Advanced Search

Custom Search

Followers

Salam Ma'al Hijrah 1431H

Salam rahmat dan lindungan dari Allah kepada anda hendaknya. Lama sungguh tidak mengisi artikel-artikel baru kerana tidak diizinkan atas kesibukan diri. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada pengunjung blog sekalian. InsyaAllah sekiranya berkesempatan saya akan berkongsikan pengalaman dan cerita mengenai 'Hijrah dalam penentuan Azam dan Istiqomahnya'.

Pada kali ini saya pinjam artikel dari akhi saya yang difikirkan elok dikongsikan bersama. Bertemu kita pada artikel akan datang InsyaAllah. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Amin.

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah
(Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. : dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.

Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Doa Awal Tahun :

dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan." Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Peristiwa-peristiwa Penting

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan-amaln Sunat Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa.

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X 4.

Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Kisah Hijrah:

RASULULLAH SAW berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda.

Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).

Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq ra dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib kwj. Baginda memberitahunya:

"Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah."

Ali kwj tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah SAW walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda.

Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali kwj dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah SAW keluar dari rumah itu. Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr ra, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya.

Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish.

Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira.

Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah SAW menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah.

Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

kredit : http://haqqani-ikhwan.blogspot.com/

Perunding dan Fasilitator

Apa yang menyeronokkan bagi kanak-kanak? Ya betul, cuti sekolah akan tiba lagi, pelbagai aktiviti telah diatur oleh para ibubapa dan anak-anak untuk mengisi masa cuti dengan perkara yang dapat memberikan manfaat dan faedah 100%. Tetapi buat masa ini guru dan pelajar sibuk mengadakan jamuan akhir tahun sebagai tanda perpisahan sementara dan buat mereka yang akan meningkat dewasa.

Bagi adik-adik Idola Kecil rancangan realiti tv9, mereka telah mempunyai aktiviti untuk diisi pada cuti sekolah ini. Andai tidak menjadi juara pun, mereka tetap sibuk dengan panggilan sana-sini yang menjemput mereka untuk mengadakan persembahan pentas di majlis-majlis tertentu.

Bagaimana dengan adik-adik yang lain? mereka yang berkemampuan mungkin akan cuti-cuti Malaysia dan bagi ibubapa yang standard-standard pasti akan membawa anak-anak mereka ke luar negara, almaklumlah untuk merasai musim sejuk. Sebenarnya, walaupun ramai dikalangan adik-adik yang menghabiskan masa di rumah, mereka masih boleh mengisi kekosongan tersebut dengan perkara yang befaedah seperti mengemas rumah, merapat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, rakan-rakan serta yang berkaitan.

Seperti yang diketahui ramai, cuti sekolah merupakan masa yang terbaik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, ruang dan masa yang ada terlalu banyak sehinggakan memenuhi keperluan 24jam sehari jika ingin dibandingkan dengan waktu persekolahan yang banyak dihabiskan ruang dan peluang bersama rakan-rakan dan guru-guru. Ia lebih dirasai bagi pelajar-pelajar yang mempunyai dua sesi persekolahan pagi dan petang. Kepada ibubapa jangan OT banyak-banyak sangat, pastikan dihujung minggu tidak bekerja.

Bagaimana pula dengan anak-anak yang akan ke program-program motivasi, perkhemahan Ibadah, atau perkhemahan aktiviti lasak? Inilah yang saya ingin fokuskan dalam penulisan kali ini.

Bagi sesetengah syarikat perunding, cuti sekolah merupakan lubuk emas bagi mereka, berebut-rebut untuk mendapatkan projek program di sana-sini. Modul-modul telah siap tersedia sekian lama, menunggu waktu untuk diperlihatkan sahaja kehebatannya.

Namun, keikhlasan badan perunding kini dikatakan diragui bukan sahaja oleh penawar-penawar projek malah turut dirasai oleh sesetengah masyarakat dan inilah yang kita bimbangkan.

Maaf berkata, tetapi hakikat bagi sesetengah syarikat perunding yang menguruskan projek sekadar sambil lewa melepaskan batok ditangga. Menagih projek tanpa rasa tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Badan Perunding bukanlah sekadar perniagaan semata-mata, tetapi ia merupakan amanah dan dakwah yang perlu dimiliki dan dipikul oleh setiap insan.

Dalam konsep perniagaan sekalipun kepuasan pelanggan adalah keutamaan, input yang diberi mesti tercapai maksudnya, bagaimana ia boleh dikatakan berkesan dan tercapai pada maksudnya?

Ia dapat dilihat dari aspek pemilihan jurulatih, fasilitator, trainer dan merupakan satu kelebihan kepada badan perunding yang mempunyai kepakaran tertentu. Mari sama-sama lihat dalam-dalam akan diri (muhasabah), lihat kembali apa yang kurang pada diri agar apa yang ingin disampaikan benar-benar berkesan, dan yang utama ialah CAKAP TU KENALAH SERUPA BIKIN. Habis cakap di program-program perunding sendiri tidak melakukan apa yang dikatakan, jadi bagaimanakah yang dikatakan rasa hormat dan kepercayaan dari peserta itu dipelihara (siqoh)?

Ikhlaslah wahai badan perunding, apa yang ingin dikatakan ini sekadar untuk sama-sama ingat-mengingatkan (tazkirah) sesama sendiri supaya masyarakat tidak memandang serong kepada golongan perunding-perunding di Malaysia amnya, agar kepercayaan masyarakat terhadap badan perunding lebih dihormati dan dipercayai dan agar urusan dakwah berjalan sejajar dengan suruhan tuhan.

Tidak perlulah untuk dihurai panjang kerana 'andakan seorang perunding', Maaf jika terdapat kekasaran bahasa, janganlah terasa jika anda tidak melakukannya.

Tahukah anda, gelaran perunding bukannya hak mutlak sesebuah badan perunding tetapi sebaliknya ia dimiliki oleh semua manusia. Cuma ilmu yang membezakan antara kita.

Seorang suami merupakan perunding kepada isterinya,
Ibubapa merupakan perunding kepada anak-anaknya,
Guru-guru merupakan perunding kepada anak muridnya,
Boss merupakan perunding kepada pekerjanya,
Rakan-rakan merupakan perunding kepada rakan-rakan yang lain,
Sudara-mara merupakan perunding kepada saudara-mara yang lain,
dan sebagainya.

