Advanced Search

Custom Search

Followers

Hidayah Ramadhan.



Beruntunglah bagi mereka yang terpelihara daripada maksiat dan dosa sepanjang kehidupannya membesar sebagai orang dewasa. Di lahirkan dalam keluarga yang soleh, tidak pula ditemukan oleh Allah swt dengan rakan-rakan yang 'menggila'. Bahkan kehidupannya sentiasa di dalam kebaikan walaupun diuji hanya dengan kesabaran, sedangkan ramai lagi diluar sana yang diuji dengan maksiat dan dosa.

Solatnya sempurna dan lengkap sejak menemui umur baligh, bagi mereka yang baru menerima hidayah ketika saat tua menjelma, kisah silamnya seperti bayangan hitam yang pasti mendukacitakan. Semuanya tidak boleh diundur, hanya taubat mengiringi dan mengimbangi maksiat dan dosa lalu.

Setelah kita memikirkan keuntungan kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim, yang membesar dengan keagamaan Islam yang syumul. Kita pula akan terpecah dua.

1- Seorang muslim yang membesar di dalam sebuah keluarga yang soleh.

Hakikatnya, ada insan yang beruntung kerana bukan sahaja dilahirkan sebagai seorang muslim, namun dia juga telah terpelihara daripada segala dosa dan maksiat besar seperti zina, mencuri, pengaruh rakan sebaya dengan pegaduhan sana-sini, samseng dan sebagainya.

Ibu bapanya sangat menjaga kebajikan dia dengan kehidupan sebagai hamba Allah swt dengan ajaran yang sempurna seperti solat, mengaji al-Quran dan sebagainya.

2- Seorang muslim namun tidak membesar dalam keadaan dan kesempurnaan Islam.

Berbeza dengan yang pertama, mereka yang kedua ini di uji Allah swt dengan pintu maksiat dan zina, peluang yang diberi Allah swt untuk melakukan dosa itu seperti lancar tanpa jangkaan.

Sama ada keluarganya soleh mahupun tidak, tetapi ia adalah bersifat individu. Mungkin di rumahnya baik dan dijaga akhlak oleh ibubapanya, tetapi diluar tidak. Seperti yang dikatakan, pengaruh rakan dan keterbukaan ujian Allah swt untuk dia lakukan maksiat sangat lancar.

Allah swt membantu dia dalam melakukan maksiat, sedangkan dia sebenarnya diuji.

Firman Allah swt dalam surah as-Syams [91] ayat 8-10:

"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya"

Baik dan buruk adalah ilham dari Allah swt, beruntunglah mereka yang tidak pernah diilhamkan untuk melakukan dosa dan maksiat, atau diberi ilham, namun diberi juga kekuatan untuk menolak ilham yang buruk tersebut.

Tapi, itu semua tidak pernah menjanjikan kebaikan akhirat iaitu syurga, sungguh hidayah itu milik Allah swt. Hatta Allah swt mampu sahaja untuk menamatkan seseorang yang soleh dengan keburukan, dan menamatkan individu yang diuji maksiat dengan kebaikan.

Firman Allah swt dalam surah al-Qashah [28] ayat 56:

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk".



...berapa ramai yang menangis untuk secebik hidayah, sedangkan mereka yang telah membesar dengan kebaikan alpha dan tidak berhati-hati dan membimbangi kepalingan hidayah tersebut...



Bahkan mereka yang telah bermaksiat dan bertaubat akan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah swt berbanding mereka yang soleh tetapi dalam masa yang sama selesa dengan kesolehannya sehingga tidak menjaga amalnya sama ada untuk dunia dan akhirat.

Tetapi, adalah sangat beruntung bagi mereka yang lahir dalam kebaikan, membesar dengan kebaikan dan akhirnya juga dengan kebaikan. Sungguh, saya benar-benar mencemburui manusia sebegini, kerana Allah swt telah memelihara mereka ketika mereka membesar, dengan bimbingan guru yang soleh, tidak pula bertemu dan diilhamkan pemikiran untuk melakukan maksiat, bahkan tidak juga terlintas dan terfikir untuk bermaksiat dan dosa.

