Advanced Search

Custom Search

Followers

Latihan Suara 1,2,3...







Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan Umat Islam

Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu

Rela Berkorban Harta dan Nyawa

Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan

Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman



Azam baru
tekad dan nekad yang baru
berpaksikan kalimah
tiada tuhan melainkan Allah
Muhammad pesuruh Allah
dengan satu prinsip
Be The Best Caliph, One and Only for Allah Ta'ala

Salam Ma'al Hijrah 1430h dari saya
Mohamad Ariff bin Abdul Sarip
Penganalisis Minda
anda

Aura 'Power' Formula Ciptaan Sendiri

Merujuk kepada persoalan adik Hafiz yang bertanyakan mengenai kaedah untuk mengingat subtopik secara mudah. Perbincangan ini sebenarnya tidak akan lari daripada aspek hafalan yang berkaitan minda untuk mengingat sesuatu perkara.

Sebelum kita pergi jauh, abang rasa baik adik Hafiz tahu dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan ingatan kita lemah secara langsung. Hafiz mungkin boleh bertanyakan kepada guru dan ustaz berkaitan formula-formula untuk menguatkan ingatan. Namun sebagai muslim, aspek makanan dan peribadi merupakan unsur utama dalam Social and Intelligent Quotient yang perlu diberi perhatian tinggi. Aspek makanan contohnya seperti kurangkan makanan yang berunsur masam, aspek peribadi pula ialah kurangkan bercakap benda-benda yang merepek dan kurangkan juga bergelak besar. Juga penting bagi seorang lelaki ialah mengelakkan diri daripada kencing secara berdiri dan kencing ke takungan air yang tidak mengalir.

Spiritual Quotient muslim juga sama sekali jangan dilupakan, iaitu solat lima waktu. Andai kata tertinggal, ia mesti di khodo', jangan dibiarkan sahaja.

Kalau Hafiz mampu melakukan, ikutlah kaedah Imam Syafie ketika beliau menuntut ilmu iaitu berwuduk dan solat sunat 2 rakaat sebelum belajar. Adab kepada guru juga jangan dilupa supaya ilmu yang dipelajari itu benar-benar mudah 'masuk' ke dalam dada kita. Walaupun guru itu bukan muslim, adabnya tetap ada.

Namun secara faktanya, otak kita mampu menerima dan menyimpan sesuatu yang dilakukan sebelum kita tidur. Sebab itu sekiranya Hafiz pernah melihat samada adik ataupun saudara-mara yang kecil dalam keadaan menangis dan akhirnya tertidur, maka dapat dilihat disitu bahawa dia akan menangis ketika dia berada dalam keadaan tidur, atau dalam kata mudahnya ialah mengigau tangisan. Tahu kenapa? kerana otak dia telah di 'set' untuk menangis.


Peta Minda yang berwarna-warni juga merupakan salah satu kaedah untuk mudah mengingat.

Maka 'set' kan juga otak kita dengan sesuatu pelajaran sebelum kita tidur. Tidak dinafikan bahawa peta minda, nota ringkas, kaedah abstrak, kaedah akronim dan sebagainya banyak membantu dalam mengingat secara pantas. Namun abang masih mencadangkan kepada Hafiz supaya membaca subtopik tersebut sebelum hafiz tidur, jangan beratkan otak, baca sahaja dan tidak perlu untuk menghafal. Sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Bangun keesokan pagi diwaktu subuh, pastikan hafiz meneguk segelas air suam lalu solat, dan mengaji walaupun sedikit, seperti biasa. (kalau tidak biasa maka biasa-biasakanlah)

Pada ketika itu, sistem hadaman akan mula membuang 'toksik' yang semalam (buang air besar), dan Hafiz akan dapat rasakan yang otak sedikit ringan selepas pembuangan 'toksik' tersebut. Maka sesuailah pada ketika itu untuk Hafiz berwuduk, membaca dan cuba untuk mengingat semula apa yang Hafiz baca sebelum tidur tadi. Maka secara langsung subtopik itu akan mula tersimpan dan mudah untuk diingati kerana otak telah menerimanya sebelum tidur lagi. Kaedah ini juga sesuai digunakan para huffaz untuk menghafaz Al-Quran.

Ketika abang dan organisasi persatuan abang mengadakan lawatan berjumpa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, kami ada bertanyakan mengenai rahsia Tun yang popular dengan kaedah fast reading beliau. Apa yang beliau jawab ialah, "tiada yang istimewa dalam kaedah ini, sesuatu perkara yang sering kali kita lakukan secara ulang dan mengulang, maka secara langsung kita akan terbiasa dan sinonim dengan perkara tersebut". Atau erti kata lainnya, formula membaca pantas akan mula tercipta oleh diri sendiri.

Kesimpulannya ialah, Hafiz perlu juga untuk membaca sub-sub topik tersebut secara berulang dan faham dengan apa yang dipelajari. Kerana, kajian yang abang lakukan membuktikan bahawa manusia sebenarnya mempunyai sifat istimewa masing-masing, formula adalah suatu ciptaan yang mesti dicipta oleh diri sendiri kerana situasi kita tidak sama dengan orang lain. Abang yakin, melalui kaedah 'kerap melakukan' maka Hafiz akan menjumpai dan mencipta secara sendiri formula istimewa untuk diri Hafiz.

Mengapa abang mengatakan demikian, kerana ada juga segelintir pelajar yang mudah untuk mengingati sesuatu selepas menunaikan solat zohor, ini kerana otaknya telah pun berehat sebentar dengan tidur selama 15 minit sebelum waktu zohor.

Abang doakan yang terbaik buat Hafiz. Hubungi abang sekiranya abang masih tidak menjawab persoalan hafiz. Remember, Be The Best for Allah. Sampaikan juga salam abang kepada family Hafiz, Wassalam...

Membaca, Melatih, dan Mengulang

Terima kasih daun keladi adik Niza, seorang calon SPM yang berada dalam kebimbangan kerana buku form 4 yang dipulangkan kerana terlibat dengan Skim Pinjaman Buku Teks. So, persoalannya ialah bagaimana hendak 'catch up' silibus form 4?

Abang ada bertanyakan tentang perkara ini kepada seorang guru yang mengajar subjek-subjek SPM, abang juga ada bertanyakan pengalaman rakan-rakan abang ketika mereka mengambil SPM sewaktu zaman mereka.

Mudah sahaja, menurut guru tersebut, sesetengah sekolah bergantung juga kepada kepakaran seorang guru kebiasaanya mereka akan membuat ulangkaji keseluruhan dari form 4 hingga form 5. Ada juga sesetengah subjek yang sesuai untuk diingatkan kembali silibus form 4 ketika sesi pembelajaran berlangsung. Contohnya Subjek Matematik dan sejarah. Silibus subjek ini sering berkaitan dan bersangkut-paut antara form 4 dan form 5. Secara tidak langsung ulangkaji silibus berkenaan telah berlaku.

Buku teks sebenarnya tidak banyak membantu jika Niza hendak mengingat kesemua isi-isi penting dalam masa yang singkat, jika Niza membuat nota sendiri ketika form 4 dahulu, ia akan banyak membantu Niza untuk membuat ulangkaji. Abang nasihatkan supaya Niza lebih memberikan tumpuan kepada silibus form 5, ini kerana silibus form 4 NIza telah pun pelajari dan ia telah pun siap sedia barada di dalam otak, cuma perlu untuk diingatkan kembali sahaja.

Jika hendak diceritakan pengalaman sewaktu abang ambil SPM dahulu, abang lebih banyak membuat latih tubi berbanding membaca semata-mata. Hendak atau tidak, buku latih tubi itu mesti dibeli dan dibuat sampai habis. Tanyakan guru-guru mengenai buku-buku yang mereka syorkan untuk dibeli dan dibaca, kerana mereka lebih mengetahui akan perkara ini. Keluaran DAWAMA ke, atau DBP.

Niza juga digalakkan untuk membeli buku yang siap sedia dengan skema jawapannya sekali. Biar kita ketahui di mana kelemahan kita sewaktu menjawab soalan tersebut. Kadang-kadang mungkin jawapan kita itu betul, cuma tidak kena dengan cara skema yang mereka kehendaki di dalam SPM.

Secara setrotaip dan prototaipnya, buku latih tubi ini banyak membantu, memang benar membaca buku adalah cara untuk cemerlang dalam peperiksaan tetapi Niza tahu atau tidak apakah formula untuk mendapatkan A dalam apa jua matapelajaran terutama A1 dalam peperiksaan SPM?


Formulanya ialah "JAWAPAN YANG TEPAT" ketika menjawab soalan-soalan tersebut.


Katakanlah Niza membaca dari pagi, petang, siang, malam, pendek kata selagi tidak tutup mata, membaca, membaca dan membaca. Cara ini adalah salah sama sekali, Niza perlu membiasakan menjawab persoalan-persoalan SPM dan biasakan juga dengan bentuk-bentuk soalan yang biasa mereka tanyakan. Jika diteliti soalan SPM sebenarnya akan berulang-ulang, ia tidak lari dari itu.