(N1: Karangan penulis berdasarkan pengalaman sepanjang berkecimpung dan bekerja dengan pelbagai badan-badan perunding.
N2: Penulis belum ada rezeki untuk memiliki badan perunding, konsep syarikat, pengkatalogan dan 'branding' masih di dalam pencarian ilham, doa-doakan (",)

Jawapan Kami!



Kewujudan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang kini menjadi bualan hangat, tidak kira di dalam mahupun di luar kampus sedikit sebanyak mengelirukan segelintir mahasiswa. Ada menyokong, dan ada yang membantah. Ada yang mengatakan ia badan yang ditubuhkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Antara sebab kenyataan tersebut dikeluarkan adalah melihat keterlibatan Timbalan Presiden MPM saudara Akram Ikrami Taib Azamudden dalam gerakan ini. Pelbagai andaian dibuat, dan sememangnya MPM KUIS tidak terlibat dalam gerakan ini. Keterlibatan Timbalan Presiden MPM adalah merupakan satu tindakan yang bersifat individu tanpa mengaitkan dengan mana-mana pihak. Tetapi mengapa beliau berbuat demikian?

Walaupun saya tidak lagi menerajui badan tertinggi tersebut, sememangnya saya amat berterima kasih kepada beberapa orang mahasiswa yang sering memberikan maklumat tentang isu politik di kampus. Dan yang terbaru ini adalah berkenaan GMS yang sering disebut-sebut sebagai pejuang kebajikan mahasiswa.

Puluhan blog sudah saya layari, dan melihatkan ada memberi hujahan tanpa fakta, dan ada yang bersifat melulu beremosi mungkin. Berita Harian dan TV3 turut tidak terlepas daripada membuat ulasan dalam kejadian demonstrasi yang dilakukan GMS. Gerakan ini telah memainkan isu harga yuran yang semakin meningkat. Dan meminta pihak pengurusan KUIS mempertimbangkan supaya ia dapat diturunkan.

Soal penurunan harga yuran KUIS kepada berapa peratus? Saya kurang pasti. Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mempunyai fakta. Saya juga tidak mengetahui kandungan memorandum yang diserahkan kepada Dato’ Rektor. Saya percaya GMS telah melakukan satu tindakan drastik yang menyebabkan pengurusan tidak senang duduk.




Persoalan ; Mengapakah Timbalan Presiden MPM terlibat dengan GMS ?

Jika ditanya kepada saya, mengapa perlu dipersoalkan keterlibatan saudara Akram Ikrami. Bukankah saya sudah meletakkan ia bersifat individu?

Semasa saya memegang tampuk kepimpinan MPM 07/08 bersama pimpinan Mohd Rasyidi Ali, Mohd Ariff Abd Sarip dan lain-lain lagi terdapat beberapa isu yang dapat ditimbulkan. Kalau ada sesiapa masih ingat lagi satu edaran risalah telah dilakukan pada sekitar bulan Jun 2008. Antara kandungan adalah harga yuran yang semakin mahal. Isu tersebut telah mendapat respon daripada pihak KOSMO sehingga kami dipanggil oleh pihak pengurusan.

Setelah membuat perbincangan secara tertutup bersama Timbalan Rektor dan JPM dan akhirnya sebulat suara membentuk satu jawatankuasa yang dinamakan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS (MUAFAKAT). Suka saya bertanya, sejauh manakah mahasiswa KUIS sedar kewujudan MUAFAKAT ini? Persoalan ini saya fokuskan kepada ahli GMS terutamanya. Kerana ia dilakukan bukanlah secara berdemonstrasi tetapi secara rundingan. Saya kurang pasti adakah MUAFAKAT ini masih diteruskan? Itu kena tanya pada Presiden MPM KUIS 08/09.

MPM KUIS 07/08 telah menghadiri persidangan MUAFAKAT sebanyak dua kali iaitu pada 25 Julai 2009 dan 29 Ogos 2009. Persidangan ini diadakan di Banquet Hall First Cafe dan Bilik Galeri KUIS. Dan untuk makluman, persidangan ini bukanlah hanya dihadiri oleh Timbalan Rektor sahaja tetapi oleh semua pihak pengurusan.

Antaranya Timbalan Rektor, Pegawai Khas Rektor, Timbalan-timbalan Dekan Fakulti, Pengurus-pengurus Jabatan, dan Dekan JPM. Jika dilihat ia dihadiri hanpir 99% pengurusan tertinggi di KUIS. Pihak MPM KUIS 07/08 telah membuat satu dokumen resolusi yang mengandui beberapa usul. Antaranya aduan mahasiswa tentang kenaikan yuran, kadar caj elektrik yang terlalu mahal, kadar yuran asrama yang terlalu membebankan dan lain-lain lagi.

Pembentangan usul ini dilakukan oleh Presiden MPM KUIS 07/08 Mohd Rasyidi Ali pada 25 Julai 2008. Dan untuk makluman juga, sebelum pembentangan usul dilakukan, pihak MPM KUIS 07/08 telah mengadakan persidangan khas bersama Majlis Perwakilan Qaryah bertujuan menyemak semula isu-isu yang perlu dimasukkan ke dalam dokumen rasmi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.

Ingin saya petik daripada keratan akhbar tentang kenyataan Presiden GMS Ahmad Syafiq Akmal.

“Kami harap kolej mempertimbangkan menurunkan yuran bagi pengajian diploma sehingga 15% manakala pengajian sarjana muda 10 peratus”


Ahmad Syafiq mendakwa bantahan diadakan selepas rundingan yang diadakan pengurusan kolej sejak 2006 menemui jalan buntu.

Saya betul-betul terkejut dengan kenyataan tersebut. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Namun kenyataan tersebut secara jelas dan nyata bertentangan dengan fakta berdasarkan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2009.

Usul pihak MPM KUIS 07/08 pada 25 Julai 2009 berkenaan kenaikan yuran telah dibahaskan. Pihak Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor Ustaz Mohd Khairi Bin Hj Husin bersetuju membawa usul ini di bawa pula ke mesyuarat khas bersama pengurusan tertinggi.

