Advanced Search

Custom Search

Followers

Jumaat Yang Mengelirukan

Salam sejahtera dan Salam Perpaduan Ummah.

Jumaat lalu sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan telah di adakan di putrajaya dengan bertemakan 'Satu Ukhuwah, Satu Ummah' iaitu sambutan yang sudah menjadi acara tahunan bagi memperingati hari kelahiran Nabi Junjungan buat Umat Sekalian Alam iaitu Baginda Muhammad S.A.W. dan hari itu juga merupakan hari kewafatan baginda. Walaupun terdapat khilaf mengatakan bahawa peristiwa agung itu berlaku pada 9 Rabiul Awwal, tetapi kebanyakkan sejarahwan Islam mempersetujui bahawa 12 Rabiul Awwal merupakan hari kelahiran Baginda Junjungan juga merupakan hari kewafatan Baginda Muhammad S.A.W.

Namun sambutan Hari yang Agung itu telah mengelirukan umat Islam khususnya Umat Islam di Malaysia. Entah siapalah yang memberi idea untuk mengadakan acara tersebut di Dewan Solat Masjid Putra, Putrajaya tersebut?

Mungkin isu ini ramai yang terlepas pandang, tetapi ia amat memalukan kerana kita sebagai umat Islam telah melanggar prinsip kita sendiri dan ini ditunjukkan jelas pada sambutan tersebut. Mana tidaknya, pergi sahaja di mana-mana masjid dan mungkin disegelintir surau pasti terdapat PAPAN TANDA yang meminta supaya umat ISLAM yang ingin memasuki rumah Ibadah berkenaan sama ada bertujuan untuk menunaikan solat mahupun untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan perlu MENUTUP AURAT.

Prinsip yang diguna pakai selama ini oleh umat Islam di Malaysia juga ialah tidak membenarkan mana-mana orang yang bukan Islam untuk memasuki kawasan DEWAN SOLAT masjid untuk memelihara kesucian Masjid tersebut. Dan prinsip ini juga di praktikkan di Masjid Putra, Putrajaya.

Sebagai contoh, pelancong bukan beragama Islam yang ingin memasuki ruangan Masjid berkenaan:

1. perlu memakai jubah bewarna khas yang disediakan untuk menUTUPi AURAT mereka.
2. bagi lelaki yang berseluar pendek juga perlu memakainya.
3. yang BUKAN ISLAM juga hanya dibenarkan mengelilingi kawasan yang ber 'marmar' dan tidak dibenarkan memasuki kawasan Dewan Solat Masjid berkenaan.

Tetapi malangnya prinsip ini telah dicabuli oleh umat Islam sendiri. Bagi mereka yang menyaksikan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini melalui kaca televisyen pasti sedar dan faham dengan apa yang cuba saya sampaikan.

Saya puji kerana tidak terdapat 'gendangan' yang berkemundang kerana terdapat pendapat, ahli sufi, tariqat yang melarang bunyi-bunyian seperti itu di dalam Masjid, berdasarkan persembahan nasyid pada sambutan hari itu juga menunjukkan bahawa persembahan tersebut tidak melibatkan muzik dan hanya berbentuk acapela, muzik iringan VIP juga hanyalah deruan zikir.

Tetapi bagaimana mereka yang tidak menutup aurat, dan yang bukan beragama Islam boleh terlepas memasuki Dewan Solat berkenaan? Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan?

Penulisan ini bukanlah untuk melarang sambutan tersebut, ia bagus kerana terdapat ceramah agama bagi mengingati rasul S.A.W. dan perarakan sebagai significant bagi merasai batapa susahnya Nabi S.A.W. dahulu yang berjalan kaki untuk menyebarkan Islam. Tetapi cukup terkilan kerana ia dilakukan di dewan Solat walaupun hanya digunakan di bahagian belakang Dewan Solat berkenaan yang akhirnya menunjukkan prinsip berkaitan dilanggar oleh umat Islam sendiri. Selain itu wanita yang hadir juga dibimbangi berada dalam keadaan 'haid' yang sekaligus dibimbangi juga tergugur @ melekat pada carpet Dewan Solat berkenaan.