Tiada kesenangan yang akan diperoleh tanpa sebarang usaha


Secara kesimpulannya, jika Niza terlalu membimbangkan tiada buku teks untuk membuat rujukan maka di situ 100% adalah kesilapan yang nyata dari pihak Niza. Buku teks terlalu banyak huraiannya, sedangkan di dalam peperiksaan nanti kita perlu menjawab secara ringkas dan padat, maka di situ NIza perlu bijak untuk mengambil isi-isi penting ketika menjawab, Niza perlu membanyakkan juga membaca skema-skema jawapan supaya Niza tahu bagaiman cara hendak menjawab, laras bahasanya, apa yang perlu dan yang tikdak perlu, lama kelamaan Niza secara langsung akan terhafal skema-skema itu.

Yakinlah, bahawa akan ada seminar untuk menjawab soalan SPM yang akan dianjurkan, ketika itu Niza perhatikan dengan teliti, bagaimana caranya hendak menjawab soalan-soalan tersebut, itulah satu-satunya cara untuk Niza 'tackle' markah. Ketiadaan buku teks bukanlah satu kebimbangan yang besar ddalam menghadapi peperiksaan SPM, tetapi perkara yang perlu dibimbangkan ialah cara untuk menjawab. Menjawab dalam bentuk 'point', atau dihurai, bagaimana hendak menghurai, itu sebenarnya yang perlu Niza titik beratkan, dan dengan syarat bahawa Niza mestilah memahami subjek dan topik yang dipelajari.

Bak kata pepatah, kejayaan semanis madu memerlukan usaha sepahit hempedu. Abang harap abang menjawab persoalan adik Niza, nanti penat hurai di sini, Niza tidak faham pula di sana. Anyway, harapan abang cuma satu, Be The Best For Allah. Hubungi abang jika jawapan ini masih tidak memenuhi persoalan Niza. Wassalam.

Peluang Khas Mahasiswa KUIS


Rata-ratanya perasaan untuk mengundi dikalangan Mahasiswa merupakan satu pengalaman pertama buat mereka. Proses pemilihan pimpinan ini dilihat amat mudah sekali sekiranya dipandang dengan mata kasar, sedangkan pemilihan ini merupakan satu kesan untuk sepanjang tahun pimpinan yang menjadi suara mahasiswa KUIS dengan pihak pengurusan atasan KUIS. Juga turut memberi kesan kepada pimpinan akan datang dan seterusnya.

Mahasiswa KUIS di nasihatkan supaya jangan terlalu gelojoh dan ghairah ketika hari mengundi yang bakal menjelma. Ini adalah peluang anda bagi memilih pemimpin pilihan anda. Walaupun anda melihatkan bahawa ia adalah satu proses pemilihan pimpinan pelajar, namun ia sebenarnya turut dihitung oleh tuhan yang maha kuasa. Para pemimpin yang terpilih, tidak terlepas juga kepada mereka yang memilih, semuanya merupakan satu hitungan yang akan menentukan kedudukan anda di sisi tuhan yang Esa.

MPM bukannya Majlis Publisiti Murahan seperti yang dihebahkan oleh mulut-mulut kudis yang tidak ketemu akan ubatnya, tetapi mereka adalah Majlis Perwakilan Mahasiswa yang mana mereka bukan sahaja wakil kepada mahasiswa, bahkan mereka juga merupakan orang tengah yang paling besar peluangnya untuk difitnah. Sekiranya sesuatu kesilapan itu berlaku di pihak pengurusan, maka MPM akan difitnah mahasiswa bahawa mereka tidak melakukan kerja, dan sekiranya kesilapan itu di pihak mahasiswa maka MPM akan difitnah oleh pengurusan dan mereka bermasam muka.

Tetapi atas dasar dan sikap profesional, segala tohmahan itu diselasaikan dengan cara yang amat profesional supaya semua spekulasi yang tidak tepat itu dapat diperbetulkan. Oleh itu, mahasiswa KUIS bukan sahaja perlu memberi sokongan terhadap kertas undi semata-mata bahkan bentuk sokongan itu perlulah berterusan.

Saya bagi satu antologi mudah. Anda bayangkan ditengah sebuah padang pasir yang gersang, terdapat seorang musafir yang sesat dengan sebuah kompas miliknya. Anda bayangkan bahawa musafir itu adalah diri anda, dan kompas itu adalah MPM. Ini kerana MPM itu adalah pencetus kepada perubahan dan semasa kerana mereka lebih mengetahui sesuatu fakta yang berkaitan berbanding Mahasiswa KUIS yang lain, tetapi anda adalah musafir tersebut yang menjadi penggerak kepada gerakan mahasiswa. Jika ini tidak berlaku, maka MPM dan mahasiswa dikatakan akan mati dipadang pasir tersebut yang tidak mempunyai sumber minuman.



Tiada gunanya sekiranya anda hanya menyokong sehari sedangkan MPM bekerja untuk setahun bagi tempoh pimpinan mereka. Sokongan Mahasiswa selaku penggerak amatlah diperlukan supaya fungsi MPM itu benar-benar mendatangkan kesan dan dihormati semua pihak. Pilihan raya adalah peluang khas untuk mahasiswa KUIS, sekiranya anda memilih pimpinan yang tidak 'sihat' maka di situ cerminnya bahawa mahasiswa KUIS itu tidak 'sihat'. Bahkan kecemerlangan dan idealisme mahasiswa yang cerdik pandai itu akan lebih menyerlah sekiranya pimpinan mereka itu adalah dikalangan yang terbaik.

Ayuh mahasiswa KUIS bersama-sama keluar mengundi untuk pemimpin yang terbaik, yakini pilihan anda, sekiranya Yahudi meletakkan cabaran bahawa kebangkitan Islam itu berlaku sekiranya Solat Subuh di masjid sama ramainya seperti Solat Jumaat, maka saya meletakkan cabaran bahawa kebangkitan mahasiswa hanya akan berlaku sekiranya slot dan program, juga aktiviti kemahasiswaan dibanjiri oleh mahasiswa-mahasiswa yang celik pemikiran pada setiap sesi dan ketika.

Ini adalah kenyataannya!!!

Mahasiswa KUIS perlu lebih cakna

Ketika akhbar hangat membicarakan mengenai pewaris Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat, pewaris kepada tampuk pimpinan mahasiswa pula hangat dibicarakan di dalam kampus KUIS. Siapakah yang bakal menerajui organisasi utama mahasiswa iaitu MPM? ianya masih menjadi tanda tanya dan sekadar perbualan dihujung bibir mahasiswa KUIS.

Saya tidak pernah terfikir untuk memasukkan bab berkaitan politik tidak kiralah samada politik kampus mahupun politik negara ke dalam laman web ini. Tetapi keadaan yang agak tidak terjamin sehingga menjadi bahan fitnah mahasiswa KUIS menyebabkan saya terpanggil untuk menulis dan membuang segala spekulasi awal yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap hal ini.

Pelbagai congakan dan tekaan yang dibuat satu persatu mengenai tarikh pilihan raya, apatah lagi tarikh pembubaran semua tampuk pimpinan yang sedia ada. Sikap JPM yang melampau pula membuatkan perbualan api yang kecil ini bertukar menjadi sehangat lava yang menunggu tekanan udara untuk diletuskan. Tiada sebarang hitam dan putih yang dikeluarkan kepada Pejabat Urusan MPM mengenai tarikh ini. Apa yang pasti mereka hanya mempamerkan di skrin digital yang baru dibeli menggunakan wang pelajar bahawa hari mengundi jatuh pada 14 Januari 2008. 17 Disember 2008 pula adalah tarikh hari pembubaran.

Tidak Profesional!!! MPM KUIS mengutuk hebat tindakan JPM ini. Apa yang pasti, perlembagaan jelas mengatakan walaupun tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Sekretariat Pilihan Raya Kampus yang dipengerusikan oleh Tuan Khairi Hussin, Pemangku Timbalan Rektor Akademik, tetapi tarikh pembubaran itu merupakan kuasa istimewa yang terletak ditangan Presiden MPM.

Sabagai permulaannya, saya menyeru kepada semua mahasiswa KUIS supaya PRK kali ini dijalankan dengan satu revolusi yang akan diwar-warkan nanti. Bersedialah, pilihlah pimpinan yang mempunyai kredebiliti dan bersungguh-sungguh untuk menjalankan amanah. Jika anda tersalah pilih, kelak menyesal dikemudian hari tiada gunanya.


Ayuh bersama-sama menghangatkan PRK KUIS.
Akan Bersambung...

Kem Ibadah Masjid At-Tirmizi

Salam bicara...
Alhamdulillah, selesai sudah semester break...
Sempat juga saya mengikuti sebuah program anjuran Masjid Al-Imam At-Tarmizi, Jalan Kelang Lama dengan kerjasama JAWI dan MAIWP.
Program pertama yang dapat diikuti sejak bercuti selama hampir 11 bulan atas halangan undang-undang.

