Sama ada keluarganya soleh mahupun tidak, tetapi ia adalah bersifat individu. Mungkin di rumahnya baik dan dijaga akhlak oleh ibubapanya, tetapi diluar tidak. Seperti yang dikatakan, pengaruh rakan dan keterbukaan ujian Allah swt untuk dia lakukan maksiat sangat lancar.

Allah swt membantu dia dalam melakukan maksiat, sedangkan dia sebenarnya diuji.

Firman Allah swt dalam surah as-Syams [91] ayat 8-10:

"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya"

Baik dan buruk adalah ilham dari Allah swt, beruntunglah mereka yang tidak pernah diilhamkan untuk melakukan dosa dan maksiat, atau diberi ilham, namun diberi juga kekuatan untuk menolak ilham yang buruk tersebut.

Tapi, itu semua tidak pernah menjanjikan kebaikan akhirat iaitu syurga, sungguh hidayah itu milik Allah swt. Hatta Allah swt mampu sahaja untuk menamatkan seseorang yang soleh dengan keburukan, dan menamatkan individu yang diuji maksiat dengan kebaikan.

Firman Allah swt dalam surah al-Qashah [28] ayat 56:

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk".



...berapa ramai yang menangis untuk secebik hidayah, sedangkan mereka yang telah membesar dengan kebaikan alpha dan tidak berhati-hati dan membimbangi kepalingan hidayah tersebut...



Bahkan mereka yang telah bermaksiat dan bertaubat akan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah swt berbanding mereka yang soleh tetapi dalam masa yang sama selesa dengan kesolehannya sehingga tidak menjaga amalnya sama ada untuk dunia dan akhirat.

Tetapi, adalah sangat beruntung bagi mereka yang lahir dalam kebaikan, membesar dengan kebaikan dan akhirnya juga dengan kebaikan. Sungguh, saya benar-benar mencemburui manusia sebegini, kerana Allah swt telah memelihara mereka ketika mereka membesar, dengan bimbingan guru yang soleh, tidak pula bertemu dan diilhamkan pemikiran untuk melakukan maksiat, bahkan tidak juga terlintas dan terfikir untuk bermaksiat dan dosa.

Pemikiran mereka terpelihara, jiwa mereka terpelihara, jasad mereka juga terpelihara. Untungnya mereka.

Ya Allah, selagi hayatku belum tamat, aku sangat bimbang dengan penarikan hidayah dariMu... Kekalkanlah aku dalam Islam, baikkanlah pengakhiranku kekal sebagai hambaMu...

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." Ali-Imran [3] ayat 8.

waAllahu a'alam...

p/s: rebutlah peluang terakhir di saat-saat akhir ramadhan yang bakal meninggalkan kita semua. Pohonlah hidayah dan petunjukNya, semoga kita ditemukan dengan malam yang dijanjikan kebaikan seperti 1000 bulan... Lailatul Qadr...

1 comments:

odallyamanaka said...

Casino Lake Tahoe - MapyRO
A Casino 부천 출장마사지 Lake Tahoe is 춘천 출장안마 a Casino with an outdoor pool. No valet parking. Parking 남원 출장마사지 available at 김해 출장마사지 the Casino Lake Tahoe.Parking: VeneProperty 사천 출장안마 features: Non-smoking rooms and villasFresheets: 711Meeting Rooms: 3 View Spaces Rating: 3.4 · ‎22 votes

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...