Pada 11 Ogos 2009, Pihak MPM KUIS 07/08 telah dimaklumkan bahawa usul kami telah diluluskan. Namun sedikit syarat dikenakan iaitu penurunan yuran pengajian berlaku kepada pelajar yang mendapat GPA 2.70 ke atas sehingga mencapai 15%. Kenyataan saya ini berdasarkan bukti dokumen rasmi Resolusi MPM KUIS 07/08 dan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2009.
Persoalan ; Mengapa GMS ditubuhkan sedangkan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS telah wujud?

Dijelaskan di sini, ahli jawatankuasa MUAFAKAT bukan hanya terdiri daripada MPM sahaja, malah ia termasuk kepada pihak pengurusan tertinggi dan pimpinan Majlis Perwakilan Qaryah (Kolej Kediaman). Dan kenyataan saya bukanlah bersifat mengaibkan sesetengah individu. Namun sepanjang proses perbahasan, jika ada di antara kami mahupun pihak pengurusan yang bersifat sambil lewa sudah pasti dimarahi.

Saya masih ingat lagi ada satu jabatan yang gagal menyiapkan suatu dokumen untuk dibentangkan kepada majlis MUAFAKAT. Akhirnya beliau dimarahi oleh pengurusan tertinggi di hadapan kami. Sedikit terkejut, namun itulah realiti sebenar yang pernah dilalui.

Setakat ini, saya masih tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Timbalan Presiden MPM KUIS 08/09 Saudara Akram Ikrami berhubung perkara ini. Saya tidak mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, namun mengapa beliau menyokong tindakan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS).




Bukankah MPM KUIS selaku badan tertinggi mempunyai saluran yang betul? Mungkin ada di antara kita yang ‘malas’ mahu berurusan dengan pihak atasan atas alasan ia sekadar melepaskan batuk ditangga. Itulah yang perlu kita hadapi, karenah birokrasi sesuatu jabatan memang sentiasa berlaku sama ada di badan kerajaan mahupun bukan bukan kerajaan.

Tindakan GMS membuat demonstrasi telah menyebabkan KUIS mendapat liputan meluas termasuk akhbar dan stesen TV3. Kesan daripada itu, saya telah dimaklumkan ramai pelajar telah menghadapi kesukaran mendapatkan tempat latihan praktikal. Dan tidak cukup itu lagi, permohonan mereka terus ditolak. Lantaran itu, saya difahamkan ada beberapa mahasiswa mula kecewa dengan tindakan GMS berhubung dengan perkara ini.

Saya mohon kepada sesiapa datangkan kepada saya “statement” yuran pengajian bagi IPTS di Malaysia. Terima kasih.

*Kenyataan saya berdasarkan fakta dan tidak menyokong mana-mana pihak.

Sekian.
http://myikhtiar.com
(sumber:blog ikhtiaruddin mantan NP1 MPM 07/08)

SIAPA YANG PERLU SEDAR?

Gerakan Mahasiswa Sedar sudah cukup membusukkan nama pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan gerakan yang tidak mencerminkan sebarang bentuk peribadi seorang muslim, lebih mengecewakan lagi apabila ianya dikatakan di ketuai oleh PELAJAR daripada AKADEMI ISLAM.

Sengaja untuk penulis tidak menggelarkan MAHASISWA kerana perilaku tersebut langsung tidak mencerminkan budaya seorang mahasiswa.

Sungguh memalukan seluruh warga Akademi Islam, apatah lagi penulis merupakan bekas mahasiswa di akademi tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam.

Bukan salah KUIS kerana menukarkan nama Fakulti itu kepada Akademi, hilangnya perkataan PERADABAN tidak membawa sebarang perbezaan bentuk dan isi pengajian. Entahlah di mana silapnya, ADAB itu gagal dibentuk kerana segelintirnya hanya mahukan segulung sijil hutang PTPTN tanpa niat langsung untuk mendapat lebih dari itu.

Mengharapkan redha daripada Allah Taala? Bagaimana dengan berkat seorang guru?

Ya benar semua ilmu di dunia ini adalah ilmu Allah, tetapi jangan lupa perantaranya adalah para guru, mengapa begitu biadap terhadap guru-guru, tidak perlulah mempertikaikan sumber gaji mereka, terdapat beratus-ratus pensyarah yang mahir selok-belok Ilmu Agama Islam di KUIS, jika benar sumbernya tidak halal mereka yang akan tanggung di akhirat. Ilmu mereka jauh lebih tinggi daripada pelajar sekalian.

Demonstrasi bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah, ia hanya menimbulkan fitnah yang lebih besar lagi, kepada KUIS, Para Pensyarah, Pelajarnya juga tidak terkecuali. Di mana profesionalisme pelajar sekalian?

Sebarang ketidakpuasan hati sepatutnya disuarakan secara berhikmah dan mengikut prosedur, mulakan dengan perbincangan, diikuti dengan memorandum bantahan, demonstrasi merupakan jalan yang terakhir. Namun begitu, usaha untuk tidak menggunakan cara yang ketiga ini perlu agar tiada sebarang suasana pengajian yang tidak menyenangkan timbul di KUIS dan apa yang penting adalah pastikan pegawai yang berurusan adalah pegawai yang berkaitan. Jika selama ini hanya berbincang dengan kakak yang jaga kaunter di pejabat bendahari? Sampai kiamat belum tentu harga yuran akan turun.

Baik, jika pelajar mengatakan demonstrasi adalah jalan yang terbaik. Cuba lihat sekarang! Apakah hasil yang dapat di perolehi dari tindakan melulu tersebut? Sudah turun atau tidak harga yuran pelajar?

Berfikirlah menggunakan akal fikiran yang waras, jangan terlalu mengikut telunjuk hati dan nafsu yang tidak bijaksana dalam tindakan. Penulis yakin, Gerakan ini telah dipengaruhi oleh seseorang individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan mungkin kepentingan yang lain.

Penulis kenal benar selok-belok politik di Kampus Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Janganlah memalukan diri sendiri hanya kerana desakan tertentu, jadilah Mahasiswa yang bijak dalam mencaturkan pengajian dan kehidupan. Pilihan ditangan anda.

MAHASISWA atau PELAJAR?


#Kesan yang sebaliknya (sumber dari Mdm Hajja Jazhany)

1. Menjatuhkan reputasi pelajar KUIS kerana semua pelajar praktikal KUIS di 'REJECT' oleh syarikat berkaitan serta merta kerana dianggap sukakan pemberontakkan.