Di harap perkara ini patut dipandang berat oleh pihak bertanggungjawab yang dirasakan pihak JAKIM. Sepatutnya perkara ini memerlukan penelitian yang cukup supaya tidak berlaku pandangan serong oleh agamawan yang lain di Bumi Malaysia ini. Jika ingin dilakukan di Masjid sekalipun ia sepatutnya hanya dilakukan di Dewan khas masjid berkenaan dan bukannya di Dewan Solat.

Kita marah dan cukup sensitif apabila terdapat orang bukan Islam menyentuh hak-hak kesucian dan prinsip umat Islam, tetapi apa yang dilihat pada hari ini ia di langgar sendiri oleh kita yang beragama Islam. DI MANAKAH PRINSIP KITA SEBAGAI UMAT ISLAM? Sungguh memalukan.

WAllahu a'alam.

Apa Nak Jadi Ni?

Nikah koboi di asrama
Oleh Murni Wan Omar, Amir Abd Hamid dan Yusliza Yakimir Abd Talib
am@hmetro.com.my
2010/02/19

KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.

Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.

Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.

Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.

Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.

Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.

“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.

“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.

“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.

Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.

“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.

“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.

Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.

“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.

“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.

_______________________________

Terlalu banyak perbincangan untuk saya huraikan masalah ini, tetapi sebagai kata ringkasnya, pernikahan di Malaysia menerapkan kaedah Mazhab Syafie yang mementingkan penilaian wali kepada pengantin perempuan. Hatta dari aspek undang-undang Malaysia sekalipun akan menyukarkan pasangan terbabit untuk mendaftarkan anak-anak mereka di JPN.

Jika nikahnya di negara selain Malaysia mungkin kurang masalah kerana mendapat sokongan sijil nikah dari Jabatan Agama negara terbabit, tetapi jika nikah di IPT? Surat jenis apakah yang boleh rakan sekuliah itu keluarkan?

Berfikir panjanglah sebelum melakukan sesuatu, pelbagai aspek perlu diteliti baik dan buruknya,
walaupun kita tidak dapat menikahi seseorang yang kita cintai, mungkin kerana Allah taala telah menyediakan pasangan yang lebih baik untuk kita.

Adakalanya perkara yang kita tidak suka itu sebenarnya baik buat kita, dan adakalanya perkara yang kita suka sebenarnya tidak baik untuk kita, sesungguhnya Allah lebih mengetahui daripada apa yang kita perlukan. (2:216)

No Panties? Wear 'Kain' is More Easy lah.

Pelbagai idea bodoh didengari dari hari-kehari bersempena dengan bulan februari yang tidak lagi asing didengar iaitu Hari Kekasih, jika orang bertanya kepada saya apakah satu perkataan yang boleh digambarkan mengenai Hari Kekasih ini jawapan saya mudah sahaja. Untuk hari paling hina ini satu perkataan tidak memadai, tetapi beribu kebencian harus dilampiaskan kepada mereka yang menyambut hari kekasih ini.

Saya hampir terlupa bahawa bulan ini terdapat satu peringatan khas buat mereka yang ketagihan seks, tetapi diingatkan oleh akhbar tempatan apabila terbaca mengenai sebuah kempen yang tertulis seruan 'no panties' yang menasihatkan kepada para kekasih yang bercendana untuk memudahkan mereka melakukan kegiatan yang tidak bermoral ini.

Hasilnya, tidak cukup dengan pembuangan bayi, minggu lalu dihebahkan cerita mengenai ibubapa prihatin yang membuang bayi mereka siap sekali diletakkan ubat serangga untuk keslamatan anak mereka dibimbangi diserang serangga.

Semalam pula dihebahkan kes pertama yang cuba membunuh anak malang itu dengan membakarnya di tong sampah. Apa telah terjadi sebenarnya? Mengapa tiada kempen mencegah lebih baik daripada mengubat? Ada yang mencadangkan supaya gambar anak-anak terbuang diletakkan pada kawasan-kawasan tumpuan remaja yang duduk berkhalwat. tetapi benarkah kempen itu membantu?

Tidak sama sekali, ini kerana pasangan tersebut belum lagi mendapat bayi tersebut dan mereka tidak nampak apakah kempen itu ditujukan untuk mereka, sebaliknya pelbagai alasan akan digunakan untuk mengizinkan mereka melakukan zina tersebut seperti penggunaan kondom dan sebagainya. Sedangkan gambar-gambar tersebut sepatutnya diletakkan di tong-tong sampah dan kawasan kebiasaan kerana disitulah kawasan pembuangan bayi dilakukan.


