Advanced Search

Custom Search

Followers

Motivasi Isra' Mikraj.



Ringkasnya, tidak perlulah untuk saya ingatkan kepada anda apa itu Isra' Mikraj. Tentunya perjalanan Baginda saw bertemu Allah swt banyak diceritakan kepada kita oleh agamawan yang merungkai banyak kisah-kisah yang terjadi sepanjang perjalanan baginda saw juga peristiwa-peristiwa yang memperlihatkan keagungan kuasa Allah swt sebagai renungan dan pengajaran.

Setengah pendapat mengatakan bahawa Isra' Mikraj baginda saw merupakan satu suntikan semangat kepada baginda saw sesuai dengan kesedihan yang telah menimpa baginda berturut-turut, sehinggakan dinamakan tahun berlakunya Isra' Mikraj itu sebagai tahun kesedihan buat baginda saw.

Namun, disebalik peristiwa itu, Allah swt telah mangakhirkan peralanan tersebut dengan sebuah tanggungjawab buat umat baginda saw, tidak lain dan tidak bukan ialah SOLAT.

Mengambil daripada peristiwa ini, menunjukkan bahawa:

1. Solat merupakan antara jalan untuk menghilangkan kesedihan.

Adakalanya kita seperti membuntu apabila mengalami kesedihan, maka solat antara kaedah yang sangat sesuai untuk kita meluahkan rasa sedih dan meletakkan segala daya kepada sang pencipta untuk memberikan petunjuk dalam meneruskan kehidupan sebagai hambaNya yang soleh.

2. Apabila kita ditimpa kesedihan, lakukan benda yang menggembirakan sebagai pemujuk hati, lalu bersedia untuk meletakkan beberapa tanggungjawab pada diri.

Contohnya, jika sedih kerana tidak mendapat markah cemerlang, solatlah dan berdoa untuk mencari hikmah, lalu lakukan beberapa perkara yang mungkin boleh menyeronokkan diri seperti bersiar-siar atau meluangkan masa dengan orang yang kita suka, lalu apabila telah selesai semuanya, maka letakkan tanggungjawab pada diri sama ada membanyakkan membaca atau melebihkan latihan.

3. Membandingkan kesedihan.

Mungkin kita mengatakan bahawa kesedihan itu memeritkan, sehingga kita merasakan kesedihan itu seperti hilangnya kita dari punca kehidupan seperti sudah tiada apa lagi yang perlu dilakukan di dunia, dan seolah-olah dunia ini sudah tidak bermakna, tidak adil dan sebagainya.

Sedangkan, kesedihan itulah merupakan asbab untuk kita bermuhasabah, terlalu gembira, hati akan keras, kesedihanlah yang akan meluluhkan hati untuk redha dan menjadi hambaNya yang bersyukur sekaligus menanam rasa untuk menghargai nikmat.

Melihat kepada baginda saw yang diperlihatkan oleh Allah swt akan beberapa kejadian termasuklah yang berlaku di syurga dan neraka. uga dipertemukan dengan para nabi sebelum baginda saw sebagai perbandingan.

Maka sekiranya kita menghadapi musibah, kita hendaklah melihat sekeliling kita bahawa mungkin ada lagi individu yang diuji oleh Allah swt yang lebih perit ujiannya jika hendak dibandingkan

Maka, jadikan peristiwa Isra' Mikraj sebagai motivasi pemangkin diri untuk terus menjadi hambaNya yang soleh dan sentiasa bersyukur.

Tidak ada erti penamat dalam kehidupan selagi kurniaan nyawa masih diberi Allah swt, perjalanan mesti diteruskan walaupun pahit datang menyinggah dan berlalu pergi

WaAllahu a'alam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...