Pemikiran mereka terpelihara, jiwa mereka terpelihara, jasad mereka juga terpelihara. Untungnya mereka.

Ya Allah, selagi hayatku belum tamat, aku sangat bimbang dengan penarikan hidayah dariMu... Kekalkanlah aku dalam Islam, baikkanlah pengakhiranku kekal sebagai hambaMu...

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." Ali-Imran [3] ayat 8.

waAllahu a'alam...

p/s: rebutlah peluang terakhir di saat-saat akhir ramadhan yang bakal meninggalkan kita semua. Pohonlah hidayah dan petunjukNya, semoga kita ditemukan dengan malam yang dijanjikan kebaikan seperti 1000 bulan... Lailatul Qadr...

Pemimpin Zalim merupakan Bala.


...gambar hiasan...

Hakikatnya, pemimpin yang zalim merupakan salah satu bentuk kurniaan bala kepada kita ekoran kemungkaran yang telah kita lakukan...

Firman Allah swt dalam surah
an-Nahl [16] ayat 125:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Hakikatnya keputusan takdir Allah menaikkan sesebuah kepimpinan dan kerajaan juga berdasarkan amalan orang-orang Islam, sepertimana firman Allah swt dalam surah al-A’raf [7] ayat 96:

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya

Salah seorang sahabat Rasulullah saw yang unggul iaitu Hazrat Abu Darda r.a ada berkata:

“Kamu mestilah menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka daripada melakukan kemungkaran, jika tidak Allah SWT akan membangkitkan seorang raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan menghormati orang tua kamu dan dia tidak belas kasih pada golongan muda dikalangan kamu. Pada masa itu doa orang yang soleh dikalangan kamu pun tidak akan diterima. Kamu inginkan bantuan, tetapi bantuan tidak akan diberikan. Kamu memohon keampunan tetapi kamu tidak akan diampuni”

Rasullullah SAW telah dihantar oleh Allah SWT untuk menghapuskan kesyirikan, kekufuran, menyampaikan kalimah Laailahaillallah serta keseluruhan Agama-Nya dan menyediakan umatnya untuk tugas yang sama menurut kemampuan sepertimana sabda Rasulullah saw: “Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dariku walau satu ayat sekalipun.

Diriwayatkan oleh Imam at-Tabari daripada Mudrik katanya: "Aku telah mengerjakan haji bersama-sama dengan bapaku, sewaktu kami sampai di Mina di kalangan jemaah-jemaah yang banyak, aku telah berkata kepada bapaku: ‘Jemaah apakah ini?’ Jawab bapaku,’Ini dalah orang yang lari dari agamanya, sedangkan pada ketika itu Rasulullah SAW bersabda: “ Wahai manusia; ucapkanlah oleh kamu, Laailahaillallah, pasti kamu akan berjaya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. apabila Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabbal ke Yaman, Baginda SAW telah memberi nasihat kepada Muaz dengan sabdanya:-

Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum ahli kitab, hendaklah perkara pertama yang kamu dakwahkan mereka ialah bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah swt dan aku adalah Rasulullah, maka apabila mereka patuh kepada seruanmu itu maklumkan mereka bahawa Allah swt telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu sehari semalam, maka apabila mereka patuh kepada seruanmu itu maka maklumkan mereka bahawa Allah swt telah mewajibkan mereka mengeluarka zakat yang di ambil dari orang kaya dari kalangan mereka dan dibahagikan kepada golonhan fakir mereka, maka apabila mereka patuh kepadamu maka ambillah daripada mereka zakat harta mereka, dan takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada penutup (hijab) antara dia dan Allah swt.”

Ketika Islam telah menjadi kuat maka cara Baginda saw menyeru seperti yang diriwayat oleh Imam at-Thobarani:- Dari Hazrat Abu Laila r.a., Baginda saw bersabda kepada Abu Sufyan,”Amat buruk sekali keadaan kamu wahai Abu Sufyan! Aku datang kepadamu dengan membawa kebaikann dunia dan akhirat. Islamlah kamu, kamu akan selamat.”