Sebuah program yang patut diakan oleh setiap masjid bersempena musim cuti sekolah yang banyak membantu remaja dalam meningkatkan pengetahuan dalan fokus terhadap taharah dan solat. Sedikit komen, jika diperhati, banyak consultant yang ada terlalu merebutkan peluang untuk mendapatkan projek di masjid-masjid besar dan terkenal. sedangkan masjid luar bandar iaitu masjid di kampung-kampung banyak yang tidak dihiraukan.

Masjid bukan sahaja merupakan tempat solat semata-mata, sedangkan ianya patut berfungsi dengan lebih luas lagi seperti program ini. Saya rasa semua setuju, tetapi tidak banyak consultant yang memandang berat padanya. Mungkin juga kesilapan itu datangnya daripada pihak pengurusan masjid kerana ada segelintir dikalangan mereka yang tidak respon kepada permintaan consultant yang ingin mengadakan program di tempat mereka.

Ironinya, tidak semua masjid mempunyai pengurusan yang aktif, hipotesis awal boleh dikatakan adalah kerana mereka terdiri daripada orang-orang yang bekerja, dan mungkin juga kerana kudrat yang tidak mengizinkan. Tenaga muda amat diperlukan untuk menjalankan aktiviti seperti ini, maka di situ pihak consultant perlu memainkan peranan penting membantu pihak masjid supaya rumah ibadah orang Islam tidak dikhususkan untuk solat semata-mata sedangkan banyak lagi fungsi yang dapat kita cari. Faedah ini bukan sahaja kepada masjid, tetapi untuk anak-anak muda sekitar qaryah kediaman. Rasanya semua sedia maklum, maka tidak perlulah untuk saya berkomentar panjang.

Cerita sikit pasal kem tempoh hari.
Sengaja saya tulis kerana ramai adik-adik yang ingin bersembang dengan saya tetapi tidak sempat, ada juga yang saya tidak menjawab persoalan mereka, maaf kerana masa yang tidak mengizinkan.

Sepanjang program, dengan jumlah peserta seramai 115 orang membuatkan saya berjumpa dengan pelbagai karenah pelik dan 'attitude' yang menarik remaja yang boleh dijadikan sebagai satu pengalaman baru. Mungkin kerana suasana kampung yang begitu.

Tiga serangkai, adik Faisal, Syafiq dan Firdaus yang cukup mencuit hati, pemuda yang baru memasuki alam remaja, pelbagai karenah yang kadang-kadang terlalu sopan dan manja, saya tahu, adik-adik ini sempat mengorat peserta muslimat dalam kumpulan, 'mengorat secara soleh' itulah yang dapat saya simpulkan dengan karenah mereka bertiga. Dah kantoi..!

Adik Farid, peserta yang banyak menyembunyikan personaliti diri, susah saya nak teka, syabas kerana adik adalah peserta yang mampu menarik perhatian saya untuk mengenali adik, remaja yang banyak perlakuan di luar jangkaan, 'slow motion', tetapi aktif. Pandai menjaga adik, mungkin suasana keluarga yang mendidik. Dirumah tentu adik lebih rapat dan banyak meluangkan masa dengan rakan dan teman berbanding keluarga.

Adik Aiman, Aizat dan Faiz. Peserta yang lari dari kem, dapat tangkap kena balun pula dengan bapa masing-masing. Aduh..! Remaja yang baru mengenal dunia luar, mudah terpengaruh, tapi mempunyai hati yang baik, cuma kadang-kadang menjadi 'hyper aktive'. Walaupun berada di alam awal remaja, namun muka suci kanak-kanak diwajah mereka jelas menunjukkan yang mereka tidak nakal, cuma mahu lebih perhatian sahaja. Tapi saya pula yang tidak terlayan...

Angah, dan Umair... peserta yang turut membantu dalam pergerakan kem, menjaga adik-adik, kerana mereka pun sudah di pertengahan remaja, kematangan jelas terpancar. Terima kasih diucapkan...

Adik Putra, peserta yang cukup menyentuh hati saya, peserta yang akan memasuki alam remaja ini cukup menyayangi adiknya, tidak tahu bagaimana untuk saya bercerita. Dari awal saya perhatikan, ketika pendaftaran, juga ketika kunjungan ibu bapanya, pelukan dan ciuman kasih sayang terhadap adiknya cukup jelas, susah untuk menemui abang sebegini, teruskan usaha, anda seorang abang dan anak yang baik juga soleh...

Adik Izreen dan Irfan, adik beradik yang mencuit hati, comel dan kelakar, hal makan pun boleh berdebat. Prince of tennis pun ada, teruskan dengan sukan anda, biar badan tu ber 'body' sikit. Along-along setiap keluarga, adik Aufa yang kuat termenung, ingat rumah agaknya. Baby, adik Amir yang cilik, peserta paling muda. Dua sahabat yang suka gelak, tapi seorang sahaja yang dapat hadiah zikir terbanyak, dan ramai lagi peserta yang menambat hati saya, tetapi saya tidak seberapa ingat nama mereka, cuma wajah sahaja yang jelas di ingatan.

Juga kepada semua peseta muslimat yang tidak sempat untuk saya bertanya nama. Terima kasih anda sentiasa dalam ingatan. Seronok bertemu anda semua. Tahniah juga buat mereka yang memenagi hadiah peserta terbaik, peserta harapan dan penzikir terbanyak...
Amallah dengan apa yang kamu dapat dan pelajari dalam kem tersebut. Nasihat saya cuma satu. 'Be The Best For Allah'.

InsayAllah, saya akan letakkan gambar apabila selesai diproses...

Yoga Sepatutnya Diharamkan Dari Dulu Lagi


Pengharaman yoga 22 november lalu oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kepada amalan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh adalah kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka. Kajian Majlis Fatwa Kebnangsaan mendapati bahawa senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya kepada penyatuan diri dengan tuhan itu disifatkan sebagai sesuatu yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Pertikaian yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat apatah lagi pengamal yoga yang beragama Islam berlaku adalah kerana mereka tidak memahami sebab utama kepada pengharaman. Mungkin ada sesetengah masyarakat yang tidak mengamalkannya pun turut bertanya sebab kepada pengharaman yoga terbabit. Ia hanya satu senaman kesihatan, bertapa dan hanya mengosongkan minda, tenangkan fikiran, tidak perlu untuk dipanjangkan.

Memang benar, yoga adalah satu senaman kesihatan, tetapi senaman yang boleh memesongkan akidah? Cuba lihat kepada amalan yoga secara praktikalnya. Pembacaan mentera, pergerakan yang menyerupai satu sembahan, kemuncaknya kepada penyatuan diri dengan tuhan. Jelas satu sifat yang memesongkan akidah.

Saya bagi contoh salah satu praktik yoga iaitu yoga-Mudra, satu simbol sujud seseorang kepada tuhan Hindu.

Seseorang yang duduk bersila di atas lantai. Kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan. Tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah tangan berpegangan.Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahan-lahan sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas.

Yoga-Mudra ini amat jelas membabitkan perkara agama atau ketuhanan. Jika anda inginkan bukti, anda cuma menggunakan image gooogle search untuk lihat sendiri apa yang dikatakan yoga itu.

Terbukti, senaman ini kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Amalan yoga menjadi popular dikalangan kita kerana ia didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Jika benarlah anda ingin berasa tenang, lebih baik anda mengamalkan tai-chi, slow motion sahaja. Sebab itu orang muda tidak ada yang mengamalkan tai-chi, mereka kurang sabar.

Menurut kajian jiwa, manusia berpotensi untuk mendapat penyakit kerana jiwa mereka yang tertekan. Benar, dan atas dasar itu Islam menggariskan satu panduan untuk penganutnya beribadah dengan lebih tenang. Solat adalah satu perintah ibadah yang tidak boleh dipersoalkan (amru ta'abbudi) namun, kajian bagi mereka yang masih degil dan masih mahu mengkaji mengenai solat ini, mereka tetap akui bahawa solat dalam Islam penuh dengan hikmah dan kebaikan. Lebih daripada ibadah agama-agama yang lain.

Ingin kelihatan awet muda? Wuduk cukup memadai untuknya.

Ketenangan jiwa? Solat malam, berzikir, cukup membantu. Tidak mengapa jika anda ingin berzikir di tepi pantai, atau sungai jika anda berasakan di sana lebih menemui ketenangan.

Keletihan akibat cas-cas ion negatif sepanjang bekerja? Solat berjemaah dapat meneutralkan cas-cas tersebut.

Sakit jantung, kencing manis? Sujud dalam solat mampu untuk memberi harapan kepadanya. Sujudlah dengan penuh rasa kehambaan.

Dalam hal ini, Malaysia bukanlah merupakan negara pertama yang mengharamkan amalan yoga, tetapi Mesir juga adalah antara negara yang terawal mengharamkannya, malah pemimpin Gereja Roman Katolik pada tahun 2004, memberi amaran kepada penganut Kristian terhadap senaman yoga yang dikatakan boleh mengikis amalan ibadat menurut agama Kristian.

