Advanced Search

Custom Search

Followers

Arak: Tidak ada penyelesaian?

Terlalu mudah kita membuat kesimpulan, apabila menghadapi jalan buntu, politik menjadi agenda, siasah syarie menjadi alasan, berbilang kaum menjadi penghalang, maka dengan mudah kita melengahkan kuatkuasa dengan helah menyiasat semata-mata untuk memuaskan hati sesetengah pihak, bagaimana dengan pihak yang lain?

Mereka diam seribu bahasa, apabila ditegur dan dicadang, maka melenting dan memberi amaran seolah-olah disuruh berdiam diri. Jadi apakah beza kedua-dua pemerintahan?

Menjatuhkan kerajaan zalim dengan penubuhan kerajaan zalim?

Biar betul! jika ini yang terjadi maka tiadalah beza keduanya. Dahulu sebelum mendapat tampuk pimpinan pernah berjanji untuk menghapuskan kilangnya, selepas memerintah nyata jika dimusnahkan kilangnya maka hilanglah sebahagian daripada sumber pendapatan melalui cukainya.

Memang dipuji, kebajikan dijaga, setiap penambahbaikan memang membezakan, tetapi bagaimana dengan hal berkaitan undang-undang Islam?

Dahulu mengata orang, sudah terkena batang hidung sendiri, ternyata diam seribu bahasa.

Jika ini pun (undang-undang sedia ada) tidak dapat dilaksanakan maka jangan mimpi dengan undang-undang yang lain seperti hukuman hudud.

Sungguh mengelirukan, apabila kenyataan demi kenyataan daripada reaksi para pimpinan mengaitkan bahawa ia melanggar Enakmen Kesalahan Syariah 1995, sedangkan masih ramai lagi pekerja-pekerja Islam yang terlibat, menampakkan seperti Penguatkuasa Jabatan Agama pula yang tidak menjalankan tugas.

Campurtangan exco yang tidak beragama Islam seperti hero menyelamatkan peniaga-peniaga sekutu, sedangkan tidak ada hak sedikit pun untuk dia bersuara berkaitan hal ehwal Islam.

Mungkin benar juga, kita melaksanakan secara berhemah, bagi sahaja zakat kepada pekerja-pekerja yang berhenti buat sementara waktu sehingga mereka menjumpai pekerjaan yang lain. Apa yang pasti, haram tetap haram, dan haramnya adalah jelas tanpa khilaf, tidak perlu kepada ijtihad, hukumnya juga jelas, maka tiada alasan yang jelas untuk mengelak jika benar mereka membangun bersama Islam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...