2. Memutar belitkan fakta dan fatwa dengan mendakwa tugu air pancut dikatakan berhala.

3. Memandang rendah pendapat pensyarah.

4. Perbandingan yang tidak masuk akal kerana membandingkan yuran KUIS dengan IPT Awam yang mendapat subsidi kerajaan.

Salam Ibadah Haji

Selamat menunaikan Haji kepada seluruh umat Islam dunia khususnya kepada Rakyat Malaysia supaya sekembalinya kalian membawa sedikit sebanyak rahmat dan doa ke Negara Malaysia agar sentiasa dilindungi Allah hendaknya... Amin...

...penganalisis minda...

Salam Eidul Fitri 1430H/2009M

Yang pergi pasti akan pergi,
kerelaan jua yang harus diberi...
Ramadhan Al-Mubarak tidak menanti,
datangnya pergi silih berganti...

Kini Syawal pula dirai,
menanti kedatangannya berseri,
kemenangan yang membawa erti,
takbir dibibir membawa ke hati...

Salam Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini khususnya Malaysia, serta kepada mereka yang mengenali diri...
Maaf di pohon atas segala kekurangan dan kekasaran bahasa, terlanjur kata, terguris bicara, ...

Ariff Sarip & Keluarga...

Terkelu lidah tidak bertulang, terbisu bahasa tidak terbilang.

Salam hormat, salam harmoni dan salam perpaduan 1Malaysia. Sekali lagi saya sering ketinggalan untuk menyampaikan pandangan, kerana kekangan masa saya tidak sempat mengarang serungkai kata mengikut keadaan dan ketepatan masa. Peduli apa, biarpun isu PPSMI kini agak hangit kerana Malaysia kini yang terlalu ghairah mengejar perpaduan dengan 1Malaysia, kerajaan perpaduan, royalti minyak negeri, kerjasama UMNO-PAS dan juga perhimpunan GMI, pada saya ia perlu dihangitkan lagi dan isu pendidikan tetap yang utama kerana pendidikan dan pembelajaran itu merupakan roh kepada sesebuah ketamadunan manusia.


Berbalik kepada pengumumam kabinet yang memutuskan untuk tidak meneruskan dasar PPSMI, saya memikirkan 2 perkara.


1. PPSMI vs 1Malaysia.

Saya berpendapat awal bahawa PPSMI merupakan penghalang utama kepada dasar baru kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia. Pernah dengar kecelaruan dalam istilah bahasa kebangsaan yang diajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia? Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Kita ketahui bahawa 9 cabaran dalam menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah negara maju dan yang utama adalah perpaduan rakyatnya. Semua juga maklum bahawa bahasa umum yang kita gunakan adalah milik orang melayu dan dikenali sebagai bahasa melayu, namun niat baik sesetengah pemimpin pula cuba untuk memartabatkannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara Malaysia dengan harapan ia dapat digunakan untuk membentuk perpaduan.


Namun begitu, bagaimanakah bahasa ini boleh dikatakan berfungsi pada hasratnya sekiranya Malaysia tidak menggunakan lagi bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama, apakah najib cuba mengatakan bahawa PPSMI ini terlalu berkesan sehingga takut rakyat Malaysia khususnya di kawasan bandar akan mengurangkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama? Maka di situ apakah mungkin akan menyebabkan perpaduan kaum dikatakan kurang berjaya kerana tidak menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan? Saya tidak fikir pemansuhan ini merupakan satu keputusan politik untuk menagih undi rakyat di Manek Urai ataupun pihak tertentu merasakan demonstrasi pemansuhan PPSMI itu berjaya dengan keputusan kerajaan untuk menghentikannya. Apa yang pasti kebenaran itu terbukti bahawa perpaduan itu hanya terbentuk cantik dengan penggunaan bahasa yang diketahui oleh rakyat Malaysia iaitu bahasa melayu.


Sebab itu saya memikirkan bahawa dasar PPSMI ini sebenarnya kontra dan tidak terdapat sebarang titik persamaan dengan dasar 1Malaysia. Bukan kerana masalah pembelajaran semata-mata, tetapi desakan pemansuhan yang melibatkan golongan cerdik pandai serta guru-guru yang masing-masing merupakan kakitangan kerajaan mampu untuk menggugat perpaduan dan keamanan Negara Malaysia.


2. Melayu masih ditakuk lama.

Begitupun saya tidak menolak punca ia dimansuhkan akibat daripada kelemahan sistem pembelajaran PPSMI ini di luar bandar, kemahiran guru juga adalah terhad (maaf tetapi ini hakikat), guru mampu untuk mengajar mengikut silibus, namun tidak mampu untuk menghurai panjang (menggunakan ayat sendiri) pada sesebuah topik. (Melainkan guru itu memang berada pada bidangnya iaitu guru bahasa inggeris)


Jika tidak silap saya pada isu pembukaan kuota UiTM kepada bukan melayu menjadi satu isu besar malah ada yang mengambil kesempatan membuat provokasi kepada kerajaan pembangkang Negeri Selangor supaya tidak menyentuh isu perkauman, Tun Dr. Mahathir pula mengeluarkan kenyataan bahawa melayu belum bersedia untuk bersaing.


Begitu jugalah yang saya lihat di kacamata PPSMI yang mana melayu masih belum mampu untuk menerima revolusi pendidikan secara glokal. Kajian yang menunjukkan kelemahan masih pada sekolah-sekolah melayu dan rata-rata adalah orang melayu ataupun penduduk bumi di Malaysia.


Amat memalukan, apa sahaja pembaharuan yang cuba di bawa melayu tetap yang terkial-kial mencari penyelesaian. Apa yang dikecewakan bukannya penyelesaian untuk membantu bersama memajukan anak-anak, tetapi mencari penyelesaian untuk memansuhkan pula.


Benarlah seperti tajuk penulisan ini, memang saya terkelu seribu bahasa.


Haaaiiii....... Melayuu.......


Kalau dilihat lagi Kementerian Pelajaran sibuk untuk menghadkan jumlah matapelajaran SPM untuk pelajar-pelajar sekolah menengah kepada 10 matapelajaran sahaja sedangkan pelajar sekolah rendah boleh dikira hampir kepada 19 matapelajaran yang dipelajari tanpa pilihan. Tidak salah jika saya mengatakan dasar pendidikan Kerajaan Malaysia kini cuba memperjudikan nasib anak-anak Malaysia, try and error. Sampai bila?