Apa lagi yang ingin dipersoalkan? sudah menjadi kewajipan kepada badan induk itu bagi memelihara akidah umat Islam dari segi niat, perkataan dan perbuatan berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, janganlah kamu membatalkan amalan kamu." (Surah Muhammad, ayat 33)

Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa menyerupai (bertasyabbuh) dengan suatu kaum, maka ia termasuk di kalangan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Menurut Ibn Taimiyah, hadis ini dengan jelas menyebut larangan menyerupai orang kafir dalam hal berkaitan syiar agama mereka. Sedangkan yoga adalah sebahagian syiar ibadat agama Hindu.

Sungguh biadap bagi mereka yang mempertikaikan hal ini, sebagai contoh, apakah releven nya Sammy Vellu hendak berjumpa dengan YAB PM dengan alasan untuk bertanya mengenai penjelasan lanjut? Jika benar inginkan penjelasan, jumpa sahaja Prof Datuk Dr Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Tidak sama taraf? Hantar sahaja wakil untuk berjumpa Prof. Memang sudah dasar politik, Sammy Vellu sengaja membuat pertikaian kaum.

Secara peribadi, saya boleh melabelkan mereka sebagai kafir harbi. Cina terus dengan ekonominya, India pula terus dengan desakannya. Sudah lama saya mengisytiharkan ’perang’ terhadap mereka. Perang di sini bukanlah bermaksud perang senjata dan tenaga, tetapi mulakan dengan peperangan fikiran melalui kajian jiwa. Satu tindakan halus untuk memerangi dengan perlahan.

Formula utama adalah dengan meneguhkan prinsip kita sebagai umat Islam. Istiqamah, InsayaAllah perjuangan kita dipermudahkan Allah.

Malaysia tidak memerlukan seseorang yang hanya gagah menghunus keris tanpa sebarang tindakan. Umpama "anjing yang menyalak di dalam pagar".

"apakah matlamat perjuangan dikau? jika benar perjuangan kau terhadap bangsa, mengapa bangsa kau masih di pinggirkan?, dan jika benar kau memperjuangkan agama, mengapa agama kau masih di hina?

Kata-kata yang saya cipta dan pegang selepas tersedar dari lamunan yang di ulik dengan mimpi dan kesenangan yang dimiliki di Malaysia ini. Hakikat tidak pernah menipu, ketika kita sedang di ’rasuah’ dengan kesenangan, kita lupa bahawa Malaysia menghadapi bahaya dan ancaman dengan desakan-desakan pihak tertentu yang ingin menghapuskan Islam dan Melayu. Anda telah tertipu.

Formula pon-ti-a-nak dalam kaedah berfikir di luar kotak.


Seekor anak pontianak yang dalam keadaan bosan berlegar-legar sekitar Kampung Pisang untuk mencari rakan-rakan, ketika di dalam perjalanan dia terserempak dengan tiga ekor pontianak yang gagah dan kelihatan seperti sedang menguji kekuatan dan kehebatan masing-masing lalu anak pontianak itu dikacau dan diganggu oleh tiga ekor pontianak yang gagah tersebut dan mencabar untuk menujukkan kekuatan.

Si pontianak kecil ini tidak berani menyahut cabaran kerana dia sedar akan sifat fizikalnya yang kecil jika dibandingkan dengan tiga ekor pontianak yang gagah itu tadi. Malangnya dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa beradu kerana diugut oleh pontianak yang gagah itu yang tidak mahu melepaskannya sekiranya dia kalah dalam pertarungan ini.

Cabarannya bermula dan pontianak gagah ini digelar A,B dan C.

Pontianak A: Engkau lihat semua, aku boleh menghisap darah separuh penduduk kampung hanya dalam masa 15 minit sahaja.

Semua Pontianak: Wow, hebatnya kau, buktikan.

Pontianak A: Baiklah, kau semua tunggu di sini.

Pergilah pontianak A ini tadi ke Kampung Pisang untuk menghisap darah separuh penduduk mereka hanya dalam masa 15 minti, dan setelah 15 minit maka pulanglah pontianak A ini dengan mulut yang berlumuran darah.

Pontianak A: Lihat kehebatanku wahai pontianak kecil, aku telah menghisap darah separuh daripada penduduk kampung hanya dalam masa 15 minit sahaja.

Pontianak B: Aku lagi hebat, aku mampu menghisap darah separuh daripada penduduk Kampung Pisang hanya dalam masa 10 minit sahaja.

Semua pontianak terpegun kerana pontianak B tadi cuba untuk menjadi yang lebih pantas daripada pontianak A. Setelah 10 minit pulanglah pontianak B tadi dengan mulut yang berlumuran dengan darah.

Pontianak B: Lihatlah kehebatanku, hanya 10 minit dan lebih pantas daripada pontianak A.

Pontianak C yang dalam keadaan bingung dan berkata: sudah habis darah orang kampung kau semua hisap, jadi aku terpaksa menghisap darah orang kampung seberang, jadi aku akan menjadi lebih hebat kerana aku bukan sahaja menghisap darah penduduk kampung yang jauh di seberang, bahkan aku boleh lebih pantas dari kamu berdua. Aku akan hisap kesemua darah orang kampung seberang hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Pontianak kecil benar-benar takut, 15 minit, 10 minit, dan kini hanya 5 minit sahaja, dia bimbang, dia bukan sahaja perlu untuk menghisap darah penduduk kampung yang jauh, malah mesti mencari idea untuk menjadi yang lebih pantas daripada ketiga-tiga pontianak yang gagah tersebut.

Setelah 5 minit maka pulanglah pontianak C tadi dengan mulut yang berlumuran darah yang mana darahnya lebih banyak berbanding dengan pontianak A dan B tadi.

Pontianak C: Lihatlah kamu wahai pontianak kecil, aku lebih hebat dan gagah berbanding dengan pontianak A dan B. 5 minit sahaja aku dapat menghisap darah kesemua penduduk kampung seberang. Mulut berdarah sebagai buktinya.

Pontianak A: Sekarang giliran kamu pula wahai pontianak kecil, tunjukkan kehebatan kamu kepada kami.

Terketar-ketar pontianak kecil ini kerana ketakutan, namun dia masih mampu untuk bertenang bagi memikirkan jalan untuk kelihatan lebih hebat.

Pontianak kecil: Dengar semua, aku boleh menghisap darah kesemua penduduk kampung seberang hanya 2 minit sahaja.

Pontianak A, B dan C: Woooooooow... Baiklah, jika kamu dapat menghisap darah kesemua penduduk kampung seberang hanya dalam masa 2 minit, kami akan lepaskan kamu.

Maka pergilah pontianak kecil ini dan kembali semula selepas 2 minit. Kali ini mulut dia lebih dilumuri darah berbanding dengan tiga ekor pontianak itu tadi.

Terpinga-pinga pontianak yang gagah ini melihatkan kehebatan pontianak kecil ini yang bukan sahaja pantas menghisap darah, malah lebih banyak darah yang dapat dihisap berbanding dengan mereka bertiga.

Pontianak C: Kamu benar-benar hebat dan membuatkan kami berasa rendah diri. Mulut kamu dipenuhi dengan darah yang banyak.

Pontianak B: Hebatnya kamu, apa rahsia kamu sehingga kamu boleh menjadi hebat sebegini?

Pontianak kecil: Aku hanya melanggar tembok di hujung kampung dengan kuat dan itu yang membuatkan aku berdarah. Tidak susah, hanya 2 minit sahaja yang aku perlukan untuk mulutku kelihatan berdarah seperti kamu semua.

Tergamamlah ketiga-tiga ekor pontianak yang gagah itu tanpa berkata apa-apa, maka pulanglah si pontianak kecil itu dengan kemenangan yang berpihak kepadanya dan berasa bangga pada kehebatan akalnya itu.

Childrenhood is not the one and only for 'hemah' approachment...

Video ‘sajak kematian’ terbitan Mawaddah Production baru-baru ini menjadi satu perbualan hangat kerana ia melibatkan pendidikan dan kanak-kanak, kontroversi ini tercetus selepas dedahan media gara-gara seorang ustazah pertontonkan tayangan tersebut kepada anak-anak murid beliau yang bersekolah rendah, kesan daripada kontroversi ini membuatkan saya berminat untuk mengulas sedikit walaupun agak terlambat. Adakah anda tahu bahawa kesan daripada kontroversi ini termasuklah:

- Menimbulkan bantahan beberapa pihak termasuk ibubapa dan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

- Kementerian Pelajaran juga dilaporkan akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video itu di sekolah-sekolah.

- Pegawai Perhubungan Awam Mawaddah Production, Alifi Alias pula berkata, jualan VCD tersebut semakin meningkat selepas tercetusnya kontroversi tersebut.


Agak-agaknya kalau media cetuskan kontroversi untuk blog saya, pasti saya akan berobah menjadi Ikon remaja, huhuhu... setuju kan...


Ulasan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein "Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat."


Saya bersetuju dengan pendapat YB Datuk Seri, tetapi pendidikan secara berhemah itu bukan sahaja untuk mereka yang berada di peringkat umur kanak-kanak, bahkan ia adalah untuk semua peringkat umur, hatta hendak berdakwah pun begitu juga.