Mengingatkan Orang Islam
Allah SWT berfirman :- “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman.” (Az-Zariyat:55)

Kata Para mufassir:- Maksudnya beri ingatan dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran. Janganlah lupa saling ingat-mengingati tentang ayat Al-Quran dan Hadith berkaitan “ucapan Laailahaillallah” yang pernah dikatakan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu Ibnu Abbas r.a. sebagai “kebaikan terbaik”. Dan ingatkan juga orang Islam tentang tuntutan dan tanggungjawab kalimah ini.

Husaini Arshad

Istikhoroh Cinta...



Kesilapan yang sering kita lakukan ialah, kita hanya melakukan pilihan apabila kita rasa kita diberi pilihan.

Dalam erti kata lain, kita terasa seperti tidak memilih apabila tiada pilihan.

Lebih menggelabah bila pilihan yang ada dan yang tinggal untuk dipilih hanya DUA.

Lebih teruk bila pilihan itu dirasakan seolah-olah pepatah, 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'.

Hurmmm... Pelik pepatah melayu ni, mak ayah pun terlibat sekali, tapi dah memang begitu bunyi nyer.

So, apa masalahnya?

Ya, masalahnya ialah, dah tersepit baru mahu melakukan isitkhoroh kepada tuhan yang satu, yakni Allah SWT.

Para 'alimin ada menyebut, galakan untuk melakukan solat sunat istikhoroh itu sama seperti solat sunat dhuha yang sememangnya banyak memberikan kaifiyat yang sangat tinggi. Tidak perlu tunggu didesak, hakikatnya, setiap hari kita akan melakukan pilihan.

Tambah mereka, kadang-kadang, kita diberi pilihan dan perlu memilih dalam masa yang pantas, atau dalam keadaan tiba-tiba, sebagai contoh:

tiba-tiba kawan ajak datang rumah, nak ikut ke tak nak?
tiba-tiba terjumpa duit, nak ambil ke tak nak?

dan banyak lagi perkara-perkara harian yang memang kita tidak sedar sebenarnya kita sedang melakukan pilihan.

Sebab itu, ada dikalangan mereka yang menggalakkan kita untuk melakukan solat sunat istikhoroh setiap malam.


KOSONG

Bagi situasi pelajar luar negara, yang mungkin berasa kekosongan atau tidak tahu memilih kehendak untuk melakukan sesuatu, maka ayat sunyi itu sering kedengaran merungut-rungut di mulut.

Saya teringat kata-kata guru saya 5 tahun yang lalu, "belajar kat luar negara ni, takbir raya pertama, mesti nangis punyer"

saya bertanya, "kenapa ustaz?, sebab naluri ker"

beliau menjawab "naluri tu sikit jer, tapi sebenarnya, waktu tu kita tak tahu nak buat apa sebenarnya, bila kita dah tahu, tahun kedua dan seterusnya dah tak de nangis-nangis nie"...

satunya, ketika kita mengubah kebiasaan, ia mungkin menyukarkan, sebabnya kita sudah terbiasa mendengar takbir bersama keluarga serta dengan hidangan kuih-muih dan ketupat bersama rendang.

keduanya, apabila kita terasa boring, elok kita memilih sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada kita, mengisi kelapangan dan jangan bagi kesunyian. Memang sukar, tapi boleh secara perlahan-lahan. Makanya, ciptalah pilihan untuk kesesuaian diri.

Jadi saya mencadangkan supaya kita mencipta pilihan. Dengar macam pelik bukan? Tapi hakikatnya pilihan itu boleh dicipta, jika kita diberi dua pilihan, maka pilihan ketiga boleh dicipta untuk menjadikan sebagai jalan keluar dalam kekusutan. dan cara ini banyak diguna pakai oleh para usahawan.


...kadang-kadang memilih itu tidaklah seberat manapun, cuma kita terasa sukar untuk melepaskan pilihan yang satu lagi menyebabkan masa yang di ambil untuk memilih adalah terlalu lama...