Suruhanjaya Diraja patut ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan di Malaysia keseluruhannya. Kajian perlu dilakukan sebelum keputusan dibuat, jangan buat keputusan, tidak berkesan, mansuh, buat lain, tidak berkesan, mansuh. Itu macam kambing pun akan lari, anjing pun akan makan tuan.


Sejahtera Malaysia, bangkit umat Islam, utamakan anak-anak Malaysia pewaris pimpinan akan datang. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, pendidikan tunjang ketamadunan.


Maaf atas kekasaran bahasa, memang disengajakan, untuk bacaan umum. Sekian. Saya sudi menerima maklum balas dari anda semua.


(Jutaan kemaafan, penulisan agak terburu-buru kerana saya mengejar masa)

Idea Ke-8

Terima kasih atas maklum balas dan pandangan yang diberikan. Tahniah sekali lagi kepada saudara odeen, awrapurnama, khairul, mohd nasir, muhammad aiman dan saudari suhaila. Saya tidak pasti identiti anda, tetapi saya sentiasa mengharapkan pandangan daripada seorang ahli kajian jiwa. Apakah penulisan saya sebelum ini menunjukkan bahawa saya menyokong PPSMI ini? Mungkin saudara/i semua tidak dapat menyelami apa yang saya fikirkan. Apapun saya ingin meneruskan penulisan saya sebelum isu ini menjadi sejuk pada suatu hari nanti.

Sebenarnya saya melihatkan bahawa hal ini berpunca daripada aspek politik, menteri yang dilantik lahir daripada segerombolan manusia politik, makanya apabila hal ini mendatangkan masalah, secara langsung maruah politik itu dijaga dan diutamakan. Ego manusia, apatah lagi ego politik, mungkin mereka sedar kesilapan mereka, tetapi atas dasar politik mereka mendiamkan sahaja isu ini.

Di Malaysia pula saya melihat bahawa mereka yang ingin menjadi Perdana Menteri hendaklah merupakan individu yang pernah memegang ’post’ sebagai Menteri Pelajaran. Barangkali mereka fikir bahawa Perdana Menteri harus bertanggungjawab terhadap anak-anak bangsa yang dididik dengan cara mereka, tetapi sekiranya ia adalah satu latihan kepimpinan sebelum menaiki takhta Perdana Menteri, saya fikir lebih molek mereka mengembala kambing sekurang-kurangnya setahun.

Tiada jalan lain, Menteri Pelajaran seharusnya dilantik daripada seorang senator di dewan negara yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, sama ada berpangkat professor mahupun doktor falsafah. Bukan niat saya untuk mengecilkan kemampuan para menteri, tetapi mereka ini mempunyai komitmen lain iaitu jawatan di dalam parti.

Lihat sahaja kewujudan pra sekolah, sebuah idea daripada Menteri Pelajaran yang merupakan seorang senator bukan. Akhirnya kanak-kanak yang tidak berkemampuan dapat bersekolah sejak umur mereka 5@6 tahun awalnya.

Saudara odeen memberi contoh angkasawan SMSS yang berjaya ke bulan walaupun mempelajari MT dan SN dalam bahasa melayu. Saya tidak fikir begitu, sebenarnya SMSS berpeluang untuk mempelajari extra English’s class. Di mana? Di rumah beliau. Pertuturan bahasa dalam keluarga sedikit sebanyak membantu kanak-kanak untuk berbahasa. Tidak semua kanak-kanak yang mempunyai peluang seperti SMSS.

Pandangan saudara mohd nasir juga dilihat begitu menarik, membezakan maksud pelajaran dan pendidikan, malah menyeru agar berteraskan kepada agama yang mulia. Sebab itu saya melihat bahawa malangnya pendidikan moral itu diajar kepada murid yang bukan Islam sahaja, sedangkan murid Islam juga harus mempelajarinya. Projek JQAF juga tidak memuatkan nilai-nilai murni.

Akhirnya ibu bapa terpaksa mencari insentif lain untuk menambah nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka kerana bukan semua kanak-kanak berpeluang mengikuti kelas pengajian Islam di KAFA@SRA, bahkan jika ada program anjuran berbentuk Islamik seperti perkhemahan ibadah juga tidak ramai ibu bapa yang dapat menyediakan anak-anak mereka ke sana, kerana kekangan wang ringgit.

Ironinya, saya melihatkan bahawa isu pendidikan dan pembelajaran adalah tanggungjawab bersama. Pendidikan itu harus diberi secara langsung oleh guru-guru dan yang utama adalah ibu bapa. Mungkin di sekolah ditekankan pembelajaran, tetapi sewaktu belajar itu wujudnya suasana pendidikan, kerana tanpa pendidikan anak-anak tidak mungkin dapat belajar.

Sekiranya berkesempatan saya akan mengulas lanjut isu keruntuhan akhlak kini yang semakin menjahanamkan remaja. Cuma penulisan kali ini fokus saya adalah PPSMI. Saya menyarankan agar PPSMI ini diteruskan tetapi diubah sedikit dari aspek perlaksanaan dan modul pembelajaran, bagaimana? Bergantung kepada kepakaran Menteri Pelajaran yang berpengalaman dalam bidang ini. Tidak sabar rasanya menantikan seorang Menteri Pelajaran yang baru.

PPSMI; Saya Menyalahkan Pelaksana

Salam hormat…


Apabila menyentuh isu PPSMI ada segelintir yang tidak berani untuk menyuarakan kebenaran akibat daripada sesetengah pihak yang telah mempolitikkan keadaan. Apa yang saya harapkan ialah jangan meletakkan saya pada mana-mana parti politik selepas anda membaca pandangan saya ini. Ini kerana saya merupakan dikalangan mereka yang berkecuali dan saya adalah Parti Islam se-Dunia.


Melihat dari kacamata masa hadapan, PPSMI secara ikhlas saya mengatakan bakal membawa satu revolusi yang besar kepada sistem pendidikan Negara Malaysia melihatkan kepada saingan dunia kini. Malaysia juga mungkin bakal menjadi antara negara yang mempunyai pelajar yang semakin tinggi taraf pembelajarannya. Jika projek PPSMI ini berjaya mencapai sasarannya saya yakin dalam tempoh 15 tahun level-level universiti sudah boleh di ajar di sekolah menengah dan level-level sekolah menengah boleh diajar di sekolah rendah begitulah seterusnya.


