Advanced Search

Custom Search

Followers

No Panties? Wear 'Kain' is More Easy lah.

Pelbagai idea bodoh didengari dari hari-kehari bersempena dengan bulan februari yang tidak lagi asing didengar iaitu Hari Kekasih, jika orang bertanya kepada saya apakah satu perkataan yang boleh digambarkan mengenai Hari Kekasih ini jawapan saya mudah sahaja. Untuk hari paling hina ini satu perkataan tidak memadai, tetapi beribu kebencian harus dilampiaskan kepada mereka yang menyambut hari kekasih ini.

Saya hampir terlupa bahawa bulan ini terdapat satu peringatan khas buat mereka yang ketagihan seks, tetapi diingatkan oleh akhbar tempatan apabila terbaca mengenai sebuah kempen yang tertulis seruan 'no panties' yang menasihatkan kepada para kekasih yang bercendana untuk memudahkan mereka melakukan kegiatan yang tidak bermoral ini.

Hasilnya, tidak cukup dengan pembuangan bayi, minggu lalu dihebahkan cerita mengenai ibubapa prihatin yang membuang bayi mereka siap sekali diletakkan ubat serangga untuk keslamatan anak mereka dibimbangi diserang serangga.

Semalam pula dihebahkan kes pertama yang cuba membunuh anak malang itu dengan membakarnya di tong sampah. Apa telah terjadi sebenarnya? Mengapa tiada kempen mencegah lebih baik daripada mengubat? Ada yang mencadangkan supaya gambar anak-anak terbuang diletakkan pada kawasan-kawasan tumpuan remaja yang duduk berkhalwat. tetapi benarkah kempen itu membantu?

Tidak sama sekali, ini kerana pasangan tersebut belum lagi mendapat bayi tersebut dan mereka tidak nampak apakah kempen itu ditujukan untuk mereka, sebaliknya pelbagai alasan akan digunakan untuk mengizinkan mereka melakukan zina tersebut seperti penggunaan kondom dan sebagainya. Sedangkan gambar-gambar tersebut sepatutnya diletakkan di tong-tong sampah dan kawasan kebiasaan kerana disitulah kawasan pembuangan bayi dilakukan.


Jika Sampai Berlakunya Papan Tanda Ini Ditampal Bererti Malaysia Hanya Perlu Menunggu Bala Yang Dahsyat.

Kini anak yang dilahirkan dibuang sana-sini sekaligus memperlihatkan manusia sudah tiada bezanya dengan binatang. Ironinya jika perkara penzinaan ini tidak dicegah dari awal maka banyaklah kelahiran anak luar nikah yang terbiar dan akan membuatkan kepusuan manusia terbiar sana-sini dan meminta-minta berikutan mereka tidak dijaga.

Mungkin kita tidak nampak apa yang cuba dikatakan kerana anak-anak luar nikah ini dijaga di pusat-pusat penjagaan, tetapi yakinlah suatu hari nanti jika keadaan ini berlarutan sehingga pusat jagaan dipenuhi dengan golongan ini maka tentu sekali akan ada yang terlepas dijalanan dan cuba kita bayangkan pada waktu itu nanti manusia akan kelihatan terbiar dijalanan sama sepeti kucing, anjing dan binatang-binatang lain.

Itulah antara hikmah mengapa Islam mengharamkan umatnya untuk melakukan pengzinaan ini, selain itu antara hikmah pengharaman zina ini ialah untuk memelihara zuriat supaya tidak tercampur hubungan. Mana tidaknya, sejak kecil jika anak-anak luar nikah ini dijaga dipusat asuhan maka tidak mustahil apabila besar nanti bertemu dengan jejaka dan gadis yang rupa-rupanya adalah hasil hubungan zina mereka dahulu dan berlakulah perkahwinan adik-beradik, ibubapa dengan anak dan sebagainya.

WaAllahu a'alam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...