Pada saya, pertunjukkan sesuatu video itu mesti disusuli dengan ulasan yang tepat dan mampu untuk memberi paham kepada penonton supaya tayangan video itu tidak menjadi bahan fitnah dan membuatkan penonton tidak memahami kandungan dan objektif video tersebut. Saya sering menasihati rakan-rakan saya juga diri sendiri ketika di mana-mana sahaja program motivasi dan seumpama dengannya supaya pengisisan program itu mestilah dikaji dengan 5 tapisan utama:


- Objektif program.

- Tahap umur peserta.

- Latar belakang peserta termasuklah keadaan dan sikap peserta.

- Situasi atau suasana program.

- Penyampai yang diuji dan ditemubual berkali-kali.


Istilah tangkap muat ataupun ’hentam kromo’ bukanlah satu istilah yang boleh digunakan di dalam mana-mana program dakwah dan motivasi.


Saya juga berpendapat bahawa tayangan video ini tidak menimbulkan sebarang unsur penyelewengan akidah seperti yang didakwa oleh beberapa individu, bahkan ada mufti yang mengatakan ia boleh membawa kepada khurafat. Saya tidak pasti dari aspek manakah yang dilihat mufti tersebut akan khurafatnya kerana beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.


Cuma apa yang ingin disimpulkan di sini ialah dalam berdakwah kepakaran penyampai merupakan satu elemen yang amat penting manakala ulasan yang tidak lari dari tajuk dan jenis tayangan pula merupakan satu aspek bantuan dalam menjaga mutu ulasan.


Melihat kepada kes ini pula, kacamata saya jelas dan tidak retak menunjukkan bahawa tiada faedah sementara yang dapat diberi kepada kanak-kanak tersebut kerana minda kecil mereka hanya mampu untuk cepat mengingat, tetapi tidak untuk memahami sesuatu yang baru dalam masa yang singkat, apatah lagi 15 minit sahaja. Lagi-lagi orang melayu yang takutkan hantu lebih daripada tuhan mereka, percayalah bahawa jika tayangan itu ditayangkan pada kanak-kanak ia sukar untuk memberi kesan yang positif kepada mereka bahkan berisiko tinggi untuk kesan yang negatif, ia hanya membuatkan kanak-kanak rasa lebih takut dengan ’hantu’ kerana tayangan itu memperlihatkan keadaan yang bersuasana gelap, suara kuat, dan ketakutan. Nothing is better... Anak-anak atau adik-adik anda pasti takut untuk ke tempat gelap secara beseorangan selepas ini.

Saya pilih Luar NegaRa...

Salam kembali... so sorry budakmasjid. Saya lambat respon soalan saudara, because saya sibuk menyiapkan thesis saya, Alhamdulillah, sekarang tengah menyiapkan bab 3, tapi draft pertama bab 1 dan bab 2 sudah kena reject, so, kena repair balik...

Saya respon pada persoalan budakmasjid yang meminta pandangan tentang nak sambung belajar di dalam atau di luar negara. Jawapan saya tentunya ke luar negara. Ini kerana selain kita menimba ilmu dan pengalaman baru, secara tidak langsung kita juga dapat belajar mengenai budaya kehidupan orang luar, betapa bertuahnya manusia ini sebenarnya apabila dapat mempelajari sesuatu yang baru, tidak semestinya ikut budaya mereka, cuma sekadar mengetahui, sekiranya elok, ambillah, dan begitu juga sebaliknya.

Ia bukanlah bermakna kita perlu duduk di sana sehingga puluhan tahun, sekadar melengkapkan ijazah sarjana muda, mahupun sarjana dan jika mampu PhD.

Jangan lupa ketika kita menuntut ilmu, dalam masa yang sama kita juga berpeluang untuk berdakwah, zaman baginda dahulu pun banyak menghantar khalifah-khalifah ke luar negara untuk menyebarkan Islam dan mempelajari sesuatu yang baru dan dari situlah kita akan mula mempelajari untuk menghargai sesuatu. Bergantung juga kepada negara mana kita pergi, seperti contoh salah seorang ustaz saya menyambung pelajaran di selatan Itali, dia banyak menceritakan tentang kesesatan yang dahsyat mengenai masyarakat sana.

Kesesatan yang dimaksudkan di sini 'of course' dari aspek keagamaan kita bahkan ia juga boleh dilihat dengan jelas yang secara logik akal pun memang tidak mampu untuk diterima sebagai fitrah manusia, mana tidaknya, pemuda sana balik kerja minum arak, mabuk2 baru pulang ke rumah, sewaktu di stesen keretapi pun dah muntah-muntah, busuk, pecampuran lelaki perempuan, tergolek sana sini, teruk, amat memalukan. apa yang sedih, masyarakat sana tidak ambil peduli langsung. Sedih2...

Ustaz saya kata bila dia pulang ke Malaysia dia sangat hargai kehebatan Malaysia, 'seteruk-teruk' Malaysia pun masih mempunyai segelintir masyarakat yang bersikap menegur, ambil peduli, dan sikap kejiranan yang kuat.

Satu pengalaman yang menarikkan??? dengan pengalaman kita boleh berkongsi cerita. Jadi kepada saudara budakmasjid, secara ringkasnya sambung belajar ini sama seperti orang berjuang, so, dapatkan dahulu pandangan ibu bapa, kalau mereka dah tua dan tiada siapa yang hendak menjaga mereka, saya rasa belajar di Malaysia sahajalah.. mungkin sudah rezeki kita di sini.

Jangan runsing, andai kata mereka bagi lampu hijau, go on je lah, yakinkan diri, yang penting niat tu betul, pergi belajar, bukan melancong. Saya pun berniat hendak ke luar negara, ke mana-mana negara Arab, saya sukakan sesuatu yang baru, kita boleh share cara pendidikan mereka, macam mana kehidupan dan budaya mereka, dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. jumpa yang baik, mungkin kita boleh bawa dan sampaikan di Malaysia.

Sama-samalah kita berdoa untuk mendapat petunjuk dan jalan yang terbaik bagi kita, doakan juga semoga hajat saya dimakbulkan Allah untuk ke luar negara. Amiiin...

Jangan ragu-ragu, ingat, "keputusan mesti dibuat walaupun pahit"... Be the best 4 Allah, budakmasjid.

Ibadah Itu bukaNnya sAtu bUdaya...

Terima kasih kepada saudari Sarifah yang sudi bertanyakan soalan serta mengingatkan saya untuk menjawab soalan dia, bagus ye, nampaknya saudari Sarifah amat ’concern’ terhadap masalah ini. Saya pun harap yang saudari Sarifah ini merupakan individu yang cukup solatnya. Saya rasa saudari Sarifah pun tahu bahawa soalan ini patut ditujukan kepada seorang ustaz yang lebih ‘arif dalam bab ini. Walaubagaimanapun, suka juga saya untuk respon kepada permasalahan ini dan saya agak kurang menarik untuk menggunakan istilah menjawab, tetapi saya lebih suka menggunakan istilah me ‘respon’ soalan saudari Sarifah.

Saya cuba memahami saudari Sarifah yang bertanyakan mengenai pemuda kini yang tidak suka solat, dan saya ingin bertanyakan kembali kepada saudari Sarifah, adakah sebelum ini pemudanya suka solat??? No, naluri manusia pada asalnya adalah tidak mengetahui apa-apa, apabila lahir di muka bumi Allah ini barulah mereka belajar mengenai baik dan buruknya, negatif dan positif. Saudari Sarifah perasan atau tidak bahawa manusia ini malu dalam membuat perkara kebaikan, hendak disuruh, hendak diajar, baru nak buat, tetapi bab-bab kejahatan, tidak perlu disuruh pun tahu nak buat. Hakikatnya, perkara kejahatan itu diajar oleh syaitan, dan sentiasa diajar, ingat sejarah dua orang anak Adam?, yang mana salah seorangnya terbunuh, Siapa yang ajar dia membunuh?


Sebab itu saya melihat, bahawa perkara kebaikan ini perlu diajar kepada manusia dan perlu sentiasa mengingatkan mereka, nabi suruh mengajar anak –anak solat dan perlu dirotan pada umur 10 tahun jika sekiranya mereka enggan untuk bersolat. Kita sebagai manusia adalah pengingat kepada manusia yang lain. Firman Allah : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [ Surah An-Nahl:125 ].


Mengapa kita perlu sentiasa ingat dan mengingati? Kerana dalam masa yang sama kita mengingatkan manusia kepada kebaikan, jangan lupa bahawa kita juga bersaing dengan syaitan yang sentiasa menyeru kepada kejahatan. Banyak sebab kepada punca pemuda yang tidak suka solat, antaranya pemuda sekarang sibuk dengan kerja, bagi mereka yang bekerja, dan yang belajar pula sibuk sampai lupa solat, kadang-kadang kita yang penuh solat pun hampir terlupa dan lalai yang kita belum solat kerana sibuk menguruskan hal duniawi. Apa yang penting adalah kesedaran, dan mengambil berat, saya katakan kalau kita mahukan sesuatu dan nak sangat-sangat, ada tak kadang-kadang sampai tidak boleh tidur kerana memikirkannya? Maka di sini saya melihat bahawa kesedaran diri sendiri yang merupakan cara utama untuk membaiki diri kepada sukakan solat.