Saya tahu, penelitian saya terhadap rakan-rakan yang merupakan guru dalam projek ini masing-masing meluahkan kesukaran yang amat sekali, sama ada untuk memberi faham, termasuklah murid-murid yang sukar untuk memahami.


Cuma kadang-kadang saya agak sukar untuk menerima alasan daripada organisasi atau pertubuhan yang membantah. Perlindungan bahasa, kesucian bangsa menjadi pertikaian kepada isu ini. Saya ada melihat beberapa sepanduk sepanjang kempen membantah diadakan ‘jangan membunuh bahasa ibunda’.


Saya kurang pasti akan maksud sepanduk tersebut, apakah hanya mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Inggeris cukup mudah untuk membunuh bahasa ibunda kita? Kita tidak disuruh untuk bersajak atau deklamasikan syair dalam bahasa Inggeris, ini bererti bahawa bahasa kita masih terlindung. Cuma alasan bantahan masih boleh diterima sekiranya saman dibuat di bawah perlembagaan yang melindungi bahsa melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Ramai juga yang berpendapat bahawa kita mampu untuk maju seperti bangsa-bangsa yang menggunakan bahasa mereka sebagai pengantar pembelajaran. Benar, saya akuinya. Tapi cuba kita lihat dengan lebih mendalam perbezaan diantara bahasa melayu dan bahasa-bahasa bangsa lain yang dikatakan mampu untuk maju. Saya bagi contoh bahasa Jepun, Korea, Jerman, Russia, Itali, Perancis dan China. Selain daripada keistimewaan bahasa mereka, mereka turut mempunyai alphabet yang tersendiri. China sebagai contoh yang mana alphabet mereka dipenuhi dengan kesenian alam semulajadi. Russia walaupun menggunakan alphabet A,B,C namun mereka juga ada menggunakan alphabet * dalam sebutan mereka.


Ada juga sesebuah bangsa yang mempunyai bahasa dan alphabet yang tersendiri namun tidak mampu untuk maju. (Tidak perlu untuk disenaraikan di sini kerana ia dianggap satu isu sensitif, mereka adalah golongan minoriti)


Sebenarnya keistimewaan bahasa melayu semakin hari semakin berkurangan. Bahasa melayu bukan sahaja dicedok daripada bahasa-bahasa arab malah penggunaan bahasa melayu moden banyak yang diadaptasi daripada perkataan-perkataan Ingeris yang rata-rata dicedok juga daripada bahasa perancis dan sunskrit.


Keaslian bahasa melayu klasik mungkin tidak kekal lama, masih segar diingatan saya sewaktu zaman kanak-kanak dahulu yang mana setiap kali saya pulang ke kampung saya akan mengalami masalah berbahasa dengan orang tua-tua di sana, atuk, nenek, peniaga-peniaga. Boleh dikatakan mereka menggunakan bahasa melayu klasik. Banyak benda yang sukar untuk saya fahami. Mengapa mengekalkan penggunaan ini yang tidak dibela oleh pejuang-pejuang bahasa (mohon izin).


Robok, Supik, Bangsal, Sepatu. Mungkin segelintir anak-anak sekarang tidak memahaminya bukan? Apa yang pelik masih ada lagi segelintir anak-anak moden yang tidak dapat membezakan di antara laci, rak dan almari.


Kita juga tidak mempunyai alphabet yang tersendiri, mungkin tulisan jawi itu boleh dianggap sebagai keistimewaan tulisan bahasa melayu, (setahu saya ’tulisan jawi’ itu bermaksud tulisan orang jawa)


Apapun pada saya PPSMI dilihat tidak dilaksanakan dengan begitu serius oleh pihak terlibat. Guru-guru yang bijak membantu mungkin sanggup untuk membuat tuisyen secara ikhlas untuk mengajar subjek ini, masalahnya ialah bukan semuanya yang sanggup. Bagaimana pula dengan masalah para guru yang tidak dilatih?


Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk projek ini, tetapi hasilnya masih tidak memuaskan. Tidak berani untuk saya katakan ada sesetengah pihak yang melesapkan wang tersebut, Kementerian? Pejabat Pendidikan Daerah? atau Consultant yang terlibat untuk melatih guru-guru ini?


Sebenarnya saya melihatkan bahawa Malaysia menghadapi masalah perlaksanaan. Cetusan idea sudah cukup banyak untuk memajukan Malaysia, tetapi perlaksanaannya masih dilihat gagal.


Menggadaikan dua subjek utama semata-mata untuk mengejar satu subjek teras? Saya tidak fikir itu satu langkah bijak. Apakata sekiranya kita melaksanakan projek PPSMI ini pada mana-mana sekolah yang berminat sahaja. Cuba anda semua teka sekolah jenis apa yang paling banyak akan menerima projek ini? (tidak dihuraikan kerana ia juga satu isu sensitif)


Mengapa kita melihat kepada yang negatif sedangkan benda yang positif bakal muncul. Berakit-rakit kehulu, berenang-berenang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


Hakikatnya, semua pihak perlu berganding bahu, jangan kerana politik anak-anak kita bakal menghadapi kesukaran di masa akan datang. Jangan terkejut sekiranya anak-anak ini bakal menyumpah kita pada suatu hari nanti.


Daripada tujuh pilihan hasil daripada rundingan meja bulat oleh Kementerian Pelajaran bersama pakar-pakar pendidikan dalam Malaysia, saya pula ingin mengemukakan idea yang kelapan. Saya akan siarkan dalam penulisan yang akan datang.



Saya sudi untuk menerima maklum balas anda semua.

Cinta atau kekasih?

Perayaan kekasih atau lebih popular dengan nama Valentine's Day yang diloporkan oleh masyarakat yang jahil dengan Spiritual Quotient (SQ) kini bakal menjelma lagi. Teringat penulis ketika zaman menengah dahulu. Hari itu amat ditunggu-tunggu para pelajar yang sibuk bercinta yang mana kebanyakkan mereka adalah golongan yang terlibat dengan proses pengeluaran hormon jantina.

Bagi coklat? Surat cinta? sudah lapuk kesemuanya, perubahan zaman membawa mereka kepada perkara yang lebih dahsyat dan hina. Makan bersama, zina usah dikata, alah bisa nak tegur pun sudah terbiasa.