Jika Sampai Berlakunya Papan Tanda Ini Ditampal Bererti Malaysia Hanya Perlu Menunggu Bala Yang Dahsyat.

Kini anak yang dilahirkan dibuang sana-sini sekaligus memperlihatkan manusia sudah tiada bezanya dengan binatang. Ironinya jika perkara penzinaan ini tidak dicegah dari awal maka banyaklah kelahiran anak luar nikah yang terbiar dan akan membuatkan kepusuan manusia terbiar sana-sini dan meminta-minta berikutan mereka tidak dijaga.

Mungkin kita tidak nampak apa yang cuba dikatakan kerana anak-anak luar nikah ini dijaga di pusat-pusat penjagaan, tetapi yakinlah suatu hari nanti jika keadaan ini berlarutan sehingga pusat jagaan dipenuhi dengan golongan ini maka tentu sekali akan ada yang terlepas dijalanan dan cuba kita bayangkan pada waktu itu nanti manusia akan kelihatan terbiar dijalanan sama sepeti kucing, anjing dan binatang-binatang lain.

Itulah antara hikmah mengapa Islam mengharamkan umatnya untuk melakukan pengzinaan ini, selain itu antara hikmah pengharaman zina ini ialah untuk memelihara zuriat supaya tidak tercampur hubungan. Mana tidaknya, sejak kecil jika anak-anak luar nikah ini dijaga dipusat asuhan maka tidak mustahil apabila besar nanti bertemu dengan jejaka dan gadis yang rupa-rupanya adalah hasil hubungan zina mereka dahulu dan berlakulah perkahwinan adik-beradik, ibubapa dengan anak dan sebagainya.

WaAllahu a'alam.

Makin kerap berlaku Isu-isu Baru.

Perkembangan isu terbaru Negara hampir banyak yang berlaku dari semasa ke semasa. Tidak sempat pun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu isu telah pun muncul sesuatu isu yang lain sekaligus membenamkan beberapa isu terdahulu daripada pemerhatian masyarakat.

Pendek kata, bagi mereka yang tidak cakna dengan keadaan semasa pasti akan ketinggalan daripada isu-isu yang ada kalanya dilihat perlu diketahui agar mudah memahami hikmah disebalik beberapa kejadian. Maka bermula dari hari ini, ramailah yang berubah angin yang mana dahulunya membaca surat khabar dan menonton berita, dua ke tiga kali seminggu bertukar kepada tiap-tiap hari melainkan bagi mereka yang memang tidak peduli dengan apapun yang berlaku.

Mungkin ramai yang lupa apa cerita kepada saudari Kartika kita yang masih tidak lagi dilaksanakan hukuman berikutan pengakuan beliau dalam kes minum arak di Cherating. Kes itu dilihat ditingalkan begitu jauh sekali sehingga apabila ditanya mengenai perkembangan isu ini kepada masyarakat umum spontan mereka berkata ”iye tak ye, apa cerita dengan Kartika tu ye?” atau pun begini ”lah, tak selesai lagi ke kes tu?”.

Kes itu dilihat memberi tekanan kepada Kartika sehingga menyebabkan berlakunya pergolakan rumah tangga beliau, tetapi hakikat itu ada, memang perkara itu belum pun selesai muncul pula isu-isu terkini yang berlaku dalam sekelip mata. Seperti biasa pengaruh media pula pasti akan meneruskan khabaran mereka mengenai isu-isu terkini, supaya rating penonton mereka terus setia bersama mereka dan pencapaian yang bagus sekiranya penonton bertambah.

Isu ini akan tenggelam satu demi satu, tidak bertahan lama di media perdana, mungkin paling lama adalah 3-4 hari, selepas itu terus tenggelam digantikan dengan isu-isu baru. Maka daripada itu bermulalah sebuah habit kepada masyarakat Malaysia iaitu sekadar mengambil tahu dan tidak mengambil berat.

Mungkin tidak kesemuanya sebegitu, tetapi jumlah mereka yang mengambil berat itu terlalu sedikit, bukannya mereka tidak mahu, tetapi kerana sumber berita berkaitan tidak lagi kelihatan, yang ada hanya isu-isu baru.

Persoalannya ialah bilakah isu itu akan diketahui akan perkembangan yang terbarunya? Jawapannya mudah sahaja, iaitu pada waktu ceramah-ceramah politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...