Kadang-kadang alasan mereka penat, letih dan susah, sedangkan bagi musafir itu dikurangkan rakaatnya. Saya terima antologi yang saudara luqman bawakan, kalau pemuda sekarang kenal siapa tuhan mereka dan tahu akibat dan hukuman yang menanti mereka, saya fikir mesti tiada yang rasa susah untuk solat.


Pada saya, antara cara mengatasinya adalah dengan kenalkan mereka kepada Allah sebagai pencipta mereka, kalau yang belum terlambat tu, ikutlah arahan nabi bagaimana ajar anak solat, rotan dan tegas terhadap anak-anak dalam bab solat, biarkan solat itu sebati dengan jiwa dan hidup mereka dan jadikan solat itu sebagai satu aktiviti rutin mereka selain daripada makan dan bermain, tetapi bagi pemuda sekarang yang mungkin ada yang baru masuk ke awal zaman tua, masih belum terlambat, sama-samalah kita bantu mereka dan mengingatkan mereka kepada Allah, biar mereka merasakan enak dan indahnya beribadah itu sebagaiman yang kita rasakan sekarang. Jangan memperlihatkan ibadah itu sebagai satu budaya, solat itu bukannya sebagai aktiviti rutin yang rasa perlu untuk dilakukan sabagai satu budaya, tetapi ia merupakan satu nikmat dan 'zub' yang dapat dirasai apabila menunaikannya.


Tidak perlulah saya huraikan bagaimana caranya untuk sedarkan mereka, masing-masing ada metode tersendiri bergantung kepada situasi masing-masing, lihat juga pada keadaan dan sifat mad'u itu, kalau anda melihatkan perkara ini terjadi kepada masyarakat sekeliling anda, andalah yang kena membantu mengingatkan mereka. Jika bukan anda, siapa lagi...?


”Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal.” [ Surah Al-Maa’idah:58 ]

GoOd LucK aDik haKim

Saya akan respon dahulu terhadap soalan adik hakim yang bertanya bagaimana untuk cemerlang dalam SPM kerana saya tidak pasti status adik hakim sama ada dia adalah seorang calon SPM bagi tahun ini ataupun tahun hadapan.

Adik hakim, sekiranya adik hakim bakal menduduki SPM pada tahun akan datang, abang nasihatkan supaya adik mengikuti artikel yang akan abang pamerkan di laman blog ini dari semasa ke semasa bagi mengikuti tip-tip cemerlang yang abang cuba kongsikan melalui pengalaman abang sebagai seorang pelajar sekolah menengah pada suatu masa dahulu.


Tetapi, andai kata adik hakim bakal menduduki SPM pada 11 november ini, maka tiada lain yang ingin abang nasihatkan melainkan banyakkan amal ibadah, berdoa kepada Allah, jaga kesihatan dan ulang kaji secara smart tanpa memaksa diri sebagai persediaan pada saat-saat terakhir sebelum bermulanya kertas peperiksaan yang akan di ambil. Seperti firman Allah s.w.t “Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (berazam), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. [ Ali ‘Imran:159 ]


Maka di sini adik hakim, nasihat abang hanyalah adik membanyakkan solat sunat dan berdoa kepada Allah, ingat, kita orang Islam dan percaya serta yakin akan kekuasaan Alah s.w.t., kecemerlangan itu hanya akan dapat sekiranya adik telahpun berusaha dan berazam, andai kata tiada usaha dan hanya bertawakkal semata-mata, maka kecemerlangan belum tentu juga. Tanya juga ustaz-ustaz adik akan doa-doa dan beberapa amalan untuk adik tidak berasa gugup dan yakin ketika berada di dalam dewan peperiksaan. Solat Istiharah banyak-banyak. Kalau mampu buat qiamulail lagi bagus dan teramatlah bagus.


Yang penting adik, persediaan dalam saat-saat peperiksaan sebegini, adik perlulah menjaga kesihatan dan pemakanan adik. Dari aspek kesihatan, adik mestilah berada dalam keadaan tidur yang mencukupi, oleh kerana sekarang subuh sudah cepat, abang nasihatkan supaya adik tidur paling lewat pun jam 10 malam dan jangan lebih, bangun lah waktu subuh ataupun jam 5.30 pagi. Kunci jam ataupun suruh ibu atau bapa adik kejutkan.


Bab makanan pula, adik kena kurangkan makan makanan berminyak sewaktu peperiksaan ini, kerana makanan berminyak ini mampu membuatkan pernafasan kita agak lemah sedikit berbanding biasa, abang risau kalau-kalau adik gugup dan sukar untuk berasa tenang kerana kekurangan stamina ketika menjawab soalan peperiksaan. Kalau petang-petang tu free pergilah beriadah.


Jangan lupa juga untuk ambil sarapan pagi, bangun sahaja dari tidur, abang nasihatkan adik supaya minum air suam, cuci perut dan pastikan pagi itu adik akan ’membuang’ air besar, kerana dengannya adik boleh membuang toksin semalam dan otak akan berasa ringan lalu membuatkan adik rasa ringan untuk berfikir. Apa yang penting adik, jangan minum minuman yang berunsur limau, teh o ais limau ke, ataupun air limau ais, kerana ia boleh membuatkan badan adik berasid dan hanya melemahkan badan sahaja. Memang bakar lemak, tapi kesan negatifnya lebih tinggi berbanding positif.


Akhir nasihat dari abang adalah, bacalah semula secara tenang buku-buku itu sebelum tidur, dan baca sekali lagi selepas solat subuh, ini adalah waktu-waktu kecerdasan dan penerimaan otak dan juga sebagai tip-tip untuk mengingat. Sekiranya adik mempunyai kertas disebelah petang, jangan lupa untuk tidur seketika sebelum solat zohor, hanya 15 minit, jangan lebih dari ½ jam, nanti otak akan terasa berat. So, adik, Salam kecemerlangan dari abang, juga kepada semua calon-calon SPM tahun 2008, banyakkan berselawat kepada junjungan muhammad juga berdoa kepada Allah, good luck. Cemerlanglah kerana Allah, Wassalam...

Bagaimana cita-cita itu dicipta?...

Saya respon kepada persoalan Ibu Zainab tempoh lalu yang bertanyakan mengenai cita-cita si anak kecil, maka saya mempunyai satu ulasan dan pandangan yang akan dihuraikan dalam bentuk artikel, dalam artikel kali ini juga saya akan menggunakan perkataan ’kita’. Walaupun saya tidak mempunyai anak lagi, tapi saya mengharapkan saya bakal mendapatkan anak yang terbaik InsyaAllah, Amin... agar saya juga turut menasihati diri saya.

Bagaimana cita-cita itu dicipta?



Kanak-kanak biasanya akan mencipta cita-cita berdasarkan kepada superhero kesukaan mereka. Biasanya apa yang mereka lihatkan sebagai hero adalah polis, bomba, dan sebaginya. Ibu bapa tak perlu duk mengajar anak menghafal cita-cita... “aiman, nanti kalau cikgu tanya aiman apa cita-cita aiman, aiman jawab nak jadi doktor”. Wow... nampak hebat, tapi tak perlu, saya risau kalau-kalau anak itu ‘confuse’ dengan cita-citanya. Biar mereka yang pilih, apa yang penting adalah sedarkan mereka dengan hero mereka, katakan pada mereka sebegini (contoh), “aiman, aiman dah besar nanti aiman jadi doktor ye nak, sebab doktor boleh selamatkan orang, banyak jasanya kepada masyarakat”.


Maknanya apabila anak itu membayangkan bahawa dengan menjadi doktor dia mampu untuk menyelamatkan orang, ini bermakna dia bakal menjadi superhero. Sebab itu jika kita lihat kadang-kadang kanak-kanak pintar pun cita-citanya bomba, polis, bomba, polis. Tiada yang lain. Bapanya pula kata “tak-pa-lah... janji gajinya halal.” No, ini bukan soal halal ataupun tidak, ini adalah soal matlamat dan hala tuju manusia. Kita perlu mengajar anak kita dapatkan yang terbaik. Kita ingat kembali kata-kata baginda junjungan besar Muhammad s.a.w. bahawa “bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya.


Tetapi awas, jangan dibiarkan anak-anak kita bercita-cita untuk menjadi power rangers, ultraman mahupun hero-hero karton.


Apabila meningkat ke alam mumayyiz, kebanyakan kanak-kanak akan mula memikirkan cita-cita mengikut kesukaan dan apa yang mereka fikirkan ’best’ untuk dilakukan mereka, apa yang pada mereka seronok, itulah impian mereka, andai kata mereka sukakan haiwan, maka mereka akan mula bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan, mungkin. Ada juga sebahagian yang suka akan permainan bola sepak, maka di situ mereka akan mula mencipta impian untuk menjadi seorang pemain bola sepak, malangnya pemain yang mereka jadikan contoh bukan dikalangan rakyat Malaysia. Awas!!! Idola bukanlah satu istilah yang patut dibanggakan, saya berpendapat, idola itu adalah satu bentuk pemujaan yang mampu membuatkan kita ’gila’ sehingga watak mereka pun kita nak tiru. Bahaya tu, apa yang boleh kita buat hanyalah memasangkan niat untuk menjadi seperti orang yang ingin kita jadikan contoh, tidak perlu terlalu taasub sehingga berlaku sesuatu yang tidak masuk akal seperti meniru gaya dan perilaku mereka. Anda boleh jadi seperti mereka, tetapi jangan lupa, anda boleh dan patut membawakan kerjaya itu dengan gaya dan stail anda sendiri.