Apatah lagi dengan filem-filem cinta menarik yang ditayangkan ditelevisyen-televisyen utama yang penuh menggairahkan. Bahkan dengan kemunculan filem hindustan Mohabbatein telah menghangatkan lagi perayaan kekasih di negara yang malang ini.


Cinta itu indah! Memang benar, kita semua mengakuinya. Tetapi siapakah yang mengajar kita bahawa cinta itu bermusim serta mempunyai hari-hari tertentu? Jika benar cinta itu bermusim barangkali kita hanya mendapat udara setahun hanya sekali. Jika benar cinta itu bermusim, mungkin al-Kitab (ayat-ayat) sebagai panduan kehidupan hanya diturunkan setahun sekali dan jika benar cinta itu bermusim, barangkali semua manusia di dunia ini lahir pada bulan ogos dan november sahaja (kiraan 6 dan 9 bulan dalam kandungan ibu).

Sesetangah fakta mengatakan bahawa hari kekasih adalah berkisar daripada seorang pejuang kristian yang sanggup meninggalkan kekasihnya untuk pergi berperang. Bahkan kemenangan tentera kristian dengan pertemuan semula dua kekasih tersebut sebagai sesuatu yang amat mengharukan.

Penulis menemplak hebat cerita dongeng ini. Sehingga kini tiada sebarang bukti yang mendakwa kisah itu adalah benar. Setiap orang yang pergi berperang pasti meninggalkan mereka yang disayangi, tetapi mengapa tarikh dan kisah peperangan ini yang dipilih dan dijadikan alasan bahawa hari itu mesti diingati?

Penulis pernah meninjau perkara ini secara rambang kepada remaja-remaja yang tinggal di bandar, luar bandar, juga dihulu. Mereka juga tidak terlepas daripada menerima tempias ini. Tiada coklat, kulit lembu yang digoreng (keropok kulit) adalah penggantinya. "Asalkan ikhlas", kata mereka. Penulis akui, setiap kali perayaan itu penulis juga akan mendapat pelabagai saiz coklat dan bentuk yang menarik (bongkak sikit je). Segannya mereka mengatakan bahawa itu bukan pemberian sebagai kekasih, tetapi hanya bersempena memperingati hari kekasih.

Lihatlah betapa jahilnya masyarakat sekarang. Jangan kata di Malaysia, dunia juga tidak terkecuali daripada menerima tempias aura busuk ini. Mana mungkin agama mengajar kita sedemikian. Beginilah jadinya apabila dalam diri dan jiwa kita tidak mempunyai motivate SQ yang tinggi. Apabila tuhan tidak dijadikan sebagai SQ, maka Harry Potter lah yang menjadi SQ mereka, santa klaus, benda tahyul dan yang sekeluarga dengannya.

...WaAllahu a'alam...

Cinta dicari bukan kahwin penghujungnya...
Cinta abadi bukan dunia penghujungnya...
Cinta berganda bukan nafsu tujuannya...
Cinta dunia yang hakiki adalah kekasih untuk ditemui sebagai teman peribadi selaku pendidik bestari memberi zuriat yang digemari sebagai penyeri...

'Mosque' is not the translation for word 'Masjid'...



Benarkah perkataan 'mosque' memberi erti kepada perkataan 'masjid'?

Setengah kajian mengatakan ia berasal daripada perkataan French iaitu mosquée, Old French iaitu mousquaie, Old Italian iaitu moschea, moscheta, Old Spanish iaitu mezquita, from Arabic masjid.

Berdasarkan sebuah buku, perkataan 'mosque' ini di ambil daripada perkataan 'mosquito' iaitu daripada bahasa Sepanyol. Ini kerana Raja Ferdinand iaitu Crusades melihat bahawa berkerumun penganut Islam di masjid di ibaratkan seperti berkerumunnya nyamuk-nyamuk.


Fakta ini pernah ditentang oleh setengah pendapat dengan mengatakan bahawa perkataan 'mosque' itu sebenarnya di ambil daripada bahasa Arab iaitu 'masjid'. Tiada makna lain.

Namun sehingga kini tiada fakta yang sohih mengenainya.

Apa yang penting, saya tidak mengiktiraf perkataan 'mosque' ini sebagai terjemahan dalam 'english language' yang membawa maksud 'masjid'.

Bagi saya, masjid tetap masjid, tiada perkataan khas walaupun tempat ibadah agama lain seperti church dan temple itu ada.

Seperti perkataan 'nasi lemak' yang tidak diterjemahkan, mereka mesti mengiktiraf 'masjid' sebagai kata khas bagi rumah ibadat kepada mereka yang beragama Islam.


So, letz go to the Masjid!!!

Jangan Cepat Melatah wahai pemimpin Mega Hydro Ego!!!



Sekalung Tahniah dedikasi buat Nasrul Izad bin Mohd Isa atas perlantikannya melalui keputusan Majlis Syura Pemenang-Pemenang Pilihan Raya Kampus 08/09 sebagai Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia sesi 2008/2009.

Sekali gus menjawab segala bentuk spekulasi sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab berhubungan isu ini.

Hebat benar kuasa MPM ini, masing-masing sibuk melantik diri sebagai penasihat tetuan susunan kabinet MPM yang baru. Bertekan-tubi sana-sini dengan kehangatan dan luahan di blog-blog yang sememangnya menjadi perhatian peminat kegiatan organisasi sebegini.

Saya kurang pasti samada isu sekarang ini ialah isu gila kuasa ataupun isu merebut kuasa daripada orang yang gila.

Para mantan dua insan ini pula tidak habis-habis bertelagah menunjukkan kepandaian hujah masing-masing untuk memenangi HANYA segelintir hati umat KUIS yang cakna pada setiap masa dan ketika.

Mantan yang terkini hanya mengambil pendekatan diam sebagai satu jalan yang terbaik, menyahut seruan Nabi, berdiam apabila kata-kata mampu merosakkan.

Mengapa perlu melatah?

Apa tidak cukupkah kesatuan yang tidak dibina di KUIS ini?, ditambah lagi dengan hirisan luka yang menanti untuk berkudis dan akhirnya bernanah. Bibit-bibit fitnah bakal menjadi satu perkhabaran popular masyarakat kampus. Satu set peruntukan otak yang tidak dapat difikirkan.