CINTA

Begitu juga cinta sesama manusia, bila diberi pilihan untuk memilih cinta antara dua insan, kita diberi pilihan, si dia? atau si dia?

maka, apa kata kita memilih pilihan yang ketiga iaitu bercinta dengan seorang dan berkawan dengan seorang lagi.

Cinta Allah dan rasulNya tak perlu dicerita, itu semestinya...

Tetapi ingatlah, kadang-kala kita terlepas pandang pilihan ketiga yang sebenarnya merupakan jalan keluar pada rasa dilema antara dua pilihan. Cuma kadang kala kita tidak mahu untuk memilih pilihan ketiga tersebut kerana kebiasaanya pilihan ketiga merupakan pilihan yang tidak berapa menarik untuk dipilih.

Selamat melakukan pilihan...

Sempena ramadhan ini, jom sama-sama kita memilih syurga Allah swt sebagai ganjaran yang telah dijanjikan... Memilih untuk melakukan ibadah, dan memilih untuk bertaubat kepada Allah swt...

Ingat, solat istikhoroh dan memilih merupakan antara bukti tawakkal kita kepada Allah swt. Ramadhan Ya Karem, Ramadhan al-Mubarak...

WaAllahu a'alam...


Si Darah Manis.

Salam sejahtera kepada semua.

Entri kali ini adalah mengenai sahabat-sahabat saya yang bakal mendirikan rumah tangga.

Pernahkah kita dengar orang muda berdarah manis?

Pernah bukan, tetapi hakikatnya mungkin segelintir daripada kita tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan berdarah manis.

Mereka yang berdarah manis ini merupakan individu yang berada di antara tempoh tunang dan nikah.

Ya, itulah tempoh yang dipanggil berdarah manis. Mengapa?

Kerana pada waktu itulah ujian akan datang, yang mana:

1. gangguan semestinya datang menduga.
2. tiba-tiba awek lama muncul kembali ke.
3. waktu-waktu ini lah terasa kelemahan tunang kita.
4. waktu-waktu inilah Allah swt cuba uji dengan memperlihatkan individu yang kita cari, pakej lengkap.
5. tempoh darah manis inilah syaitan akan menyucuk-nyucuk hati dan perasaan dengan pelbagai mainan hati dan perasaan, lalu menimbulkan rasa sangkaan yang pelbagai.

Itulah hakikat mereka yang berdarah manis, yang mana ada sahaja makhluk yang akan mengganggu, yelah, manislah katakan... :)


...Sahabat-sahabat saya di bacth M.U 1432 yang bakal melangsungkan ikatan pernikahan pada cuti semester ini...


Tapi hakikatnya, sahabat-sahabat saya ini hampir sahaja menamatkan tempoh ujian berdarah manis, zaman bujang mereka akan pergi dan datangnya ujian baru dan tanggungjawab yang lebih kepada rumah tangga yang dibina.

Doa saya, moga mereka bahagia ke akhir hayat dan dengan ikatan pernikahan ini akan membuatkan lagi menambahnya iman mereka kepada Allah swt selaku hambanya yang mengikut fitrah dan sunnahtullah.

Mereka hampir lepas tempoh ini... saya? Hehe, tidak tahu lagi, masih belum ada jodoh, insyaAllah akan ditemukan dengan serikandi sejati yang sekufu dengan saya. Bagaimana dengan anda yang masih bujang? Semoga kita akan lulus tempoh ujian pertama berdarah manis ini sebelum memasuki ujian rumah tangga yang seterusnya.

Firman Allah swt dalam surah an-Nahl [16] ayat 97 :

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan".

WaAllahu a'alam...

p/s:

1. tulisan ini adalah hasil pertemuan dengan mereka sebelum berlepas ke Malaysia untuk tujuan masing-masing...
2. tidak lupa juga kepada bakal pengantin Ahmad Amir dan pasangannya pelajar Jamiah Mutah yang juga akan melangsungkan pernikahan mereka pada cuti semester ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...