Perlu diingatkan bahawa anak-anak pada umur sebegini jangan dibiarkan dia membenci sesuatu, sekiranya pada umur begini dia sudah membencikan sesuatu maka emosional itu akan berpanjangan dan mungkin tidak akan berubah. Pernah dengar anak yang bencikan ibu atau bapanya? (maaf saya menyentuh isu sensitif) kerana kebiasaan ramai pasangan yang bercerai pada ketika umur anak-anak di tahap mumayyiz ini. Waktu ini jugalah jangan dibiarkan anak kita dijadikan mangsa dendam, suruh mereka membenci itu dan ini. Saya yakin sifat benci itu mudah memasuki hati anak kita. Sekiranya dia benci pada seseorang yang kerjayanya adalah seorang engineer (contoh), maka adalah tidak mustahil untuk anak ini akan mula membenci dan tidak ingin untuk bercita-cita menjadi seorang engineer.


Pada peringkat remaja dan agak dewasa pula, cita-cita itu akan dicipta berdasarkan kepada kemampuan, peluang dan angan-angan mereka. Di tahap ini mereka sudah mula pandai untuk menilai diri masing-masing, mampu menjadi engineer, pilot, guru dan sebagainya. Pada umur begini juga mereka lebih matang dalam memilih matlamat, namun kesamaran itu tetap wujud dalam hati mereka, antara yakin dengan tidak yakin, pasti dan tidak pasti, perasaan itu akan bermain-main di dalam benak hati mereka kerana bimbang dan tidak mampu membezakan angan-angan dan cita-cita. Waktu ini jugalah percubaan untuk mengejar cita-cita dilakukan setapak demi setapak. Andai kata kemampuan mereka hanya separuh jalan, sama ada takut untuk mencuba lagi atau pun berputus asa, maka dari situlah bermulanya pertukaran cita-cita satu persatu dan cubaan demi cubaan. (cubaan ini termasuklah peluang untuk menjayakan cita-cita mereka seperti keputusan yang cemerlang, peluang untuk ke universiti, atau pun peluang dari aspek kerjaya.)


Namun diingatkan, di alam pekerjaan, usaha yang menentukan segala-galanya sama ada cita-cita itu tercapai ataupun tidak. Apa yang penting puan, ajarkan dan dedahkan mereka kepada keindahan Islam, andai Islam itu sudah berada dalam hati anak-anak, saya yakin dan pasti cita-cita dan matlamat mereka pasti yang baik-baik belaka. Ingatlah janji Allah, bahawa "sungguh orang yang beriman itu pasti berjaya". [surah al-mukminun:1] Walaupun kita melihat ada segelintir orang kafir yang berjaya, perlu juga kita ingat, bukan semua orang yang berjaya itu mukmin, tetapi mukmin (orang beriman) itu pasti dan yakin adalah orang yang berjaya.


Tahukah anda!!!, satu kajian yang dibuat oleh seorang pakar motivasi pada tahun 1998 mengatakan rata-rata pelajar tingkatan 3 hingga 5 remaja Malaysia adalah sebanyak 80% daripada mereka yang masih tidak tahu matlamat dan hala tuju kehidupan atau dalam erti kata lain tiada cita-cita.


Apa yang saya kecewakan adalah, sehingga kini tiada 1% pun perubahan kepada kebaikan yang berlaku.

cadangankan tajuk penulisan kepada saya

saya mengalu-alukan kepada sesiapa yang mempunyai idea dan cadangan bagi tajuk yang mampu saya ulas...

Tali pusat remaja

Siapakah yang digelar remaja??? 10-19 tahun? 13-20 tahun? 15-25 tahun? Atau yang sudah baligh hingga umurnya berkahwin? ’Advance’ nya Malaysia ni sampaikan ada istilah belia lagi tu... Pemuda siapa pula? Bingung aku di buatnya. Tapi sedar atau tidak anda semua bahawa dalam Islam istilah ini cukup ringkas dijelaskan secara literal lagi tu. Bagaimana cara yang nabi syorkan untuk mengajar anak-anak? Dalam satu riwayat mengatakan begini: (ubah suai ikut penjelasan saya)


Peringkat pertama - Dari lahir hinggalah umurnya 7 tahun adalah waktu untuk kita membelai dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya. Anak yang tengah belajar merangkak dan berjalan kita beri semangat. Ta teh ta teh katanya.


Peringkat kedua - Bila anak meningkat umur 7 tahun hingga 14 tahun adalah waktu yang amat sesuai kita ajarkan akhlak, beri tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik, juga ajarkan segala kebaikan dan kenalkan mereka kepada pencipta mereka dan nabi junjungan.


Peringkat ketiga - Tapi bila umur dia meningkat dari 14 tahun ke 21 tahun, kita perlu menjadikan mereka seperti kawan kita, ajak mereka ke sana dan ke mari, dedahkan dengan dunia luar yang lebih meluas dan mencabar. Banyakkan berborak, ceritakan juga pengalaman hidup kita. Manalah tahu ada segelintir ibu bapa yang nak cerita kisah percintaan mereka, tak mengapa, cerita sahaja. Agar mereka tahu bahawa dalam dunia ni ada positif dan negatifnya.


Dan lepaskanlah anak itu apabila umurnya lengkap 22 tahun, biarkan mereka berdikari. Waktu inilah ’tali pusat’ itu dipotong. MENGONGKONG??? Pada saya, tiada istilah mengongkong dalam hidup remaja, jika ada remaja yang sedemikian, saya nasihatkan supaya cuba mendampingi ibu dan bapa anda, buatkan mereka yakin dengan kemampuan anda sebagai anaknya, kerana tiada ibu bapa yang mengikat anaknya selagi dia tahu belum masanya untuk dilepaskan.


Manakah yang benar??? Manusia yang mengawal situasi @ situasi yang mengawal manusia? Mana ada manusia yang dilahirkan untuk jadi seorang yang bermasalah, situasi yang membentuk peribadi manusia. Tengok cerita anakku sazali? Sazali yang tidak pernah ditegur akan kesilapannya berfikir bahawa apa yang dilakukannya adalah betul dan ini yang menyebabkan dia bermasalah... hatta kalau kita bukan anak kepada pensyarah pun kita mampu berjaya kalau kita berada dalam situasi yang mendidik. Bagaimana kalau anak seorang guru dibesarkan dalam keadaan yang di didik dengan sifat malas??? Mahu tak ”bakka” anak tu???

(bakka adalah bahasa jepun yang bermaksud ’idiot’, saya tak dapat terjemahkan idiot dengan lebih terperinci sebab bahasa melayu ni banyak sangat bahasa negatif, bodoh, biul bongok, lembab, entah apa yang sesuai saya pun tak tahu)


Sebab itu remaja sekarang tidak dapat bagi apa-apa alasan lagi untuk tidak cemerlang seperti orang lain. Pendidikan awal dirumah sudah tidak perlu untuk diragui. Pernah tak dengar orang kata ”dia tu pandai, tapi malas, sebab tu tak cemerlang, kalau dia rajin mesti dia cemerlang punya”. Huh... Alasan!!! Pada saya MALAS ITU ADALAH SATU KEBODOHAN YANG NYATA. Tidak payahlah nak berdalih kalau anda tidak cemerlang. Kerana anda memang tak berminat pun nak cemerlang... orang yang nak sungguh-sungguh saja yang Allah bagi.


Sebenarnya, saya amat sayangkan remaja zaman sekarang, sedih pun ada kalau tengok kes-kes mereka apatah lagi ponteng sekolah, pukul cikgu, jenayah... innalillah hi wa inna ilaihirajiuun... zaman saya dulu tidak lah sebegini teruk akhlak remajanya... Rasa macam nak ambil semua jadi anak angkat saja, ops, adik-adik... lepas tu satu-satu aku ’ganyah’... wow... kalau dalam Malaysia ni ada lebih jutaan remaja, habis hancur tangan aku kalau di ’ganyah’ semuanya... saya tak mengulas panjang kerana masalah ini masih dalam kajian lagi...

Tidak perlu confuse SahaBat atau Kawan.

Aku ditanyakan mengenai beza antara sahabat dan kawan. Maka aku tidak mampu memberikan jawapan yang tepat dalam memberi penjelasan yang pada pemikiran aku mungkin tidak memuaskan hati penyoal itu... tapi aku terfikir sejenak, ramai yang mengatakan bahawa sahabat itu adalah teman yang boleh dikatakan agak rapat jika dibandingkan dengan kawan... aku pernah dengar satu falsafah yang pada aku biasa didengari bahawa bukan semua kawan itu adalah seorang sahabat, tetapi seseorang sahabat itu pasti adalah kawan...