MEGA HYDRO EGO!!!

Istilah khas buat mereka yang kuat melatah. Semuanya hanyalah satu keseronokan yang disaluti emosi hanya untuk memperlihatkan kekuatan berbahasa. Andai kata seseorang itu sudah tidak suka pada sesuatu itu, maka sekiranya ia berbau wangi pun akan tetap dibenci. Hatta kalau orang itu mempunyai sifat sukai yang teramat, maka busuknya benda itu pun akan disukai dan digilai.

Hakikatnya, orang ketiga dalam perdebatan ini adalah makhluk yang suatu masa dahulu penuh iman dan tunduk kepada Allah taala dan tidak lagi selepas Adam itu dijadikan.

Barangkali mereka menghantar General mereka, kerana umat manusia yang seorang ini huffaz, yang seorang lagi Al-Hafiz... Padanlah keduanya...

Perkara ini cukup menggeletek orang atasan KUIS yang berdekah-dekah melihat gelagat Mantan yang dibayangkan umpama perlawanan tinju di PSP (Play Station Portable). Sangat kelakar...

Benar, masing-masing berhak bersuara, cuma jangan sumbang sudahlah, dan jangan lari p_???

Persoalannya ialah siapa yang bekerja di bawah siapa?

Mantan adalah masa lampau, dan mereka adalah masa hadapan, acuan tidak boleh di samakan. Biar mereka yang menentukan, mereka kini umpama sebuah keluarga, buruk dan baik itulah mereka. Bukankah keselesaan ditempat kerja merupakan asas profesional dalam gerak-tari pekerjaan?

Mungkin ada baiknya juga kata mantan presiden pada ucapan akhirnya di Majlis Syura tersebut. Bahawa beliau akan terus menasihati apabila di minta, dan akan terus menegur secara hikmah sekiranya terdapat mana-mana perkara yang sumbing.

Ya, memang benar bahawa spekulasi manusia itu berbeza. Sebagai contoh ada yang mengatakan saya ni macho, ada juga yang mengatakan bahawa saya ni kacak je, sekelompok yang lain pula mengatakan saya ni smart. Segelintirnya membantah, sebaliknya mengatakan saya ini hanya handsome. Apapun kata mereka, itu hanya spekulasi bersifat subjektif. Tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang.

Andai benar kita membenci sesuatu, cuba selitkan perasaan sayang.
Andai benar kita terlalu menyintai, jangan lupa pada perasaan benci.
Agar akal kita mampu berfikir dan berkerja dengan penuh hemah.
Agar rasa benci itu tidak bertukar menjadi sayang.
Agar rasa sayang itu tidak bertukar menjadi rasa benci. Percayalah...

Lemah, Lesu, Lembab...



3 L, lemah, lesu dan lembab... Memang kasar jika sifat ini ditujukan khas kepada insan yang bernama manusia. Namun inilah hakikatnya yang dapat dikatakan kepada mahasiswa KUIS yang kian membimbangkan. Melalui perdebatan, perbincangan dan pemerhatian pada forum hujah yang lalu hanya dapat menghasilkan HANYA tiga kalimah ini. Tiada kata-kata yang lebih indah yang terpancul daripada tiga ahli panel tersebut.

Diskusi yang penuh berhemah ini berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang perkara yang tidak diingini pun yang berlaku. Inilah yang kita inginkan, pertengkaran yang dibisingkan untuk kepentingan bersama tanpa sebarang resolusi bersifat peribadi.

Ahli panel dengan sedikit emosi meluahkan sedikit kekesalan dan perasaan hambar terhadap mahasiswa KUIS yang tidak lagi berlumba-lumba untuk bersaing. Apakah puncanya?

Satu persoalan yang tidak dapat dirungkai secara meluas. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh salah seorang ahli panel yang mengatakan bahawa ketiadaan kesatuan yang dinamakan pro aspirasi, mahasiswa mahupun pembangkang menyebabkan mahasiswa KUIS lemah dan lesu.

Bak kata seorang pensyarah, lemah-lembab (asal daripada kalimah lemah-lembut)

Bila diteliti semula, kesatuan itu sebenarnya dapat dicipta melalui pelbagai kaedah, sedangkan 36 persatuan yang wujud di KUIS ini pun tetap tidak dapat memenuhi 19 kerusi PRK yang dipertandingkan. Apakah mereka juga bukan satu kesatuan?

Apa gunanya kesatuan yang ingin terus dibentuk, sedangkan kesatuan yang sedia ada masih gagal mencipta sejarah untuk melahirkan aspirasi yang terbaik. Mahasiswa KUIS harus mengambil berat, mungkin kerana disiplin diri yang gagal dibina terhadap tuhan Rabbul Izzati menjadi sebab utama kepada ketiadaan disiplin para mahasiswa KUIS.

Sibuk bercita-cita untuk graduate atas nama 'U'. Sibuk pula pertikai yuran yang bakal melambung tinggi. Tetapi masih malas nak bergerak dan bertindak...

Come on lah student... Your laziness actually are highest than a peak...

Mungkin juga KUIS ini merupakan sebuah hospital, yang mana IbuBapa yang sudah tidak tahan melihat kerosakan anak mereka maka mereka menghantar ke KUIS untuk dipulihkan. Walhal, hanya yang benar-benar ingin pulih sahaja yang akan pulih...

Katak di bawah gelas...

Mereka nampak apa yang yang terjadi disekeliling mereka, namun tidak mahu untuk bertindak ATAU mereka tahu apa yang terjadi di sekeliling mereka, namun MALAS YANG AMAT untuk bertindak...

KINI LAUNGAN TAKBIR ITU HANYALAH SATU BUDAYA BAGI MASYARAKAT MELAYU YANG BERTUJUAN HANYA UNTUK MENUNJUKKAN KEKUATAN MEREKA. WALHAL...???

Datang Berduyun


Bersempena dengan PRK KUIS kali ke-11 ini, sengaja saya untuk tidak memberi sebarang komen mengenainya kerana melihatkan peluang dan ruang yang diberikan kepada saya untuk menjadi provoker perdebatan antara tiga pimpinan dalam membicarakan mengenai isu semangat, jati diri mahasiswa KUIS, kontroversi, dan segala macam spekulasi pada PRK KUIS kali ini...
Datanglah beramai-ramai...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...