Pada aku, dua ini adalah satu perbezaan istilah yang sukar diterjemahkan secara literal mahupun konseptual. Orang melayu yang meminjam perkataan sahabat ni daripada orang arab iaitu ’sohabah’... dalam berkawan orang perempuan mungkin terlalu sensitif dan memandang serius, orang lelaki ada juga tapi peratusannya amat sedikit sekali dan kalau ada pun biasanya adalah mereka yang lahir awal dalam keluarga mereka...


Kita perlu ingat, berkawan ini adalah satu sosialiti manusia yang diciptakan sempurna, ada je orang yang tidak kisah bersahabat kerana dalam bersahabat manusia ini punyai dua jenis... pertama bagi mereka yang mencari sahabat, dan yang kedua mereka yang menunggu untuk dicari... agak bertuah bagi golongan yang pertama kerana hormon kematangannya giat lebih awal berbanding golongan kedua... amat bahaya bagi golongan pertama kerana jika ko cuba khianatinya maka adalah nahas bagi ko!!!


Nak tahu tak!!! Istilah ’karib’ itu adalah pada sesiapa sahaja yang kita rasa selesa untuk mendampinginya... cerita atau berkongsi masalah adalah perkara biasa, tapi karib itu adalah mereka yang boleh berterus terang pada apa saja yang dia hadapi... kalau ko minta tolong dia dan dia tidak boleh tolong, maka dia akan terus terang dan memberi idea untuk selesaikan problem ko... tapi kalau larikan diri sebegitu saja, makanya... emmm......


Pesanan aku cuma satu saja, dalam berkawan jangan terlalu memilih, yang jahat, of course di reject, kerana kadang kala kawan yang kita rasa tidak sesuai dengan kita adalah lebih elok dengan diri kita... aku bagi satu antologi mudah dalam satu bentuk cerita... cerita ini juga sesuai sebagai tips-tips memilih kawan dalam bersosial dan belajar...


Kisahnya bermula dengan seorang professor yang bernama jack william yang sedang membuat kajian terhadap tumbuhan hijau dalam perubatan... kajian yang dilakukan di sarawak secara berseoranagn itu memerlukan dia perlu untuk menyeberangi sungai dalam keadaan pagi yang masih gelap dan hujan yang renyai... dia menumpang dengan seorang penduduk tempatan yang kebetulan ingin menyeberangi sungai yang sama. Maka terjadilah sebuah dialog antara mereka...


Prof: emm... pak chik, dah lama ke pak chik duduk di sini?


Pak cik : dah lama dah prof, memang keturunan saya di sini.


Prof: pak chik tahu atau tidak ilmu biologi?


Pak cik: tak tahu prof, saya cuma tahu mendayung sampan.


Prof: ooo... sesungguhnya pak chik sudah kerugian 10% daripada kehidupan pak chik.

(bongkak lah plak prof ni kan, orang sains lah katakan)


Prof: pak chik tahu tak ilmu kimia?


Pak cik: tak tahu lah prof, tangkap ikan pak cik tahu lah.


Prof: ooo… kalau begitu pak chik sudah kehilangan 10% lagi dalam hidup pak chik kerana dengan kimia kita boleh kaya.


Pak cik itu hanya tersengih dan mengangguk-menganggukkan saja.

Prof tu tanya lagi: emm... pak chik tahu tak ilmu fizik?


Pak cik dengan sabar menjawab: tak tahu prof, pak cik cuma tahu bercucuk tanam.


prof: ooo... pak chik rugi 10% lagi dalam hidup pak chik.


Dalam keaadaan sungai yang bergelora, tiba-tiba hujan yang renyai itu menjadi lebat, sehinggakan laut bergelora kuat dan menyebabkan sampan yang dinaiki mereka terbalik.


Dalam keadaan genting itu pak cik itu sempat bertanya kepada prof.

Pak cik: prof, prof kat mane? Prof tahu tak ilmu berenang?


Dalam keadaan tenggelam timbul prof itu menjawab: pak chik, saya tak tahu berenang.


Pak cik itu pun menjawab: prof, sesungguhnya prof telah kerugian 100% daripada kehidupan prof...


Tidak sempat prof itu menjawab dia pun tenggelam dan tidak dapat dikesan kerana air yang amat deras...


Apa yang korang sume dapat dalam kisah ini??? Aku cuba simpulkan dalam konteks berkawan. Dalam berkawan kita tidak boleh terlalu memilih kerana kawan adalah pelengkap bagi kita, kalau kita fikir kita sempurna sebenarnya orang lain mungkin boleh menjadi pelengkap kepada kita. Cita tadi plak bagitahu walaupun pak cik tu hanya kehilangan 30% dari hidupnya, tapi prof tu kehilangan 100% hidupnya dalam sekelip mata saja. Macam aku, aku ni hebat tapi tak berapa terror sangat dalam bab psikologi islam, so aku pun berkawan lah dengan beberapa ustaz yang ada ilmu dalam bab psikologi dari aspek islam, apatah lagi konteks -konteks psikologi yang ada dalam al-quran...


Tahu tak kenapa dalam penulisan kali ni aku gunakan perkataan ’aku’ dan ’ko’??? Sebabnya aku sedang bersembang dengan kawan aku... sekian...

Salam Kecemerlangan

saya mulakan penulisan saya dan anda juga mulakan pembacaan dengan bacaan umul kitab. al-Fatihah...

salam perkenalan dan salam muhibbah buat semua, detik jam 4 ptg bertarikh 29 0ktober, bidang penulisan ini merupakan satu bidang yang agak baru bagi saya untuk menceburinya. selalunya kajian saya hanya disampaikan secara perbualan dan percakapan dengan masyarakat sekitar sahaja dan kini saya merasakan bahawa sudah tiba untuk saya berkongsi dengan semua... saya tidak mahu masuk syurga seorang sahaja, tentu boringkan asyik melayan bidadari, 'takkan nak main je selalu', kena juga bersosial... huhuhu...

emm... tentu semuanya tertanya-tanya, mengapa 'penganalisis minda'???
saya akan ceritakan kemudian, kerana waktu saya 'create' blog ni 'time' petang, so nak g bersihkan diri... nak hadiri mesyuarat tergempar kerana bendahari organisasi buat hal...

aduh... parah... kesian kat saya sebab lepas ni tentu saya diarahkan untuk analisis kes ini...

untuk permulaannya saya amat 'concern' terhadap remaja zaman sekarang, kesian tengok kat depo noo... punca penyakitnya tentu sekali datang dari pelbagai sudut... pada saya, manusia tidak dilahirkan untuk menjadi bodoh dan pandai, tidak juga ditakdirkan untuk menjadi hebat atau tidak... mungkin anda pandai membaca bahasa badan, muka, tahi lalat atau sebagainya, saya fikir tentu kita tidak perlu susah-susah nak hidup kalau awal-awal kita dah tahu akan menjadi kaya... tapi pernah atau tidak anda melihat bahawa bentuk itu semuanya boleh berubah, dan kadang-kadang akan berubah...?

tokguru saya pernah bertanya pada saya, "ariff, ko nak jadi kaya 'tak???" saya kata nak, maka ditanya lagi, "engkau nak buat apa kalau kaya???" saya jawab saya nak kereta besar, rumah besar, bini pun nak yang besar... maka dari situ dia bagi saya satu potongan doa dan beberapa amalan untuk menjadi kaya... tambahnya "ko jangan berharap nak kaya saja, sekurang-kurangnya ko tidak pernah putus perbelanjaan"... saya mengangguk menandakan faham... saya tanya tokguru saya, ustaz, kalau orang itu ada tanda-tanda seperti tahi lalat ataupun sebahagian tanda bentuk badan yang menunjukkan kemiskinan apakah dia tidak boleh kaya ustaz (ceehh... ayat skema lah plak, tapi kira camtu lah mafhum soalan saya) tokguru saya jawab, itu semua tanda dari Allah s.w.t. andai kata kita tahu kita akan jadi papa, kita perlu berusaha untuk tidak menjadi papa, itu semua tanda dari Allah yang menunjukkan usaha kita selama hidup ini mungkin kurang atau mungkin sewaktu kita pernah merasai kesenangan kita lupa padaNya...

betul juga jawapan ustaz tu... kepada anda semua, saya bagi satu antologi mudah... andai kata kita sedang bergaduh dengan siA dan kita tahu sekiranya kita berjumpa dengan siA pasti akan 'berentam', satu hari seorang rakan yang pada masa juga menjemput siA dan semua kenalannya untuk hadir dirumah untuk sedikit jamuan, untuk itu, apakah persediaan kita untuk menghadapi siA tue??? kita dah tahu kita akan bergaduh, 'takkan' nak dibiarkan sahaja, anda pasti mempunyai cara tersendiri untuk ke majlis tersebut bukan??? maka itulah yang saya cuba sampaikan, bahawa 'tanda ' itu adalah satu petunjuk dan bukan bahan untuk kita menyerah harapan dan pasrah tanpa arah...

oppsss... dah azan, saya perlu manunaikan kewajiban sebagai muslim... saya akan sambung penulisan ini dan

to be continue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...